Rayyan masih memeluk pinggang ramping milik Areena. Dagu diletakkan di bahu Areena. Areena menjulingkan matanya.
"Eei kau panggil aku abang ke?" Soal Rayyan pipi tembam Areena dicubit geram. Areena menepis jari Rayyan yang mencubit pipi dia. Matanya menjeling Rayyan.
"Tak. Aku panggil nama kau." Ujar Areena malas melayan perangai miang Rayyan. Pipinya yang merah itu diusap lembut.
Tak sia-sia selalu makan pau dan donat. Kan dah dapat pipi tembam! Lagi best bila encik suami yang cubit.
Ihikss.
Rayyan memandang jam yang tergantung di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Rayyan terus melepaskan pelukkan Areena. Areena yang diam hanya memandang aje Rayyan.
"Nak ke mana?"
Rayyan memandang Areena, kepalanya menunduk memandang wajah Areena yang selalu menjadi tidurnya nyenyak itu. Hari-hari wajah manis ini aje yang selalu muncul di mimpinya.
"Nak turun la sayang nanti dah nak berbuka." Ujar Rayyan lalu bibir Areena dicium sekilas.
Areena terkaku, jarinya menyentuh lembut bibirnya sebelum senyuman manis dilorek di bibirnya. Bantal disisinya dicapai lalu wajahnya disembam ke atas. Kaki kecil miliknya menendang katil berkali-kali.
Rayyan baru je kiss dia!
Areena terus bangun dari baringan, dia menarik nafas lalu pipinya ditekup.
"Chill Reen baru sikit."
"Tapi kenapa headprefect kita semakin nakal ni."
Areena mengelengkan kepalanya sebelum dia menarik tombol pintu. Punat lif ditekan lalu dia menurun aras bawah.
Areena berjalan menuju ke dapur yang sedang berselerak akibat Mama dan Kak Mira berusaha memasak menu untuk berbuka. Dia pula berasmara dengan Rayyan di bilik.
Amboii.
"Mama nak suruh Reen tolong tak?"
"Reen tolong buat air bandung laici untuk berbuka."
Areena menganggukkan kepalanya. Kabinet atas dibuka lalu tin laici dicapai olehnya. Peti sejuk yang berada di tepi kabinet itu juga dibuka olehnya. Botol yang mempunyai bunga ros itu diambil dan susu yang berada di dalam bekas juga diambil.
Bahan- bahan membuat air bandung laici diletakkan di atas meja kecil yang berhampirannya. Areena menuju ke stor dan mencari jug yang besar untuk diminum air seramai lapan orang. Jug berwarna putih itu diambil dan dibasuh bersih menggunakan pencuci pinggan sunglight. Areena mengisi air panas separuh jug lalu botol yang mempunyai bunga ros itu diambil. 8 sudu besar cecair berwarna merah diletakkan di dalam air panas itu lalu dikacau sehingga sebati oleh Areena. Tin laici yang masih tidak terbuka itu diambil, pisau dicucuk di keliling besi itu.
Ktak.
Tin besi yang dicucuk pisau itu terbuka sedikit lalu Areena menggunakan sedikit tenaga untuk membuka tin laici itu sehingga habis. Selesai dibuka Areena meletakkan seluruh laici dan sekali dengan air laici yang manis ke dalam jug. Areena mengambil sudu kecil lalu merasa air bandung laici itu. Dalam masa 3 saat Areena terus meludah air bandung laici itu tanpa meneguk. Susu pekat itu diletakkan 5 sudu ke dalam jug sehingga warna merah pekat itu bertukar kepada merah jambu yang melerakan.
Areena hanya membiarkan aje jug itu lalu jug itu ditutup menggunakan penutup. Nanti 5 minit nak berbuka baru dia letak air batu. Dan masa itu air bandung laici itu akan rasa umphh tak terkata.
Sejuk dia, rasa dia, semua sedap apabila dibuat oleh Areena.
