"Ris!" jerit Rayyan ceria lalu memeluk sekujur tubuh kecil yang memanggilnya.
"Abang, Ris tak boleh bernafas la." ujar si kecil itu.
"Hehe, sorry la sayang. Ni mari dengan umi ke?" soal Rayyan. Matanya melilau mencari kelibat sepupunya.
"Ha'ah tapi umi pergi kedai dengan baba tadi nak beli ais krim untuk Ris." ujar Airis lalu tersengeh sehingga menampakkan gigi putihnya.
"Eiii, comelnya anak saudara Abang ni. Ris umur berapa dah?" Rayyan menyoal. "Memang Ris comel. Abang ni umur Ris tak ingat. Ris dah 6 tahun la." ujar si cilik dengan nada merajuk.
"Alololo, gurau jelah. Nanti abang beli coklat ke Ris okay." ujar Rayyan memujuk Ris. Airis yang mendengar tersenyum gembira sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit miliknya.
"Janji?" soalnya sambil menunjukkan jari kelingking yang kecil.
"Ya sayang, Abang janji." jari kelingking milik Rayyan disua kepada jari kelingking milik Airis. Mummy yang melihat drama itu mengelengkan kepalanya ke kanan dan ke kiri."Airis kesian dekat Abang Ayyan letih baru balik. Jom main dengan Aunty?" ajak Mummy lalu menunjukkan barbie doll serta bear beruang yang berwarna putih gebu.
Airis yang melihat mengangguk kepalanya lalu pergi ke arah Mummy. Manakala Rayyan menghela nafas panjang. Kakinya menaiki tangga.
Iphone X yang berada di poket dikeluarkan lalu melihat notification yang dipaparkan di skrin depan. Password di buka lalu menekan application whatsapp. Last seen Areena dipandang lama.
Tengah tidur lagi kot.
Tuala yang disidai elok di tempat sedia di ambil lalu Rayyan memasuki kamar mandi untuk bersihkan diri. Setelah siap bersihkan diri, tuala kecil diambil lalu mengeringkan rambutnya yang perang. Tuala besar dililitkan di pinggang. Kaki kiri melangkah keluar dari kamar mandi.
Bilik pakaian yang berhampiran kamar mandi dituju. Baju t-shirt putih dan seluar track adidas berwarna hitam di ambil lalu di pakai oleh Rayyan.
****
Motor yamaha milik 4 jejaka kacak elok memasuki pagar sekolah Empire High School hampir semua gadis-gadis yang berada di sekolah tersebut ternganga luas akibat kehadiran jejaka yang tak diundang.
Enjin ditutup apabila mereka sudah memarkirkan motor yamaha di tempat yang sudah disediakan khas untuk mereka.
"Itu bukan 4K ke?" soal satu suara terhadap kawannya.
"4K la, husband aku Rayyann!" sorak suara itu dengan riang. Rayyan yang mendengar tersenyum sinis.
Gedik
"Mana BG?" soal Irfan, senyuman mekar dibibir masih tidak lengkang.
"Belum sampai lagi la tu," jawab Farhan tenang walaupun di dalam hatinya tidak sampai bertemu dengan pujaan hatinya.
Raja Hanis Zalikha.
Kaki mereka berempat menuju ke pejabat yang beradanya pengetua. Loceng yang berada di atas meja ditekan berkali-kali.oleh Farhan. Manakala Kak Wawa sudah menjulingkan mata dengan perangai Farhan.
"Farhan, jangan main la." marah Kak Wawa seperti memarahi budak-budak. Rayyan yang masih bermain telefon mengangkat muka. "Kak Wawa, pengetua ada tak?" soal Rayyan. Kak Wawa yang mendengar menganggukan kepalanya.
Ketukan pintu diberi lalu mereka masuk apabila mendengar arahan dari suara wanita separuh abad supaya memasuki bilik itu.
"Masuk" tegas suara itu berkata. Rayyan dan kawan-kawannya menarik nafas lalu memasuki bilik tersebut dengan penuh bergaya. Kerusi yang berada di hadapan pengetua diduduki olehnya. Manakala pengetua hanya mengangkat kening kanannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/173362293-288-k59840.jpg)
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...