Bab 42

8.8K 483 21
                                    

Areena menampar lembut tangan Rayyan yang masih berada di pinggangnya. Manakala Rayyan tergelak kecil. Seronok pula kacau Areena memasak.

"Rayyan, aku nak memasak ni. Tangan tu jangan merayap boleh tak?" tegur Areena sambil menjulingkan matanya. Bukan dia tidak tahu tangan Rayyan merayap sehingga ke dadanya. Nasib dia tarik, kalau tak tarik? lain pula jadinya dekat dapur ni kan.

Rayyan mengabaikan amaran Areena. Tangannya masih merayap di dada Areena. Telinga Areena dihembus sehingga Areena terasa geli.

"Pening aku dengan kau ni." omel Areena lalu dia meneruskan mengacau makanan walaupun dirinya dikacau oleh Rayyan. Eei cubit kang.

Rayyan meletakkan dagunya ke atas bahu Areena. Peluh Areena yang berada di tepi dahi itu dilap oleh jarinya. Lalu pelukkan dikemaskan.

"Sedapnya kau memasak." puji Rayyan membuatkan Areena mengukir senyuman sehingga ke telinga.

"Aku memang masak sedap pun."

Rayyan menjulingkan matanya, dah mula dah perangai riak dia.

"Ha yela kau memang masak sedap sampai satu tahap tu aku cirit birit sebab sedap sangat." ujar Rayyan manakala Areena sudah mencebikkan bibirnya.

"Kau kalau nak mengata tentang masakan aku. No more peluk. Kiss pun tak boleh." ujar Areena lalu meleraikan tangan Rayyan dari memeluknya.

Rayyan mencebik bibir. Merajuk lettew.

Rayyan memeluk kembali pinggang Areena. Lalu dagunya diletakkan di atas bahu Areena bagi menampak wajah Areena yang sedang merajuk.

Eeei tak comel dah.

Rayyan tersengih untuk memikirkan cara memujuk Areena.

Cup.

Rayyan mengucup pipi Areena sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat. Sengaja dia buat macam tu supaya Areena tak merajuk.

Areena menahan senyuman apabila Rayyan mengucup pipinya.

"Sayang, walaupun sayang masak sampai buat abang cirit birit. Percayalah makanan sayang tetap sedap tau." ujar Rayyan lalu melepaskan pelukkan. Tangannya memusingkan badan Areena lalu dengan pantas.

Cup.

Bibir Rayyan sudah berada di bibir milik Areena. Areena yang terkejut kerana ada sesuatu yang lembut berada di bibirnya terus menutup matanya dan tanpa sedar Areena perlahan-lahan membalas ciuman milik Rayyan.

****

Areena bertungkus-lumus menyediakan sarapan pagi. Roti bakar disapu dengan majerin lalu ditabur gula. Roti yang sudah siap itu digigit separuh. Senyumannya melebar.

Sedap walaupun hanya majerin campur gula.

Areena menuju ke sinki untuk membasuh jug. Selesai sahaja membasuh dia mengambil teh dan gula. Lalu meletak air panas dan teh. 2 minit kemudian air panas sudah bercampur dengan teh lalu dia meletakkan gula dan mengacau sehingga rata.

Pinggan diambil lalu dibawa ke meja makan. Bihun goreng yang sudah goreng itu dibawa juga. Areena mengusap dahinya yang berpeluh lalu dia menuju ke bilik untuk mengerakkan Rayyan. Sempat Areena melihat jam di dinding lalu tersenyum.

6:00

Kerana ingin membuat sarapan. Harini dia rajinkan diri untuk bangun pukul 4:30 dan sekarang dia sudah kemas memakai baju seragam.

She's mine (C)Where stories live. Discover now