Bab 30

9.9K 590 21
                                        

Areena yang sudah membersihkan diri itu menuju ke dapur. Rambutnya disanggul tinggi bagi mendedahkan leher putih miliknya.

"Selamat pagi tokma. Masak apa tu?" soal Areena sambil menghidu masakan. Sedap.

"Tokma masok nasi lemok nge ayam celup tepung." ujar Tokma.

"Oh, nak suruh Reen tolong tak?"

"Tak payah tolong. Dah nak siap dah. Areena pergi gerak Rayyan." arah Tokma. Areena mengangguk kepalanya. Dia menuju ke bilik tidur. Rayyan yang masih tidur itu dipandang oleh Areena. Areena menhenyak punggunya disisi Rayyan. Rambut Rayyan yang terjuntai didahi dibetulkan.

"Rayyan bangun," lembut Areena gerak sambil mengerakkan tangan Rayyan. Rayyan hiraukan Areena.

"Rayyan bangun man..." belum habis lagi Areena mahu berkata.

Areena sudah tersembam di atas dada Rayyan kerana ditarik oleh Rayyan. Rayyan memeluk Areena erat manakala kepalanya berada di tepi leher putih milik Areena.

"Jangan bergerak please..." rengek Rayyan. Areena kaku apabila nafas Rayyan hangat didengari di telinganya. Jantungnya sudah berdebar-debar.

"Rayyan bangunlah." ujar Areena manakala tangannya berusaha bangun tetapi tidak berjaya kerana dipeluk kemas oleh Rayyan.

"Areena, 5 minit." ujar Rayyan. Entah kenapa dia selesa memeluk Areena pada pagi ini. Leher Areena yang putih itu dihidu olehnya. Wangi.

Mesti Areena sudah mandi manakala dia masih busuk. Aa, kesah apa aku. Asalkan dia dapat peluk si Areena ni. Areena sudah gelisah apabila hidung Rayyan digesel di bahagian lehernya. Aa kenapa pula dengan Rayyan ni.

"Reen Tokma suruh panggil Rayyan. Bukey suruh mu tido pulok." laung suara Tokma menyentakkan Areena dan Rayyan. Mereka berpandangan mata sekilas.

"Kau la ni." marah Areena sambil membetulkan baju yang sudah berkedut akibat perbuatan Rayyan yang mental itu.

"Salahkan aku pula. Kau yang tak nak lepaskan." ujar Rayyan tidak bersalah. Areena jeling Rayyan tajam.

"Sudah, kau pergi mandi dulu. Topik ni aku tamatkan sampai disini sahaja kalau kau buka balik aku tak nak bawa kau bersiar-siar dekat kampung." ugut Areena lalu dia keluar dari bilik. Rayyan yang melihat Areena tersenyum sinis.

Ugut aku konon,


Selesai mereka berdua makan pagi bersama. Areena dan Rayyan sudah keluar untuk bersiar-siar di kampung. Motorsikal milik Tok Ayah dicari oleh Areena.

Ha dah jumpa!

"Rayyan, kau pandai bawa motor?" soal Areena sambil menghidupkan motorsikal tersebut. Rayyan dengan angkuhnya mengangguk kepala.

"Mestilah aku pandai. Bukan ke aku kekadang pergi sekolah naik motor sport ke?" angkuh Rayyan tanya sambil menjungkitkan keningnya.

"Aa, what ever. Nah bawa motor, aku tunjuk jalan." ujar Areena lalu dia melompat supaya naik di atas motor.

"Opocot..." latah Rayyan. Areena tergelak sambil menepuk bahu Rayyan dengan kuat.

"Hahaha kau melatah eh? oh my god. Boleh tak nak viralkan!?" ujar Areena dengan sisa gelak. Wajah Rayyan sudah bertukar cemberut.

"Jangan nak gelak sangat. Kan tak pasal-pasal mati sebab gelak." dingin Rayyan berkata. Merajuk mungkin. Areena senyap walaupun dia masih mahu gelak tapi tak apalah nanti mood Rayyan baik baru dia sambung gelak.

She's mine (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang