Bab 47

8K 476 18
                                        

    Kereta milik Amirul memasuki perkarangan halaman rumah Mama dan Papa Amirul memarkir kereta di parkir yang sudah disediakan untuknya. Areena membuka pintu lalu turun, bonet dibuka oleh Rayyan dan mereka berdua mengangkat makanan yang telah diberi oleh mereka sebentar tadi. Amira yang baru keluar dari perut kereta hanya mengelengkan kepala apabila melihat adik ipar dan adiknya membeli makanan yang banyak bagaikan membuat kenduri.

    "Assalamualaikum," salam dilaung oleh Rayyan dan Areena. Dua belah tangan mereka kemas memegang plastik makanan yang dibeli di bazar ramadhan tadi. Amirul dan Amira berjalan bersama dan menghampiri mereka berdua. Amirul meletakkan tangannya ke dalam poket kerana dia tidak membeli makanan manakala Amira hanya memegang dua plastik sahaja.

   Air coconut shake dan chicken chop.

   Pintu rumah dibuka dari dalam, terbeliak mata Mama apabila melihat menantunya dan anaknya memegang plastik makanan yang banyak.

   "Ya Allah, korang nak buat kenduri ke apa yang banyak sangat beli makanan ni ha? Soal Mama sambil tangannya mencekik pinggang. Areena tersenyum kerang busuk dan matanya memandang Rayyan untuk menyuruh Rayyan memberi perjelasan.

   Rayyan mengeluh apabila memandang mata Isterinya itu.

   "Rayyan tak tahulah Mama tapi Areena yang nak sangat beli makanan ni." Ujar Rayyan. Mama memandang wajah anaknya yang tersenyum kerang busuk itu.

   Eei, ada juga yang kena cubitan ketam ni kan.

"Siapa yang nak habiskan ni Reen?" Soal mama dengan tegas. Areena mengembungkan pipinya.

"Apa gunanya Reen ada suami kalau tak boleh guna?" Ujar Areena. Mama menjengilkan matanya. Amirul dan Amira memandang sesama sendiri.

"Adik kau lah ni." Bisik Amirul.

"Kau tak sedar diri ke? Tu adik kau." Bisik Amira membalas kata-kata Amirul.

Amirul menjulingkan matanya.

"Mama nak marah Reen pun marahlah kat dalam. Mama nak cubit ke nak sepak ke nak pukul ke semua boleh.."

"Mama letak cili dekat mulut dia." Sampuk Amira. Amirul memandang Amira. Eey dia ni aku tak habiskan ayat aku lagi.

Tangan Amirul menjentik dahi Amira. Amira mengadu sakit.

"Jangan menyampuk. Semua Mama boleh buat untuk adik Abang Mirul tapi Mama benarkanlah kitorang masuk dalam. Panas ni Mama. Kalau ya pun kesiankanlah dekat Rayyan yang angkat makanan anak Mama yang gemuk ni." Luah disudut hati seketul Amirul.

Areena mengetap bibir. Kurang asam punya abang dan kakak.

"Maaf Rayyan, Rayyan masuklah dulu dengan abang Mirul dan akak Mira tau. Areena ni biar mama settlekan okay?" Ujar Mama lalu Rayyan hanya memberi senyuman palsu apabila melihat jelingan Areena.

Seram.

"Terima kasih Mama." Ujar Rayyan walaupun disudut hatinya dia sangat gerun dengan wajah Areena yang memandangnya bagaikan ingin menelan.

Tiber author ayna.

Rayyan meletakkan plastik makanan ke atas meja yang berada di dapur. Wajahnya pucat lesu. Amirul yang baru masuk memandang pelik ke arah adik iparnya.

"Kau dah kenapa Rayyan."

Rayyan yang termenung itu tersentak akibat suara Amirul. Rayyan meneguk air liurnya kesat. Relax Rayyan relax.

"Abang Mirul nampak Reen tak?"

Amirul menjungkitkan keningnya, bibirnya tersenyum sinis. Mesti takut dengan Areena ni. Idea nakal mula muncul di fikiran Amirul.

"Reen? Aku nampak tadi tapi kan muka dia.." saja dia membuat nada suara yang menyeramkan dan perlahan. Rayyan sudah berubah kepada pucat dan Rayyan mendekatkan telinga ke Amirul.

"Kenapa dengan muka dia?

