Bab 64

9.6K 552 153
                                        

Amaran keras sekerasnya. Kalau nak masuk group terus kenalkan diri. Jangan masuk left masuk left.

Jangan sampai ayna jadi singa. Geget korang!

****

    Selepas kejadian yang tak diigini, Areena menyibukan diri dengan kelas tambahan dan study. Kekadang dia tidak pulang ke rumah kerana bermalam di rumah Ainna tanpa meminta izin Rayyan. Nada dering telefon bimbit mematikan lamunan Areena. Nama yang terpapar itu dipandang sebelum dia mengangkat panggilan itu.

    "Apa?"

    "Salam mana salam?" Soal suara garau sebalik telefon bimbit. Areena menjulingkan matanya.

    "Assalamualaikum bakal jenazah. Kau nak apa?"

   "Waalaikumusalam. Mulut tu jaga sikit. Aku dah dapat maklumat Lilly Aqasya. Kau nak bila?"

   Areena berkerut. Seriuslah dah dapat? Fuh hebat.

  "Kau nak bagi bila?"

  "Jumpa dekat stor lama. Tempat geng aku." Ujar suara garau itu. Areena mengangguk kepalanya.

  "Pukul 2 dekat sana."

   Tet.

   Panggilan ditutup oleh Areena. Jejaka kacak itu melihat telefon bimbitnya yang gelap itu. Sebelum dia merengus.

   "Kau kenapa?" Soal jejaka berlesung pipit.

   "Kau tengoklah si Reen ni. Dia tutup macam tu je." Ujar Jejaka itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi lama.

   "Macamlah kau tak kenal dia macam mana." Suara garau jejaka yang sedang bermain telefon bimbit membuatkan jejaka kacak itu menjulingkan matanya.

   Jejaka kacak itu memejamkan matanya.

  "Bila nak cari budak tu?"

  "Esok kot." Ujar jejaka berlesung pipit. Jejaka kacak memandang rakannya.

  "Korang memang rasa dia dapat bantu kita?"

  "Haah sebab dia tu hamba abadi geng gedik tu. Menyampah aku." Ujar jejaka berlesung pipit. Bibirnya mencebik.

   "Hamba abadi pun dia licik." Sampuk jejaka yang bermain telefon bimbit. Jejaka kacak memejamkan matanya seketika. Jejaka dingin yang baru memasuki stor itu membuatkan jejaka kacak tersedar. Matanya memandang rakannya itu.

   "Kau dari mana?"

  "Tandas. Sakit perut. Ada orang racun aku." Jejaka dingin itu berkata lalu menjeling jejaka yang berlesung pipit yang sedang berusaha menahan ketawa dari meletus.

  "Apa?!" Ketawa jejaka berlesung pipit meletus akhirnya.

  "Kau tunggu. Aku bakar teddy bear kau." Terus ketawa jejaka berlesung pipit itu terhenti. Dia mencebik bibir. Wajahnya seakan pucat.

****

  Ainna, Batrisya dan Hanis berada di bilik BG. Mereka bertiga sedang membincangkan rancangan untuk membalas dendam. Ainna menyilang kakinya. Batrisya pula duduk bersila sambil menongkat dagunya. Hanis memakai earphone mendengar alunan muzik yang membuat jiwanya tenang.

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang