Disebabkan esok ialah hari pertama cuti sempena hari tahun baru cina. Areena nekad mahu mencari luggage miliknya. Beberapa minit dia mencari akhirnya luggage miliknya berada di tempat tinggi yang tidak boleh diambil olehnya.
Luggage yang berada di atas almari itu dilihat oleh Areena dengan pandangan yang sepi. Areena mengeluh sebelum dia memanggil Rayyan.
"Rayyan..." laung Areena kuat. Wajah Rayyan terjengul di tepi pintu bilik mereka.
"Ya ada apa?" soal Rayyan sambil berjalan menuju ke arah Areena yang berwajah cemberut. Kenapa ni sayangku Reen?
"Tolong ambil luggage aku boleh? aku nak kemas baju ni." pinta Areena dengan mata yang berkelip-kelip. Rayyan memandang Areena sekilas. Kerusi yang berada di pejuru itu diambil olehnya. Lalu dia naik ke atas kerusi dan tangannya mencapai luggage milik Areena.
"Nah," ujar Rayyan sambil memberi luggage Areena.
"Kau tak nak kemas lagi ke baju? esok balik kampung tau nanti tak sempat pula." soal Areena sambil menepuk luggage miliknya yang berhabuk.
"Aku punya tak sabar nak balik kampung kau. Dua hari yang lepas aku dah kemas tau." ujar Rayyan dengan angkuh. Terlopong mulut Areena apabila melihat betapa tak sabarnya si Rayyan ni.
"Gila tak sabar kau ni. Tak apa aku sebagai isteri kau yang solehah dan ayu ni akan bawa kau pergi bersiar-siar di kampung. Amacam setuju tak?" soal Areena. Keningnya terjungkit-jungkit memandang Rayyan."Aku setuju," ujar Rayyan lalu menghulur tangannya. Areena melihat sekilas lalu bibirnya menguntum senyuman manis. Huluran tangan Rayyan dibalas olehnya.
"Okay kau boleh keluar dari bilik. Aku nak kemas barang." halau Areena kepada Rayyan.
"Ya la aku nak keluar la ni. Nanti turun tau." ujar Rayyan disebalik pintu.
"Kenapa kena turun?" soal Areena dengan dahi yang berkerut.
"Aku baru je langgan cerita boboiboy yang dekat pawagam tu. Kau tak nak tengok ke Reen?" ujar Rayyan sambil tersenyum sengeh. Macamlah dia tak tahu si Areena ni minat Boboiboy dan Ejen Ali.
"Aaa seriuslah?" ujar Areena dengan menjerit. Muka tak payah ceritalah punyalah senyum sampai ke telinga.
"Iya, nanti kau turunlah." ujar Rayyan. Areena mengangguk kepalanya berkali-kali lalu dia menutup pintu dengan kuat di hadapan Rayyan. Rayyan menutup matanya. Tangan miliknya perlahan-lahan menyentuh hidung.
Alhamdullilah, hidung aku masih mancung.
Rayyan turun ke bawah untuk membuat popcorn. Popcorn itu di letakkan ke dalam microwave untuk dipanaskan. Selepas selesai dipanaskan. Mangkuk kaca yang berada di dalam kabinet dicapai lalu popcorn itu diletakkan ke dalam mangkuk kaca tersebut.
Mulut Rayyan terkumat-kamit menyanyi lagu bertajuk moonlight. Dia membuka kabinet lain lalu mengambil dua gelas kaca. Peti sejuk dibuka olehnya. Air soda yang berada di dalam botol itu diambil. Selesai membuka penutup botol Rayyan menuangkan air soda ke dalam dua gelas kaca itu.
Popcorn dan dua gelas air soda itu dibawa ke ruang tamu. Sebenarnya Rayyan tidak minat cerita boboiboy ni tetapi disebabkan Areena minat gila dengan boboiboy sampai dia bagitahu boboiboy tu kacak. Suami depan mata yang kacak ni bukan nak dipuji, kartun yang tak wujud juga dia puji bagai nak rak. Satu lagi si boboiboy tu tak adalah hensem sangat setakat pendek camtu. Eei, kacak aku lagi.
Suara Areena yang sedang turun tangga itu menyentak Rayyan yang seronok mengutuk boboiboy.
"Boboiboy my baby!" jerit Areena dengan wajah yang gembira. Sofa yang berada di hadapannya itu dia lompat. Rayyan yang berada di sisi dia peluk tanpa sedar.

YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...