"Muka Areena masha-Allah garang weh tak senyum pun. Mesti dia marah kau sebab tak backup dia tadi. Kau ni pun satu dia kena bebel dekat Mama kau tak backup pun dia. Sekurang-kurangnya katalah ke Mama yang kau tak apa angkat plastik banyak-banyak." Ujar Amirul. Rayyan meneguk air liur kesat sebelum dia memandang Amirul.

"Tapi abang Mirul juga punca Areena kena bebel dengan Mama. Abang Mirul kata sepak Areena, pukul Areena, cubit Areena. Rayyan bukan apa kalau cubit tu okay lagi tapi sampai ke tahap sepak dan pukul ni. Muka abang yang kacak ni hancur kena sepak dengan Rayyan. Abang nak camtu?" Bisik Rayyan panjang lebar. Amirul meneguk air liur kesat pula.

Niat nak kenakan Rayyan tapi kena dekat batang hidung sendiri pula.

Amirul tersenyum manis lalu dia berlari menaiki tangga.

"Bye masa berbuka jumpa pula." Laung Amirul sambil berlari anak. Rayyan hanya memandang sahaja permergian abang iparnya yang terencat akal.

Rayyan mengeluh perlahan, nafasnya ditarik lalu kakinya menuju ke lif. Punat lif ditekan ke tingkat tiga. Pelik? Kenapa abang Amirul berlari menggunakan tangga walaupun lif sudah tersedia di dalam rumah ini?

Tak lain tak bukan bilik Abang Amirul hanya ditingkat dua lain dengan Amira dan Areena yang berada di tingkat tiga kerana dia seorang perempuan.

Entah kenapa otak author ini sangat bangang sikit sebab buat bilik Areena atas. Tapi takpe benda ni nice bukan?

Ting

Pintu lif terbuka apabila berada di tingkat tiga. Pintu lif tak pernah buat hal ya dan rumah ni tak ada hantu. Ada dua ketul toyol aje.

Ashraf dan Ashrif.

Rayyan mengetuk pintu bilik sebelum masuk. Areena yang berada di bucu katil itu dipandang. Areena hanya membaca novel tanpa memandang Rayyan sahaja. Rayyan menuju ke Areena lalu duduk di tepi katil. Novel Areena ditarik perlahan-lahan. Areena yang baru sedar akan kehadiran Rayyan terus mengangkat muka.

Areena menjungkitkan keningnya.

"Kenapa suami tercinta?" Soal Areena dengan suara gedik. Rayyan sudah ternganga mulut. Dia marah aku ke tidak ni?

"Kau okay tak sayang? Eh tersasul maksud aku Areena." Ujar Rayyan. Areena mengigit bibirnya.

Aku gigit Rayyan ni kang.

"Sayang okay jela abang. Eh tersasul juga maksud aku, aku okay jela kau tu kenapa? Demam?" Ajuk Areena lalu tersenyum manis. Rayyan mencebik bibir.

Eei ikut orang!

Cubit kang.

"Hm kenapa tak panggil je aku abang?"

"Hm kau kenapa tak panggil je aku sayang?" Soal Areena balik. Menyoal soalan Rayyan.

Astaga berbelit lidah.

"Aku malu."

"Kalau kau lelaki dah malu. Apa lagi aku perempuan? Lagi malu tau." Ujar Areena.

Rayyan tersenyum nipis, ayo isteri dia ni tak boleh ke tak comel sehari? Asyik comel aje? Kecil dulu selalu makan tembikai ke apa?

Rayyan memeluk pinggang ramping milik Areena. Areena menyembamkan wajahnya ke dada Rayyan. Haih aroma maskulin milik Rayyan selalu buat dia tenang dan damai.

Eei terasa gedik pula.

Areena memeluk pinggang Rayyan juga. Rayyan meletakkan dagunya di bahu Areena manakala tangan kanannya mengusap rambut Areena yang terurai itu.

"Tadi kau marah aku ke?" Soal Rayyan walaupun mereka masih berpelukkan. Areena diam sebentar.

"Mana ada aku marah kau." Ujar Areena. Tangannya mengemaskan pelukkannya. Bau aroma maskulin dari Rayyan membuatkan dia terbuai di alam lain.

"Yeke?" Tanya Rayyan. Tangan Rayyan masih bermain dengan rambut panjang milik Areena.

"Iya abang."

Tbc

Ehem so kepada sesiapa nak masuk group yang ada ayna dalam tu. Korang boleh ambil link dengan ayna tau. Dalam tu bolehlah kita jadi kawan ke apa. Btw bukan group wattpad tau tapi group untuk bergaul sahaja. Group untuk wattpad tunggu ayna rasa nak buat okay? Selamat membaca ya 🥰 !

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang