Bab 33

7.9K 476 9
                                    

Sebulan Kemudian

Selesai sahaja Areena membaca novel lalu dia meletakkan novel di sisinya iaitu di atas meja kecil. Telefon bimbit yang berada di meja tersebut juga dicapai olehnya. Dia meletakkan ibu jarinya di punat tengah lalu dengan serta-merta iPhone miliknya terbuka.

Banyak mesej yang baru masuk setelah dia membuka iPhone. Mesej dari orang yang tidak dikenali itu dibuka olehnya lalu dia tersenyum pahit apabila membaca mesej itu. Asfan pula sudah 2 minggu menghilangkan diri olehnya. Bagus juga kalau dia dah tak kacau, malas pula nak buat rancangan bodoh itu.

Pintu bilik yang dibuka oleh seseorang dari luar itu menyentak lamunan Areena. Areena mengangkat kepala untuk melihat gerangan tersebut.

Siapa lagi kalau bukan suami dia. Rayyan.

"Pergi mana?" soal Areena dibiar tergantung. Rayyan terus meletakkan phone miliknya di atas meja solek. Tuala yang disangkut itu diambil dan dengan pantas dia memasuki kamar mandi tanpa menjawab soalan Areena.

Areena tersenyum pahit.

Entah apa yang dia pernah buat sampai Rayyan abaikan dia. Sudah 1 minggu dia dan Rayyan membuat perang dingin tapi bukan atas kehendak dia tapi atas kehendak Rayyan sendiri. Nasib baik la Rayyan tak pernah buat perangai sampai tidak makan apa yang dia masak.

Malas mahu memecahkan otak semata-mata memikirkan apa salah dia. Areena terus turun untuk memasak di dapur.

Ayam yang berada di peti itu diambil lalu direndam. Bahan-bahan yang lain sudah disediakan bagi memudahkan kerjanya untuk memasak.

Tak sangka yang bulan hadapan adalah bulan dimana dia perlu bangun awal pagi untuk masak makanan sahur.

Yeah puasa!


****

Rambut yang basah itu dikering menggunakan tuala. Sempat Rayyan melihat wajahnya yang basah itu.

"Baru aku sedar aku ni hensem." omel Rayyan lalu tersenyum manis di hadapan cermin. Syukurnya dia apabila memiliki wajah yang kacak ini. Lalu Rayyan keluar dari kamar mandi.

Mata Rayyan melilau mencari kelibat Areena. Tapi hampa apabila Areena sudah keluar untuk memasak. Rayyan mengeluh.

"Inilah perempuan kalau lelaki merajuk bukan nak pujuk bagai." bebel Rayyan dihadapan cermin yang berada di meja solek seperti dia sedang melihat isterinya.

"Tak apa Rayyan. Kau merajuk je sampai la si Areena nak pujuk kau. Dia ni tak suka aku ke apa selama jadi isteri aku? nak pujuk aku pun susah" omel Rayyan untuk diri sendiri.

Selesai saja Rayyan memakai baju, dia mencapai iPhone X miliknya. Aplikasi WhatsApp ditekan lalu dia mencari mesej dari nombor yang tidak dikenali olehnya.

Rayyan mengerutkan dahinya apabila melihat gambar itu. Gambar yang menunjukkan Areena dan Asfan yang berdua-duaan. Wajah Asfan tersenyum manakala Areena dingin.

Siapalah yang bangang hantar gambar ini dekat dia. Dia bukan percaya sangat pun dengan gambar ni dan tak mungkin Areena nak balik dekat bekas kekasih dia. Aku merajuk pun sebab nak meraih perhatian je.

Tapi sayang...

Ego betul.

Rayyan keluar dari bilik lalu menuruni tangga dan dia menuju ke dapur. Senyuman yang dihias di bibir itu pudar lalu digantikan dengan wajah yang dingin.

She's mine (C)Where stories live. Discover now