Bab 61

7K 485 212
                                    

Promote:-
The Mafia's Bride - ayuashyqnn
A Barrier of Love - lovemoonkook
Bad boy's Mine - @SharifahJeongyeon
Cintakan Dia - keyinaaa

Ashile buka media tau.

****

     Dewan Empire High School dihias dengan hiasan ketupat  yang bergantung untuk menambahkan seri suasana Hari Raya. Photobooth juga disediakan oleh pihak sekolah, dengan kayu jati dan kad raya yang tergantung di sekeliling. Rayyan dan Lilly sudah melabuhkan punggung di atas kayu jati. Ramai pelajar yang memandang ke arah mereka bertiga. Ramai yang terkejut apabila melihat Areena sebagai juru gambar Rayyan dan Lilly. Selama ini mereka sangkakan Rayyan dan Areena mempunyai hubungan istimewa tapi fikiran mereka berubah apabila melihat Rayyan bersama dengan pelajar baru iaitu Lilly.  Dan ramai pelajar Empire High School merungut kerana HeadPrefect bukan dengan Ice Queen.

    Rayyan sudah berdiri dan duduk di hadapan Areena, poket seluar dimasukkan dan tangannya mengambil telefon bimbit miliknya lalu diberi kepada Areena. Areena terus mengambil telefon bimbit Rayyan tanpa segan silu. Ibu jarinya menekan ke atas bulatan di atas screen.

     Fingerprint.

     Memori lama menyerbu fikiran Areena. Areena bersila di atas katil, rambutnya disanggul tinggi. Kedua belah tangannya pula memegang kemas novel tebal itu. Bibirnya terkumat-kamit membaca novel, kekadang wajahnya berkerut apabila membaca konflik yang tidak digemari dan kekadang dia tersenyum sehingga menampakkan gigi putih miliknya. Rayyan yang berada di sebelah Areena terus menjengukkan lehernya, perasaan ingin tahu tertanam dalam diri.

    "Kenapa asyik tersengih?" Soal Rayyan, rambut Areena diselit di belakang telinga menggunakan jarinya. Areena mengangkat wajahnya, matanya memandang mata suami. Lalu novel itu ditunjuk ke arah Rayyan.

     "Suami dia sweet." Ujar Areena. Rayyan mencebik bibir tidak suka.

      "Aku tak sweet ke?" Soal Rayyan dengan suara yang cemburu. Areena tersengih lalu mengeleng kepalanya selamba badak.

      "Suami dia buat apa sampai kau rasa sweet?" Soal Rayyan ingin tahu. Walaupun dia agak terasa apabila Areena kata dia tak sweet.

Areena tersenyum lebar apabila Rayyan menanyakan soalan itu.

     "Macam ni, isteri dia gaduh dengan suami dia tau lepastu dia merajuk siap bagitahu yang suami dia ni ada perempuan simpanan. Sebab suami dia 24 jam dengan telefon bimbit." Panjang lebar Areena berkata. Kekadang mukanya berkerut tidak puas hati atas fitnah isteri itu. Suami dia punyalah bekerja 24 jam. Dia pula fitnah suami dia ada perempuan simpanan?!

    Rayyan mengangguk, kekadang dia tersenyum memandang wajah cemberut isterinya itu.

    "Selepas tu?"

     "Selepas tu kan isteri dia merajuk, suami dia pun pujuk. Dan suami dia buat jari isteri dia sebagai password untuk buka phone dia. Jadinya password suami dia boleh guna jari suami dia dan isteri dia. Sweet kann?!" Tersengih Areena bercerita. Mulutnya berceloteh. Rayyan tergelak memandang karenah Areena.

    Apabila Areena sudah habis cerita, terus Rayyan mencapai jari Areena untuk membuat sebagai password kedua. Areena terkedu lalu dia memeluk Rayyan.

She's mine (C)Where stories live. Discover now