Bab 28

9.7K 507 7
                                    

"Kau buat apa dekat sini?"

"Aku tanya korang berdua, kau tanya aku pula. Aku dekat sini nak beli coklat untuk adik aku. Dan korang ni..." matanya jatuh melihat barang ke dalam troli yang dipenuhi ayam, ikan, sotong, garam, sos cili dan lain-lain.

"Aku apa?"

"Korang duduk bersama eh?" soalnya tanpa segan silu manakala Areena dan Rayyan sudah seperti cacing kepanasan.

"Mana ada. Apa benda kau ni? aku dengan dia jiran..." ujar Areena tanpa berfikir panjang. Rayyan sudah menepuk dahinya. Aa sudah semakin teruk adalah.

"La korang jiran? bolehlah aku pergi rumah kau Rayyan selepas itu aku pergi rumah Areena pula,"

"Tak payah!" serentak mereka berkata lalu memandang satu sama lain dengan pandangan terkejut. Asal kau ambik ayat aku hah?

"Ek, asal pula?" soal Thaqif sambil mengaru kepala yang tidak gatal dan oleh itu rambutnya yang kemas itu sudah serabai.

"Aku kata tak payah tu tak payahlah. Pernah kena pukul guna heels tak?" soal Areena manakala Thaqif sudah mengelengkan kepalanya berkali-kali.

"Ha, kalau tak pernah jangan buat aku orang pertama buat dekat kau,"

"Ala, aku minta maaflah Areena. Janji tak kata camtu dah," ujar Thaqif sambil membuat suara comel.

"Ehem," Rayyan berdehem seketika.

"Okaylah Thaqif, aku dan Reen nak balik dulu." ujar Rayyan meminta diri tangan Areena ditarik olehnya.

Apabila mereka berdua sudah jauh dari Thaqif. Areena terus merentak tangannya.

"Ish, kau ni asal pergi pegang hah? nanti dia salah faham macam mana?" marah Areena kepada Rayyan.

"Dah kau tu kata kita berjiran semakin memburukkan keadaan adalah." ujar Rayyan tak mahu kalah.

"Dari kau pegang tangan aku nanti dia kata kita bercinta pula dan satu lagi nanti dia mengata kita tak tahu halal haram."

"Kalau dia mengata tu mulut dia la. Kita mana boleh tutup mulut manusia. Satu lagi aku nak pegang tangan kau ni dikira halal okay tak ada haram-haram." ujar Rayyan lalu Areena memberi jelingan tajam ke arahnya.

"Macam perempuan tak nak kalah," bebel Areena perlahan tapi dapat didengari oleh Rayyan.

"Kau tak puas hati kan aku menang untuk kali ini? eleh."

"Senyaplah kau Rayyan. Aku tak masak baru tahu. Jom balik." ujar Areena kuat. Rayyan sudah cuak, perut yang berbunyi itu diusap olehnya.

'Sabar perut, aku nak pujuk isteri jap. Kalau tak pujuk kan mahu kebuluran kita harini.' omel Rayyan didalam hati.

"Ya la wahai pemaisuri hatiku. Jom balik okay sayangku." gurau Rayyan sambil membuat muka comel. Areena gigit bibir. Ingat comel la tu? Eei, memang comel pun.

****

Selepas mereka sampai di perkarangan rumah banglo. Rayyan memarkir kereta di garaj kereta lalu dia mematikan enjin. Pintu kereta dibuka oleh mereka. Rayyan membuka bonet kereta dan mereka berdua mengangkat barang dapur bersama-sama. Areena naik masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Sempat Areena menyanggul rambutnya yang terurai itu.

Areena menuju ke dapur untuk memasak lauk makan malam. Dia memakai apron manakala tangannya mengambil bawang holland, bawang putih dan merah.

She's mine (C)Where stories live. Discover now