Bab 10

12.4K 638 13
                                    

'Pertunangan ni akan kekal ke?' soal hati Areena lalu menuju ke arah pintu untuk turun ke bawah. Ye la anak dara tak elok duduk dalam bilik je kena pergi dapur juga.

****

"Assalamualaikum.." ujar seseorang di luar pintu rumah.

"Waalaikumusalam eh Rayyan jemput la masuk" ujar mama sebaik melihat Rayyan.

"Terima kasih mama, mana Areena?" soal Rayyan mata melilau mencari kelibat Areena.

"Dekat atas, ni ada apa mari? takkan dah rindu baru 2 hari lepas tunang" sakat mama

"Sebenarnya Rayyan nak ajak Areena keluar jalan-jalan selepas tu balik la. Mama izinkan tak?" soal Rayyan mengukirkan senyuman manis. Cara-cara nak bagi mak mertua cair.

"Boleh je"

Kelibat seseorang yang keluar dari lif melihat ke arah mama dan Rayyan.

"Tu bukan Rayyan ke?" soal Areena sendirian

"Good morning mama, eh Rayyan kenapa mari ni?" soal Areena sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Ya allah, Areena tudung mana tudung?" soal mama cemas. Rayyan hanya terpaku melihat Areena tanpa memakai tudung.

"Hah? tudung?" ujar Areena sambil meraba-raba atas kepalanya lalu mukanya berubah menjadi cemas.

"Mama! rambut Reen!!" jerit Areena lalu berlari menaiki tangga. Kalau lif lambat pulak, jadi dia naik tangga je lah.

"Bertuah punya anak, banyak hal" omel mama dapat didengari oleh Rayyan.

'Cantik' bisik hati Rayyan

"Sorry la Rayyan pasal Areena tadi." ujar mama memohon maaf

"Takde pape la mama."

"Rayyan duduk dekat sofa dulu, mama nak buat air teh selepas tu panggil Areena" ujar mama lalu kelibatnya hilang sebaik memasuki dapur.

"Okay ma."

"Areena bersiap okay nanti keluar dengan Rayyan" ujar mama disebalik pintu bilik Areena.

"Apa?" soal Areena sambil membuka pintu biliknya

"Rayyan ajak Reen pergi jalan-jalan so Reen pergi bersiap"

"Err, okay ma"

****

"Mama, nanti mama suruh Reen masuk kereta Rayyan eh. Rayyan tunggu dalam.kereta" ujar Rayyan

"Okay"

Setelah Rayyan memasuki kereta. Iphone X miliknya dikeluarkan dari poket jeans hitam miliknya lalu Rayyan menyandar selesa di kerusi. Aplikasi instagram dibuka.

"Do you prefer being called baby or sayang?

"Baby sayang"

"Baby sayangggg..."

"Iya" jawab Rayyan sambil tersengih. Cair hati kita tapi kalau Areena mahu tercabut hati abang! eh abang?

Pintu penumpang sebelah dari luar dibuka. Areena masuk lalu duduk di sebelah Rayyan.

"Sorry lambat" ujar Areena sebaik memasuki kereta

"It's okay"

Perjalanan menuju ke destinasi mengambil masa selama 30 minit dan selama 30 minit masing-masing senyap seperti berada di alam sendiri. Mungkin Areena masih malu akan kejadian yang berlaku di rumah. Lalu kereta milik Rayyan berhenti di Restoran yang dipenuhi makanan melayu seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak dan lain lain.

She's mine (C)Where stories live. Discover now