Bab 32

8.9K 527 26
                                        

Ashraf menarik hujung lengan baju Aira menuju ke bilik rawatan yang berada di hujung bangunan. Penjaga bilik rawatan berkerut apabila melihat Ashraf bersama seorang gadis.

"Ashraf buat apa dekat sini? gaduh ke?" soal penjaga tersebut yang sudah mengenali Ashraf lama. Ashraf tersengeh kerang busuk memandang Kak Lily.

"Mana ada Ashraf gaduh kak Lily ni hah girlfriend Ashraf jatuh. Tapak tangan dia luka jadi Ashraf nak letak ubat sikit." ujar Ashraf bersahaja. Aira sudah membulatkan matanya.

Sejak bila Nur Aira Aulia menjadi kekasih kepada Tengku Ashraf Aril? Seperti bumi dengan langit tau.

Kak Lily yang mendengar kata-kata Ashraf tergelak kecil.

"Kenapa akak tak tahu Ashraf dengan gadis comel ni?" soal Kak Lily sambil mengambil pelekat untuk diletakkan di tapak tangan Aira.

"Kak Lily orang pertama tahu yang gadis comel sebelah Ashraf ni kekasih Ashraf tau." ujar Ashraf lagi manakala wajah Aira sudah bertukar kepada merah kerana malu.

"Iya ke?"

"Iya kak Lily.."

"Ashraf nak buat untuk dia atau nak suruh akak buatkan?" soal Kak Lily kepada Ashraf. Ashraf mengelengkan kepalanya. Mereka berdua menuju ke katil yang berada di bilik rawatan tersebut. Manakala Akak Lily sudah berada di luar meninggalkan mereka berdua.

Degupan jantung Aira berdetak dengan hebat. Betapa debarnya seorang gadis bernama Nur Aira Aulia apabila untuk pertama kali dia berdua-duaan dengan seorang lelaki ajnabi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa debarnya hati dia.

"Woi, kau okay tak?" sergah Ashraf menyentakkan lamunan si Aira. Aira mengangguk lalu mengelengkan kepalanya.

"Kau okay ke tak sekejap angguk sekejap geleng?" soal Ashraf. Aira memberanikan diri untuk melihat mata Ashraf lalu dia menanyakan satu soalan.

"Kenapa awak kata dekat penjaga tu yang kita bercinta?"

"Saja. Salah ke?"

"Ya, salah sangat apa yang awak buat tadi tau." ujar Aira sedikit kuat. Ashraf menjulingkan matanya lalu mengarah Aira.

"Meh tapak tangan tu aku nak letak ubat." ujar Ashraf manakala Aira tetap akur mendengar arahan Ashraf. Aira memberi tapak tangannya kepada Ashraf. Sebelum Ashraf meletakkan ubat dia meniup tapak tangan Aira yang luka.

Aira kaku apabila dia dan Ashraf sangat dekat. Aira hanya melihat sahaja Ashraf yang berusaha meletakkan ubat di tapak tangannya.

"Nah aku dah siap bu-" kata-kata Ashraf seakan tidak mahu keluar apabila dia melihat mata Aira yang berwarna hitam pekat. Mereka bagaikan duduk di dunia lain yang hanya ada mereka sahaja.

Seorang yang berada di pintu tersengih kerang busuk lalu dia berdehem sedikit kuat menyentakkan mereka berdua. Aira dan Ashraf memandang gerangan jejaka yang berada di depan pintu. Wajah Ashraf sudah bertukar pucat lalu dia berdehem.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Ashraf lalu berdiri manakala Aira sudah menundukkan kepalanya. Perasaan Aira penuh dengan perasaan malu.

"Aku nak cari kau tapi lain pula apa yang aku jumpa." ujar Ashrif.

"Merepeklah kau ni."

"Mana ada dan siapa nama perempuan yang comel tu?" soal Ashrif tersenyum.

"Entahlah aku lupa nak tanya dia." ujar Ashraf bersahaja lalu Ashrif sudah terlopong. Tadi bukan seronak buat drama tv3 tapi nama dia pun kau tak tahu? Apa yang bodoh sangat abang aku ni.

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang