Kepala Areena melihat gerangan yang berkata tadi. Muncul Batrisya yang berlari anak menghampiri Areena dan Ainna.
Tubuh Areena dan Ainna dipeluk erat oleh Batrisya. Sesat nafas dua gadis itu akibat pelukan Batrisya. Sempat tangan Areena menjentik dahi Batrisya.
"Dah rindu aku sangat ke yang peluk ni?" soal Areena. Batrisya yang mengusap dahinya mengukir senyuman.
"Ha'ah aku rindu kau. Muah sikit." Batrisya memuncungkan mulutnya sempat tangan Areena menepis wajah Batrisya.
Ainna yang melihat adegan itu hanya mampu mengeluh. Matanya memandang jejaka yang sedang mengelap peluh. Mata jejaka itu memandang Ainna. Lalu mata Ainna cepat-cepat memandang ke arah lain.
Malu,
Areena yang perasan kelibat Irfan dan Rayyan itu dipandang. Sempat dia memandang Irfan yang sedang memandang Ainna yang berada di sisinya. Sampai malu dibuatnya.
Lambaian dari Hanis dibalas oleh mereka bertiga. Farhan yang melihat kehadiran Hanis tersenyum sampai ke telinga. Jodoh dia sudah mari.
"Dah lama ke korang tunggu aku?" Soal Hanis sambil tangannya memasuki telefon bimbit di dalam poket.
"Tak adalah lama sangat," Hanis menganggukkan kepalanya lalu mereka berempat menuju ke kelas.
Usai memberi salam dan ketukan pintu. Mereka berempat terus menuju ke meja belajar. Areena menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Beg yang digalas diletak dibelakangnya. Meja Rayyan dipandang sekilas.
"Pergi merayau mana mamat ni?" Hatinya menyoal lalu kedengaran pintu diketuk oleh seseorang. Kepala diangkat untuk melihat gerangan itu.
Suami dia.
Bunyi kerusi ditarik didengari oleh telinga Areena manakala tangannya lincah menulis sesuatu di kertas kecil. Kertas kecil itu diletakkan ke atas meja Rayyan.
Rayyan menjungkit keningnya apabila melihat Areena meletakkan kertas kecil di atas mejanya lalu dia memandang Areena yang memandang ke arah lain. Setelah duduk Rayyan terus membaca kertas kecil itu.
Tadi pergi mana?
Terbit senyuman nipis di bibir Rayyan. Risau juga dia dekat aku ya? Pen yang sentiasa ada di dalam poket diambil lalu ditulis ke atas kertas kecil itu. Kertas itu disua kepada Areena. Areena terus memandang Rayyan sekilas apabila Rayyan memberi kertas kecil itu semula. Lalu dengan pantas dia mengambil kertas kecil itu.
Thanks, risau tentang aku.
Areena mengigit bibir bawah untuk menahan senyuman yang terukir di bibirnya. Kertas kecil itu dilipat kecil dan disimpan ke dalam poket.
Cikgu sejarah yang diajar oleh cikgu Rashid dipandangnya. Bebelan dari cikgu Rashid bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia mengeluh. Mata Areena memandang buku latihan lalu tangan Areena menyalin nota yang berada di papan putih. Rayyan yang sedang tekun menulis itu dipandang.
Wah, selalunya tidur je.
Suara cikgu Rashid mematikan lamunan Areena. Seluruh kelas 5 Diamond memandang cikgu Rashid.
"Cikgu ada berita untuk korang semua. Mungkin berita ni gembira untuk korang." Tutur cikgu Rashid manakala bibirnya mengukir senyuman yang nipis.
"Berita apa tu cikgu?" soal Qairil iaitu ketua kelas 5 Diamond.
"Cikgu akan bersara dan mungkin korang semua akan dapat cikgu baru. Dan cikgu juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua sebab jadi pelajar cikgu." Seluruh pelajar terkejut setelah mendengar kata-kata Cikgu Rashid. Ada yang menangis, ada yang tersenyum dan ada juga yang pura-pura menangis.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...