Dua bulan kemudian,
Areena duduk di pondok, nota yang berada di tangan dibaca. Ainna pula mendengar lagu sambil membaca nota. Lain pula dengan Batrisya yang memandang sekumpulan lelaki kacak di depan sana. Hanis menampar bahu Batrisya.
"Sakitlah. Kau nak apa?" Marah Batrisya lalu menjeling Hanis.
"Kita duduk sini sebab nak belajar tau bukan cuci mata tengok lelaki." Ujar Hanis membuatkan Batrisya sentap. Batrisya memegang dadanya. Bibirnya dicebik.
"Sampai hati kau buat aku macam ni."
"Hati aku tak sampai dekat kau."
"Asal pula?" Soal Batrisya. Tangannya mencekak pinggang.
"Alamat lain."
Areena yang mendengar kata-kata Hanis mengangkat muka. Dia memandang Batrisya yang tidak faham maksud Hanis.
"Dia letak alamat Farhan. Bukan rumah kau." Suara Areena membuatkan mereka berdua berpaling menghadapnya. Hanis mengangguk sambil tersenyum manakala Batrisya mencebik. Baik tengok baby saya!
"Masya-Allah hot nya baby aku." Jerit Batrisya sehingga Areena dan Hanis memandangnya. Wajahnya dipegang dua belah. Matanya memandang wajah baby yang hot itu.
"Kau dah angau dengan Hairul ni." Ujar Areena. Nota diletak di sisinya. Botol air mineral di ambil lalu diteguk.
"Sekurang-kurangnya aku tak angau dengan Rayyan." Selamba sahaja Batrisya berkata. Ternganga mulut Areena.
"Berani kau nak Rayyan. Botol ni aku baling dekat kau." Areena memberi amaran. Batrisya mencebik bibir. Tak ingin di nak dekat Rayyan. Hairul dah ada, buat apa nak dekat suami orang. Kan?
Ainna mencabut earphone dari telinganya. Badan direnggangkan. Lenguh bahunya apabila terlalu lama bersandar. Ibu jari diurut. Matanya memandang 4 gadis junior yang memakai sanggul tinggi seperti unta.
"Mesti budak funimate." Ujar Ainna membuatkan Batrisya berpaling. Funimate? Eww.
"Siapa weh?" Soal Batrisya.
"Yang tengah tangkap gambar dengan Hairul dan Rayyan." Ujar Ainna selamba. Kalau diorang berempat tangkap gambar dengan Irfan memang dia akan bawa parang dan pergi bergaduh dengan junior.
Batrisya melihat pondok hadapan. Eee, baby menggatal!
"Junior tu pegang lengan Irfan. Yang tu pula jatuh longkang." Ujar Hanis pula.
"What the fish." Ainna mencarut lembut. Tangannya digenggam. Dia bangun, matanya melihat ke arah tiga rakannya.
"Jom serang."
"Buat apa?" Soal Areena malas. Walhal dia sebenarnya sangat cemburu. Bukan dia tak nampak yang junior itu sengaja memijak batu supaya disambut oleh Rayyan. Nasib baik Rayyan tidak menyambut, dan disebabkan itu junior itu jatuh ke dalam longkang.
"Jom weh. My hot baby kena serang dengan budak funimate."
"My hot baby konon. Geli tahu tak?" Ujar Hanis dengan nada cemburu.
"Eh eleh. Kau jealous kan sebab ramai suka aku dan Hairul selepas Rayyan dan Areena. Well." Riak Batrisya. Hanis menjeling Batrisya. Untunglerr disayangi oleh ayna dan para readers. Bila pula Hanis dan Farhan nak disayangi?
Redha.
Mereka berempat menuju ke pondok hadapannya. Batrisya membaiki tudungnya. Ainna pula mencekak pinggang melihat Irfan yang rapat dengan junior. Areena hanya menahan sabar apabila melihat junior itu menghulurkan tangan supaya diangkat oleh Rayyan. Hanis setia dengan earphone nya.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...