Bab 36

8.7K 531 25
                                    

Wajah pucat itu dipandang oleh Rayyan dengan penuh perasaan. Dia rasa bersalah. Hatinya sesak dengan perasaan kasihan kepada sang gadis itu. Wajah yang pucat itu ditatap olehnya. Tetap cantik, tiada yang mampu melawan kecantikkan isterinya.

Bidadari syurga dia.

"Sayang..." ujar Rayyan perlahan-lahan. Dia mencari nafas seketika. Perasaan sebak yang dihati tidak dapat dielakkan oleh Rayyan. Rayyan mengelus lembut tangan bidadarinya yang terselit dengan wayar.

"Aku minta maaf."

"Aku sedar aku ego tapi kau tu kenapa tak jaga diri sendiri hm?" soal Rayyan seperti sedang bercakap dengan isterinya. Areena. Rayyan tersenyum nipis. Air mata yang mengalir di pipi dikesat olehnya.

"Aku sayang kau sangat. Aku buat semua ni nak ajar kau untuk pujuk aku. Tapi lain pula jadinya." Rayyan berkata lembut sangat mengelus jari Areena. Deringan telefon bimbit menyentakkan lamunan Rayyan.

Rayyan mencapai telefon bimbit miliknya manakala matanya masih setia memandang Areena yang sedang terlantar di katil.

"Waalaikumusalam Daddy. Ya Rayyan masih tunggu Areena." ujarnya sebalik telefon bimbit miliknya.

"Okay Daddy." panggilan ditutup lalu Rayyan duduk di sisi Areena yang masih tidak sedarkan diri.

Dengkuran halus dari Areena membuatkan hati Rayyan sedikit tenang. Rayyan mengelus pipi Areena, dahi dihadiahkan kucupan.

"I love you sayang,"

20 minit kemudian,

Bunyi suara yang bingit diluarkan menyedarkan Rayyan yang tertidur. Dia memandang wajah Areena yang masih tidak sedarkan diri. Rayyan merenggangkan badan seketika. Kakinya berjalan untuk melihat suara siapakah.

"Eh Daddy, Mummy, Mama dan Papa pun ada juga?" soal Rayyan lalu dia bersalam dengan ibubapanya dan juga ibubapa mertuanya.

"Areena dah sedarkan diri?" soal Mama dengan penuh risau. Rayyan mengeluh perlahan lalu kepalanya digeleng ke kanan dan juga ke kiri.

"Areena belum sedarkan diri."

"Doktor kata apa tadi Rayyan?" soal Mummy pula. Rayyan senyap seketika.

"Doktor kata Areena kurang air, jadi dia lemah sebab itulah dia pengsan."

"Oh. Rayyan mesti penatkan jaga Areena." soalan dari Mama terus membuatkan wajah Rayyan tergeleng dekat laju.

"Rayyan tak pernah penat jaga Areena Mama. Mama jangan risau."

"Rayyan nak pergi beli air sekejap," ujar Rayyan meminta diri. Dia berjalan keluar dari bilik sakit Areena. Fikirannya terlayang tentang tadi.

Flashback

Areena yang terlantar di lantai itu membuatkan Rayyan cemas. Rayyan menepuk lembut pipi Areena untuk menyedarkan Areena.

Tapi tidak berjaya.

Rayyan mengambil kunci kereta dan mengambil tudung Areena lalu dipakaikan ke kepala Areena. Tubuh Areena diangkat dan Rayyan terus menuju ke hospital.

Perasaannya buat masa itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mahu tergugur jantungnya apabila melihat Areena pengsan tidak sedarkan diri. Mujur Areena hanya kekurangan air dalam badan.

Rayyan mengeluh apabila dia mengingatkan kejadian tersebut.

"Eh Rayyan," tegur seseorang. Rayyan memandang wajah yang menegurnya itu.

She's mine (C)Where stories live. Discover now