Bab 50

8.8K 424 26
                                        

Promote:-
The Destined Love - thebalsky

Areena mencebik bibir melihat Rayyan yang membuat mimik wajah sedih kerana dipalau oleh mereka. Jarinya mencubit peha Rayyan.

"Auch,"

Irfan dan Ainna memandang Rayyan dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa dengan kau Rayyan?"

"Ni hah ada semut gatal gigit aku." Ujar Rayyan lalu menjeling Areena yang membuat wajah yang tidak bersalah itu. Kecil besar kecil besar aje dia tengok Areena. Kang kalau tampar kang kira dayus pula.

Areena yang merasa Rayyan menjelingnya itu hanya membuat tidak endah sahaja. Jeling-jeling cucuk dengan garfu kan.

"Yang kau jeling Areena macam nak makan tu kenapa?"

Tersedak Rayyan dibuatnya, wajah itu berubah kemerah-merahan. Areena yang kalut melihat Rayyan terus menepuk belakang Rayyan.

"Reen bagi air dekat Rayyan." Arah Ainna. Areena masih menepuk Rayyan lalu matanya memandang Ainna dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Ni kan bulan ramadhan Mrs. Irfan." Ujar Ainna lalu Irfan membulatkan matanya. Haih mulut ni tak boleh cover langsung. Ainna menjengilkan matanya. Mesti nak balas dendam dengan aku ni.

"Kau okay tak ni Rayyan?" Soal Areena.

"Belum tu. Cuba kau bagi kiss ke apa, confirm okay." Sampuk Irfan lalu Areena menjeling Irfan tajam. Eyy, mamat ni memang sengaja eh kata macam tu?

Rayyan berdehem kuat apabila mendengar Irfan berkata begitu. Siap kau Irfan nanti aku curi patung beruang kau lepas tu aku jual dekat bundle.

"Ala kau ni Irfan agak-agak la. Semalam kau okay tak? Teddy kau tu macam mana? Mama kau dah buang k-." Sebelum Rayyan ingin menghabiskan ayatnya. Irfan dengan pantas menutup mulut Rayyan dengan tapak tangannya.

"Kau ni kurang ajar eh," bisik Irfan perlahan yang hanya boleh didengari olehnya. Rayyan hanya menjeling Irfan tajam.

"Eh kau dah kenapa tutup mulut Rayyan?" Soal Areena.

"Nothing,"

Irfan menjatuhkan tapak tangannya dari mulut Rayyan lalu Rayyan terus membuat gaya muntah.

"Puihh, kau makan petai ke sahur tadi? Tak pandai basuh tangan ke apa?" Bebel Rayyan. Areena mengigit bibir menahan ketawa. Idea mula timbul di benak fikiran.

"Hah Ainna nanti kau berdua kahwin. Tolonglah ajar Irfan basuh tangan dengan cara yang betul." Ejek Areena lalu menampar lengan Ainna.

Ainna menayangkan wajah cemberutnya. Suami isteri dua kali lima je.

"Iye Reen nanti aku ajar dia ni. Haih awak pun Irfan kenapa basuh tangan tak cuci em? Nak suruh saya ajar baru awak pandai?" Soal Ainna sambil mencuit Irfan yang berada di sebelahnya. Badan Irfan sudah kaku tak bergerak.

Astaghfirullah, crush jangan macam-macam.

"Euw geli aku drama korang ni. Bulan ramadhan pun nak buat dosa ke apa?" Sampuk Batrisya dari belakang Ainna. Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan. Dari tadi lagi dia memerhati 4 ekor cicak ni. Kerja nak mengatal aje. Kerusi yang dia heret itu diletakkan di tengah meja. Lalu punggungnya dilabuhkan disitu. Tangannya menongkat pipi pau miliknya yang besar itu.

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang