Bab 66

10.8K 550 317
                                        

   Ehem, ayna minta maaf if ayna lama tak update. Eh.

Memang lama pun kan?

Sorry korang serius sorryy gila. Ayna ada kelas online lepastu ayna nak siapkan 23 report sebelum ayna masuk kolej balik. Sebagai tanda minta maaf, enjoylah baca chap yang tak seberapa ni. Mungkin tak best sebab dah lama tak taip. Sorry tau.

****

   Areena duduk di tepi kolam, kakinya direndam di dalam kolam itu. Manakala mindanya terlayang ke arah lain. Dia tersenyum nipis. Kakinya bergerak ke depan dan belakang sehingga pecikan air terkena baju t-shirt berwarna putih miliknya. Terlalu lama berangan, seseorang menyergah Areena dari belakang sehinggakan Areena terjatuh di dalam kolam. Suara manusia yang mengelakkan dirinya membuat Areena membuka kelompak matanya. Terpapar dua adiknya itu Ashraf dan Ashrif.

    "Kau memang tak guna!" Ujar Areena sambil memanjat tangga. Habis basah lencun bajunya. Areena menjeling Ashraf dan Ashrif dengan tajam sekali. Ashraf tergelak kecil lalu berdehem.

    "Sorry sister," ujar Ashraf sambil menunduk. Areena merengus lalu dia duduk di tepi kolam itu kembali. Ashrif yang melihat Areena mendiamkan diri terus mengambil tuala yang berada di bucu pintu, tuala itu elok terletak di atas meja bulat yang diperbuat oleh besi. Tuala putih itu diambil lalu diberi oleh kakaknya. Areena mencapai tuala itu lalu membalut tubuhnya. Rambutnya yang serabai itu dibetulkan.

    "Are you okay sis?" Soal Ashrif. Terkejut jugalah bila dia dapat tahu oleh Mama dan Papa yang Areena bakal duduk disini selama 5 bulan. Seronok? Mestilah tak. Kerana hidup mereka pasti akan dikawal oleh Areena. Ngeri.

    Areena memandang adik kembarnya sebelum tersenyum nipis.

    "I'm okay."

     "You're not okay sis." Ujar Ashraf. Areena mengangkat kakinya yang berendam itu lalu dipeluk sehingga lututnya bertemu dengan dagu.

   "Aku cuma nak ruang."

   "Tapi kenapa sampai 5 bulan?" Ashrif bertanya. Dia sendiri pun pelik dengan kakaknya. Kalau nak ruang, perlu ke sampai 5 bulan?

   "Aku cuma nak dia fokus dekat SPM. Sebab tu aku kata 5 bulan. Haih." Areena mengeluh.

   "What ever la. Aku dengan Ashrif doakan kau dengan Rayyan baik semula. Aku nak anak buah dari korang. Kalau boleh kembar  empat. Mesti comel dan kacak." Ujar Ashraf. Ashrif yang berada di tepi tersenyum sehingga ke telinga dan kepalanya terangguk-angguk setuju atas permintaan abangnya.

   "Kau ingat aku ni kilang buat anak? Buatlah anak sendiri." Sinis Areena berkata. Wajah adiknya dipandang lalu dijeling. Sesedap abc aje dia pesan anak buah dekat aku.

   "Ala kau ni kak. Aku nak anak kau." Ujar Ashrif pula. Areena terdiam lalu dia bangun. Dia tengah menahan kesabaran ni. Orang tengah bergaduh dengan suami, dia minta anak kembar 4 pula. Kaki Areena diangkat lalu alat sulit Ashrif disepak kasar.

   "Nak sangat anak aku kan? Aku buat kau mandul."

   Ashrif memegang alat sulitnya, dia memandang Areena yang sudah berlari dengan tuala putih yang menutupi badannya yang basah itu. Ashraf pula apabila melihat adiknya hanya mampu menolong untuk gelak sahaja. Lepas dia tak gelak, baru dia tolong okay.

   "Sakit ke tak?" Soal Ashraf sambil memegang perut yang senak itu akibat terlampau ketawa dengan banyak. Ashrif mengetap bibir.

   "Nak tahu sakit ke tak? Meh aku sepak yang kau." Belum sempat kaki kanan Ashrif mahu menyinggah di alat sulit Ashraf. Ashraf sudah berlari anak meninggalkan adiknya lalu memberi jeliran kepada Ashrif.

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang