Special Chapter : Honeymoon 2

8.6K 415 200
                                        

Hii sowwy sebab lama tak update. Tinggal satu lagi special chapter so kalau nak, ayna nak 800 comment. Mwah.

Pasang bila ada "A thousand years"

****

Areena memandang gadis disebelahnya serta dua jejaka yang duduk di hadapan. Jarinya bermain diantara satu sama lain. Kekadang matanya mengerling wajah gadis itu sekilas.

"Memang betul ke korang orang suruhan Tengku Rayyan?"

"Iya cik puan. Cik Puan jangan risau." Ujar gadis disebelah Areena. Areena menghembus nafas lemah.

"Saya takut korang bertiga culik saya aje."

"Hahaha tak ada maknanya kami nak culik cik Puan. Takut betul kami nak culik anak bangsawan dari Malaysia." Ujar jejaka yang memandu kereta. Areena tersenyum nipis. Beberapa minit kemudian, kereta mereka terhenti di pantai. Areena mengerutkan dahinya lalu dia keluar dari perut kereta.

Angin yang kencang menyapa wajahnya. Areena menikmati angin pada malam ini. Aman. Itu yang dia rasa apabila angin itu menyapanya. Mata Areena memincing ke arah cahaya yang jauh dari tempatnya. Gadis yang berada di dalam kereta akhirnya keluar sambil membawa kain putih.

"Cik Puan perlu pakai kain ini dimata." Arah gadis tersebut.

"Untuk?"

"Ini arahan Tengku Rayyan." Areena mencebik bibir. Rosaklah makeupnya kalau pakai benda alah ini.

"Okay tapi awak jangan ikat kemas tau nanti makeup saya rosak." Pesan Areena sebelum pemandangannya menjadi gelap apabila ditutup menggunakan kain putih. Dah lah suasana pantai malam ini gelap gelita, ditambah lagi dengan tutup mata. Terus dia tak nampak apa-apa.

"Baik Cik Puan."

Reben berwarna putih diberi kepada Areena. Areena memegang reben itu dengan kemas. Dia langsung tak melepaskan reben tersebut. Salah sorang jejaka memegang hujung reben tersebut manakala gadis itu duduk disebelah Areena supaya menjadi langkah Areena. Dia tidak mahu cik Puan tersandung atau terpijak sesuatu. Ianya sangat membahaya apabila berjalan dalam keadaan mata tertutup.

Irama violin mula didengari oleh telinga Areena. Semakin dia mendekat, semakin kuat bunyi violin tersebut. Tapak tangannya sudah berpeluh kerana berdebar. Angin yang kencang dan sejuk pada malam ini membuatkan dia semakin berdebar. Jantung berdegup dengan kencang apabila reben ditangan sudah tiada. Tapi ikatan dimatanya masih tidak dirungkaikan.

Kain putih yang ditutup dimatanya dibuka. Mata Areena tertumpu ke arah Rayyan yang berada di hadapannya dengan senyuman kacak. Tangan jejaka itu dihulur kepadanya. Areena mengangkat kening.

"Menari jom?"

"Tapi saya tak pandai."

"Ikut aje rentak abang." Alunan lagu kini berubah. Sekarang mereka memasang lagu A Thousand Years. Areena memandang sekelilingnya, ada sebuah meja bulat yang terhidang makanan. Kelompak bunga ros berada di atas pasir pantai manakala dia duduk di dalam bulatan yang dikelilingi dengan lilin dan kelompak bunga yang berbentuk hati. Areena memegang tangan Rayyan. Tangan kirinya melekap di dada Rayyan. Mata mereka menatap diantara satu sama lain. Kaki mereka ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu. Areena memusingkan tubuhnya lalu dia bergerak ke kanan bersama Rayyan. Rayyan juga tidak melepaskan peluang untuk memeluk Areena.

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang