Bab 62

7.5K 490 268
                                    

Ayna ada buat group sementara. Link ada di bio ayna. Terima kasih.

***

1 bulan kemudian,

Hubungan mereka semakin renggang, selama 1 bulan diorang hanya bercakap 3 atau 4 kali seminggu. Itupun mereka hanya akan berbual perkara yang penting sahaja. Sepatah dikata, sepatah dijawab. Berita tentang Rayyan berpelukan juga sudah tersebar sehingga kedua ibubapa mereka tahu. Rayyan dimarahi teruk oleh Daddy dan Mummy kerana berita yang tersebar itu. Dan hubungan dingin mereka juga sudah diketahui oleh kedua ibubapa mereka juga dan ibubapa mereka hanya mampu mendoakan sahaja hubungan Areena dan Rayyan kembali jernih seperti sediakala. Areena seperti di dalam dunia sendiri selama 1 bulan. Sama juga seperti Rayyan. Dua-dua tidak mahu mengalah. Lilly pula setiap petang akan berjumpa dengan Rayyan di Kafe. Alasan mereka berjumpa adalah study group.

Study group sangat. Padahal hanya mereka berdua sahaja. Study group ke dating? Malas mahu memikirkan perkara yang tidak penting baginya. Areena terus mencapai buku latihan dan nota lalu disimpan ke dalam beg galas adidas. Apabila Rayyan sibukan diri dengan Lilly,. Dia pula sibukan diri untuk belajar berkumpulan di rumah Ainna bersama rakannya dan juga 3 jejaka kacak.

1 bulan cukup membuatkan dia berubah seratus peratus kepada perangai dulu. Dingin sedinginnya. Tiada lagi air mata yang mampu mengalir di pipinya. Tiada lagi hati terluka akibat kelakuan Rayyan. Hatinya sudah tertutup.

Tertutup untuk Rayyan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Rayyan yang sedang menyikat rambut. Matanya menjeling Areena yang sedang mengemas buku nota. Dia perasan yang Areena semakin dingin dengannya. Dan perkara itu membuatkan dia terkedu. Sangkaannya meleset apabila Areena berubah dengan pantas. Dia fikir Areena akan menangis apabila dia kerap bersama Lilly.

"Keluar." Ujar Areena. Beg galas adidas itu digalas di bahu kanannya. Manakala topi hitam dipakai di atas kepalanya. Kunci kereta mini cooper terus diambil. Tanpa sempat Rayyan ingin membalas, Areena sudah meninggalkan Rayyan bersendirian di bilik.

Rayyan mengeluh.

"Dia berubah." Ujar bibirnya perlahan. Tak sangka secepat itu Areena mengalah.

Tangannya kemas memegang stereng kereta kesayangannya itu, bibirnya terkumat kamit menyanyi lagu kegemarannya. Sekejap dia mengangguk kepalanya mengikut rentak lagu. Bunyi nada dering mengejutkan Areena. Terus airpod dipakai di telinga kanannya.

"Hello."

"Hello Areena, kau dekat mana? Lambat lagi ke nak sampai? Semua dah sampai ni cuma tunggu kau jela." Areena sudah memuncungkan bibirnya. Kalau tak membebel memang tak sah ke?

"Aku tengah bawa kereta ni. Dalam 10 minit lagi aku sampai. Disebabkan aku buat korang tunggu. Nanti aku order pizza hut dekat food panda." Ujar Areena. Tangannya lincah membelok ke kanan. Motorsikal yang memandu di tengah jalan itu dihon.

Pom.

"Terima kasih boyfriend. Jasamu akan ku kenang."

Budak dalam lingkungan 14 tahun yang membawa motorsikal itu memusing kepalanya memandang mini cooper Areena. Jari tengah dilemparkan kepada Areena tanda marah akibat hon. Areena terkaku seketika. Bukan disebabkan jari tengah itu. Tetapi disebabkan kuku budak itu yang panjang seperti 8 inci.

Astaghfirullah tak potong ke? Tapi sedikit sebanyak hatinya panas akibat jari tengah itu.

Ainna yang masih dalam panggilan memanggil nama Areena berkali-kali sampailah Areena tersedar dalam realiti. Areena mendengus sebelum dia memandang nombor plat motorsikal budak tak matang itu.

She's mine (C)Where stories live. Discover now