Bab 04

13.4K 657 8
                                    

"Oi oi" panggil Rayyan.

"Hah? apa dia?" soal Areena malas. Nak je aku cekik bibir Rayyan tu.

"Kau semenjak aku tanya pasal boyfriend asyik mengelamun je, mengelamun apa?" soal Rayyan kepada Areena

"Takde apa-apalah." jawab Areena. Rayyan menganggukan kepalanya.

"Pukul 6:30 petang dah ni jom la balik" ujar Rayyan sambil melihat ke arah jam tangannya.

"Betul juga. Jom balik, aku pun tak sembahyang asar lagi"

"Kau ingat kau sorang ke? aku pun belum tahu!"

Areena tersengih kerang busuk.

Aum garang.

Areena dan Rayyan menuju ke parkir kereta untuk balik.

Kereta lamborghini aventador berwarna hitam milik Tengku Rayyan Ammar sudah memasuki perkarangan rumah ibubapa Areena.

"Assalamualaikum Mama, Papa, Ashraf dan Ashrif" jerit Areena sambil berlari anak.

Macam budak.

"Waalaikumusalam, kau apahal macam budak terencat akal?" soal Ashraf tanpa lapik. Rayyan yang mendengar sudah tergelak sampai mengeluarkan air mata.

"Bongoklah kau ni." marah Areena lalu memukul bahu Ashraf. Ashrif yang berada disebelahnya sudah tergelak.

"Ala benda betul kot."

"Assalamualaikum" sampuk Rayyan pula. Ashraf dan Ashrif memandang Rayyan. Manakala Areena ternganga kecil.

Asal mamat ni tak kata nak masuk.

"Weh Rayyan, macam mana keluar dengan kakak aku? mesti dia macam budak terencat akal kan?" soal Ashraf.

Areena sudah menyumpah kepada Ashraf. Rayyan memandang Areena sekilas, lalu dia melihat Ashraf dan Ashrif.

"Ha'ah. Penat layan perangai dia."

Ashraf dan Ashrif sudah seronok mengelakkan kakaknya iaitu Areena. Areena membuat wajah mencuka. Geram dia terhadap Rayyan semakin kuat sehinggakan dia rasa dia ingin tarik rambut Rayyan sehinggalah kepala Rayyan botak.

Bunyi bising di ruang tamu membuatkan Mama datang.

"Apa yang bising sangat ni?"

"Tak ada apa-apalah Mama. Diaorang ni gila." ujar Areena. Matanya menjeling adik kembarnya itu.

Aku sebar gambar kau berdua nanti.

"Mama, Reen dan Rayyan nak solat sekejap." ujar Mama. Ashraf menghentikan ketawa. Dia memandang Areena.

"Kalau ya pun angau dengan Rayyan. Jamganlah bawa masuk bilik." seperti peluru memasuki hati Areena.

Masya-Allah.

Kata-kata Ashraf sungguh membuatkan hati Areena terguris.

Adik tak guna.

"Kau kata dekat aku, kau tak nak kacau aku dah. Ni apa dia?" ujar Areena.

Ashraf senyap, dia memandang Ashrif dan menepuk dahi.

Matilah nak.

"Gurau je."

"Gurau kepala hotak kau." marah Areena lalu dia menarik rambut Ashraf yang panjang itu.

"Auch, sakit la bongok." ujar Ashraf sambil memegang kepalanya. Dia rasa rambut dia dah gugur dah.

"Padan muka. Ashrif kau tunjuk bilik kau dekat Rayyan." arah Areena seperti bos besar. Mama yang melihat hanya mengelengkan kepala.

She's mine (C)Where stories live. Discover now