Suara seseorang menyentakkan Areena dan Ainna. Areena memandang gerangan suara tersebut.
"Kau asal sebut nama penuh aku? demam ke?" soal Areena, keningnya berkerut.
Batrisya tersenyum sehingga menampakkan gigi.
"Aku nak jadi macho sebab tu sebut Areena."
Ainna memandang Areena dan Batrisya bergilir-gilir. Pipi Ainna dikembung.
"Kau nak jadi macho? dasar gedik." ujar Ainna apabila sudah melepaskan ketawa. Bahu Areena menjadi mangsa tepukan. Batrisya memincingkan matanya memandang Ainna.
Kemain eh kau.
"Yang kau over sangat ni kenapa?" soal Areena sambil mengurut bahunya yang terasa sengal itu. Ainna diam, tudung yang senget dibetulkan.
"Author Ayna nak buat lawak tapi hambar sebab tu aku tolong gelak." ujar Ainna.
Batrisya menjulingkan matanya.
"Ni Isya, mana Ikha?" soal Areena. Matanya melilau mencari Hanis.
"Oh Ikha tadi dia bagitahu dia nak jumpa Farhan." ujar Batrisya. Areena dan Ainna mengangguk lalu matanya membulat.
"Kau kata apa tadi? Farhan?"
"Ha'ah Farhan."
"Putra Farhan Taufiq ke?!"
"Ya la siapa lagi?" soal Batrisya. Keningnya sudah berkerut apabila melihat gelabah Areena dan Ainna.
"Diorang bercinta ke tho?"
"Entah."
"Batrisya, kalau aku tanya kau jangan nangis tepi bucu katil." sekian lama Areena mendiamkan diri untuk menyusun ayat. Akhirnya terkeluar juga. Batrisya sudah menjungkitkan keningnya.
"Ainna dengan Irfan. Ikha dengan Farhan. Kau bila nak ada pasangan?" soal Areena.
"Areena pula ada Rayyan. Kau jela keseorangan tanpa pasangan." ujar Ainna menyampuk.
Batrisya mencebik bibirnya, kenapa soalan sensitif juga diorang akan tanya? Kerusi diambil lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. Kaki disilang lalu tangannya diletakkan elok di atas peha. Batrisya menarik nafas panjang.
"Soalan korang agak menyentapkan hati aku sebenarnya."
"Tapi aku nak juga kata. Aku sebenarnya ada minat lelaki ni tau."
"Hairul." ujar Ainna. Batrisya memandang Ainna seperti tidak percaya. Dari mana si Ainna dapat tahu aku minat Hairul.
Aaa nak nangiss ah camni.
"Macam mana kau tahu?" ujar Batrisya.
"Kau buat lupa ke? ada haritu kita keluar dan kau stalk instagram si Hairul tu then gelabah sebab diorang ada dekat situ juga. Aku confuse asal kau gelabah semacam bila tengok si Hairul tu hah. Macam minah sewel pun ada juga. Aku pun buat rancangan, masa kau tidur dalam kelas. Aku curi iPhone kau. Aku tengok gallery kau. Astaghfirullah. Penuh gambar si Hairul. Tapi aku sokonglah juga sebab gambar Hairul semua cantik gila. Pandai kau ambil, nanti tolong ambil untuk Irfan eh masa dia tidur confirm comel. Okay sambung selepas itu aku stalk instagram kau pula dan nampak gayanya kau selalu stalk instagram Hairul. Sekian dari cerita aku." ujar Ainna panjang lebar. Lalu akhir cerita dia menarik nafas panjang.
"Ya Allah, aku tak sangka aku bagitahu kau satu nafas je. Boleh mati aku." bebel Ainna manakala Batrisya sudah terkebil-kebil.
Pipinya tukar kepada warna merah akibat malu. Lalu dia menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...