Cuba buka lagu ni sambil baca ;).
Areena hanya melihat tingkah laku suaminya itu. Air liur ditelan kesat. Perasaannya gugup apabila melihat perubahan ketara Rayyan. Hati mana yang tak terluka melihat perubahan orang yang dia sayang.
"Lilly awak boleh duduk tepi Jessica." Belum sempat Lilly ingin menuju ke meja Jessica. Suara garau seseorang menghentikan langkahnya.
"Cikgu, boleh tak Lilly duduk tepi saya?" Soal Rayyan. Mata Areena sudah membulat memandang Rayyan. Irfan yang berada di sisi Rayyan sudah naik angin. Isteri depan mata, dia suruh perempuan lain duduk tepi dia.
"Ergh, tapi Irfan duduk dekat tepi awak." Ujar Cikgu tu dengan wajah yang bersalah. Rayyan memandang Irfan, matanya seperti menghalau Irfan.
Irfan pula membuat wajah tak bersalah.
"Kau siapa nak halau aku?"
"Tepilah gila. Biar Lilly duduk sini." Semakin rapuh hati Areena apabila mendengar kata-kata Rayyan. Sangat menusuk jiwanya. Ainna yang perasaan perubahan Areena itu hanya mengenggam tangan Areena. Dia tahu Areena sedang terluka.
Air mata Areena bertakung. Areena mengigit bibirnya supaya air mata itu tidak mengalir di pipi gebunya.
Irfan menjeling Rayyan.
"Ni tempat aku lah bangang. Suruh jelah si jelly tu duduk tepi Jessica. Yang kau sibuk nak suruh duduk tepi kau kenapa? Tak sedar ke dah ada isteri?" Pedas Irfan mengeluarkan kata-kata sindiran. Rayyan diam. Matanya memandang Lilly.
Sorry.
Lilly hanya tersenyum lembut lalu mengeleng kepalanya tanda dia okay sahaja. Rayyan yang melihat terus tersenyum lega lalu duduk dengan hati yang tenang tanpa mengambil tahu hati yang sedang rapuh akan perbuatannya.
Areena memandang Rayyan dengan linangan air mata. Hatinya semakin rapuh, rapuh akibat cinta yang dusta.
Ini yang dia sangat takutkan.
Dan benda ni berlaku sekarang. Kuatkan hati dia untuk menerima?
Ainna memandang Areena lalu mengeluh. Tangan itu diusap lembut untuk mengalirkan kekuatan.
"Kau okay?" Bisiknya perlahan supaya tidak didengari oleh Rayyan. Areena mengangguk kepalanya. Senyuman nipis dilorekan dibibirnya.
"Aku okay. Kau jangan risau." Tergetar suara Areena. Dan Ainna tahu kawannya tidak okay. Lalu dia menyuruh Areena untuk bangun.
"Ketua, aku pergi tandas dengan Areena." Laung Ainna sambil memimpin tangan Areena. Hanis dan Batrisya sudah memandang wajah pucat kawannya.
Areena tak okay.
Apabila kelibat Ainna dan Areena hilang. Hanis dan Batrisya pula bangun untuk menuju ke tandas.
"Aku dengan Hanis pun pergi tandas." Dingin suara Hanis berkata. Ketua kelas itu hanya mengangguk. Tak mampu nak menghalang.
Senyuman sinis seseorang terlorek apabila melihat Areena dan rakannya keluar dari kelas.
"Baru bermula dah teruk macam tu." Ujar suara gadis itu. Gadis yang dengar itu hanya tersenyum sinis.
"Lembik."
Irfan mengeluh apabila BG sudah tiada di dalam kelas ini. Mesti sebab Rayyan, siapa lagi kalau bukan suami Areena.
"Siapa si Jelly tu?"
"Nama dia Lilly." Datar suara Rayyan. Sakit hati bila Irfan mengelar Jelly bukan Lilly.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Genç KurguTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...