"Ha apa dia? tak dengar." sengaja Areena berkata begitu manakala Rayyan sudah berwajah cemberut. Eei, dia ni sengaja je kan? cubit pipi baru tahu.
"Kau ni memang sengaja je kan?" soal Rayyan. Jarinya mencubit pipi besar milik Areena. Areena menjeling Rayyan.
"Tak ada pipi ke nak main pipi aku?"
"Orang kata pipi perempuan memang untuk dicubit." ujar Rayyan perlahan. Jarinya masih mencubit pipi Areena. Areena hanya redha sahaja.
Beberapa minit kemudian, Areena bangun dari katil lalu dia mengambil tuala yang disangkut itu. Rayyan memandang Areena dengan kening yang berkerut lalu senyuman nakal dilorek.
"Nak mandi ke?" soal Rayyan yang bersila di atas katil itu. Matanya hanya memandang gerak-geri Areena. Areena mempalingkan wajahnya memandang Rayyan.
"Tak lah aku nak memasak." ujar Areena loyar buruk. Rambut yang diikat sanggul itu dibuka. Terurai rambut Areena yang lebat dan panjang itu.
Rayyan menjulingkan matanya apabila mendengar jawapan Areena. Orang tanya elok, dia loyar buruk pula dah.
"Jom mandi sama-sama?" ujar Rayyan dengan kuat. Areena yang baru sahaja ingin memasuki kamar mandi terus terbantut niatnya. Dia menjengulkan kepalanya memandang Rayyan.
"Tak nak,"
Rayyan sudah mencebikkan bibirnya, dia bangun dari duduk bersila. Kakinya laju melangkah ke kamar mandi. Pintu yang nyaris ingin tertutup itu disekat menggunakan kakinya.
"Nak apa?" soal Areena apabila Rayyan menyekat pintu kamar mandi. Rayyan tersengih kerang busuk. Jarinya mengaru rambut yang tidak gatal itu.
"Jomlah mandi sama-sama?" soal Rayyan mencebik bibir. Areena mendengus kasar.
"Eei kau apahal gatal?"
"Kekadang je aku gatal." jawab Rayyan selamba. Areena memincingkan matanya memandang Rayyan. Besar kecil, besar kecil je tengok Rayyan ni.
"Kekadang kau kata? kau asyik naik bulu tahu tak. Aku pun rimas." ujar Areena dengan wajah merah akibat marah. Rayyan mencebik bibirnya sekali lagi.
"Ala bolehlah?"
"Tak boleh. Kalau nak juga kau dah tak boleh kiss dan hug!" ujar Areena lalu menutup pintu dengan kuat. Rayyan terkaku sekejap.
Whatt..?
No kiss and hug?!
"Okay Reen, aku tak nak mandi dengan kau. So kiss dan hug masih boleh." laung Rayyan kuat disebalik pintu. Tak dapat mandi bersama tak apa tapi kalau tak boleh kiss dan hug.
Boleh pengsan aku dibuatnya.
Areena yang berada di dalam kamar mandi tergelak kecil. Eei gatal punya husben. Nak kiss dan hug lah. Nak mandi bersamalah. Nanti nak apa?
Nak anak?
Astaghfirullah jauhkanlah ya aku masih muda lagi.
****
"Bismillah, assalamualaikum suami tercinta." ujar Areena sambil memeluk leher Rayyan. Dua kali lima je. Gatal juga.
"Maa Rabukka?"
Areena diam lalu tangannya memukul bahu Rayyan. Ya Allah suami siapa ni?! tahu tak sentap? rasa macam hati ni kena petir.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...