****
Bunyi azan mula berkumandang dari tv yang dipasang itu. Ashraf menutup tv lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Areena pula kalut mengisi air bandung manakala Kak Mira menyenduk nasi putih. Abang Amirul menjadi ketua untuk membaca doa berbuka puasa.
Suasana masa itu hanya ditemankan dengan suara sudu berlaga sahaja dan suara garau milik seseorang membuatkan Areena tersedak.
"Amirul macam mana dengan majlis pernikahan raya kedua nanti?" Soal Papa. Areena yang sedang mengunyah nasi putih bersama ayam pedas itu tersedak sehingga hidungnya berair. Rayyan yang berada di sebelah gelabah lalu memberi gelas yang diisi air bandung laici. Areena terus mencapai dan meneguk rakus. Selesai minum, Areena berdehem seketika.
"Reen dah kenapa yang tersedak macam tu?" Soal Mama kepada Areena. Rayyan mengelap mulut Areena yang comot. Dan dua ekor monyet mula bersiul di meja makan akibat adegan sweet sampai potong kaki itu.
"Abang Amirul dah nak kahwin ke?" Soal Areena tanpa menjawab sebab kenapa dia tersedak. Punca dia tersedak disebabkan papa kata majlis perkahwinan abang Amirul hari raya kedua dan dia sebagai adik kepada Tengku Ariff Amirul tidak tahu pun yang abangnya akan berkahwin.
Adik jenis apa dia ni. Mata Areena mula berair dan bibirnya dicebik. Semua memandang Areena dengan wajah yang pelik.
"Iyalah. Raya kedua abang kahwin kenapa?" Amirul menyoal sempat matanya memandang adik kesayangannya yang manja itu.
"Kenapa tak bagitahu Reen yang abang nak kahwin dah!?" Soal Areena, hingus yang meleleh itu disedut. Rayyan hanya memandang Areena dari dekat.
Haiyo isteri benda kecil pun nak nangis.
Semua ahli keluarga menepuk dahi masing-masing. Terutama sekali abang Amirul.
"Sorry sis abang lupa nak bagitahu Reen. Suprised?!" Ujar Amirul lalu mendepakan tangannya. Dia bukan apa tapi dia betul-betul lupa ingin beritahu Areena tentang perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi. Campur pula Areena akan menduduki SPM dan dia juga tak nak ganggu Areena dengan suami tercintanya.
Tengku Rayyan Ammar.
"Okay fine, Reen nak makan." Ujar Areena lalu menyedut hingusnya. Suapan nasi putih campur ayam pedas itu disuapkan dimulutnya sehingga matanya ditutup disebabkan rasa yang lazat itu.
Nikmat.
Semua ahli keluarga yang lain aneh melihat perangai Areena. Tadi kemain nak menangis bila dengar penjelasan terus okay dan sambung makan.
"Reen kau okay tak?" Soal Ashrif. Areena menjungkit keningnya.
"Kau nampak aku tak okay je?" Soal Areena walaupun mulutnya penuh dengan nasi. Nasib baik tak tersembur di wajah Ashraf.
"Eei pengotornya kau ni," sampuk Ashraf lalu Areena mencubit pinggang Ashraf dan menjelingnya. Ashraf yang duduk di tepi Areena belah kanan hanya mampu mengadu sakit aje. Rayyan yang berada di kiri Areena hanya memandang dengan wajah simpati.
Sakit woi cubitan dia.
Areena menahan ketawa apabila melihat wajah Ashraf yang cemberut itu.
****
Deringan telefon bimbit Areena menyentakkan Areena yang sedang membaca al-quran. Rayyan pula pergi ke masjid bersama Papa, Abang Amirul dan kembar. Areena bangun lalu mencapai telefon bimbitnya. Nombor yang tak dikenali terpapar di skrinnya. Areena mengangkat sebelum meletakkan skrin di telinganya.
"Kau bahagia dengan dia?" Suara garau bertanya disebalik telefon bimbit itu. Suara yang sinis lalu suara garau itu tergelak kecil.
"Aku harap kau tak bahagia.."
Tupp,
Tbc
Nak vote banyak, comment banyak nanti ayna update 2 chapter lagi.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...