Bab 15

11.1K 676 48
                                    

Kereta mini cooper selamat memasuki perkarangan Empire High School. Handbrake di tarik ke atas setelah kereta elok berada di parkir yang sudah di sediakan hanya untuk dia sahaja. Enjin dimatikan lalu pintu kereta dibuka.

Muncul wajah yang ditakutkan oleh pelajar Empire High School. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai kumpulan yang terkenal. Hati dingin dan tidak cair dengan mana-mana jejaka di dalam sekolah tersebut. Dialah.

Tengku Areena Arisya, Yang mempunyai gelaran Ice Queen.

Tiga buah kereta mewah elok di parkir sebelahan kereta milik Areena. Tiga orang gadis yang mempunyai rupa yang menawan dan dari kumpulan yang diketuai Areena keluar dari pintu kereta tersebut.

"Putri Ainna Damia!" laung pelajar yang berada di perkarangan parkir tersebut hanya disebabkan mahu melihat BG untuk hari pertama sekolah.

"Tengku Dania Batrisya!"

"Raja Hanis Zalikha!"

Ketiga-tiga gadis itu hanya memberi senyuman sinis.

"Hai geng." tegur Ainna setelah lama tidak berjumpa dengan rakannya.

"Tak payah nak hai sangat, jom masuk kelas." sampuk Hanis.

"Kita kelas sama lagi ke?" soal Batrisya. Areena yang sedang melihat senarai nama mengangguk wajahnya apabila soalan terpancul di mulut kecil milik Batrisya.

"Ye Isya,"

"Yess!!" laung Ainna gembira. Mata-mata pelajar yang masih setia duduk di perkarangan parkir kereta yang khas untuknya tidak di pandang.

"Jangan nak gembira sangat," tegur Hanis yang dari tadi setia berada di tepi Areena.

"Asal?"

"Kita sekelas dengan Jessica dan Bella." ujar Areena setelah lama mendiamkan diri.

"Urgh, minah sotong tu?" soal Batrisya wajahnya yang ceria semakin menghilang. Kini digantikan dengan wajah yang dingin dan senyuman sinis.

"Ya,"

****

Suasana kelas 5 Diamond yang seperti pasar tani sudah sunyi dan hening apabila empat gadis memasuki dengan wajah yang dingin.

"Eh, bising la lagi asal korang senyap ni?" soal Ainna sinis.

"Baru hari pertama sekolah dah bising." ujar suara sinis Hanis pulak. Lalu dengan slumbernya punggungnya kini duduk di atas kerusi yang berada di tepi tingkap. Earphone di pasang lalu menyumbat ke telinga.

Wajah pelajar 5 Diamond kini menjadi kaku apabila BG memasuki kelasnya.

"Eh Ikha kau ni kerja tidur je semalam kau tulis story eh?" soal Batrisya berbisik.

"Better kau diam, sebelum mulut kau aku jahit." balas Hanis sambil matanya masih ditutup rapat.

Areena yang melihat rakan-rakannya hanya mengeluh. Nafas berat ditarik, niat dihati diulang beberapa kali.

'Semoga perkara lepas tak berlaku.'

"Duduklah," Areena berkata untuk pelajar 5 Diamond yang dari tadi seperti tiang. Lalu kakinya menuju di meja bersebelahan Ainna. Manakala Batrisya duduk bersebelahan Hanis.

Seorang wanita 20-an memasuki kelas 5 Diamond. Buku-buku diletakkan elok di atas meja guru lalu tangannya menepuk dua kali untuk mendapatkan perhatian pelajar kelas 5 Diamond.

Pelajar yang sedang bermain phone, tidur, membawang dan sebagainya memberi sepenuh perhatian kepada guru tersebut.

"Assalamualaikum, saya Teacher Hani cikgu bahasa inggeris kamu semua. Selamat berkenalan." ujarnya sambil memberi senyuman.

She's mine (C)Where stories live. Discover now