Bab 55

7.6K 443 70
                                    

1 minggu kemudian,

     Belakang halaman rumah dituju sebelum Areena membaringkan badannya ke atas rumput. Jari Areena diangkat mengukir bentuk awan yang berada di atas langit sebelum Areena mengigit bibir memikirkan perkara 1 minggu yang lepas. Semenjak dua menjak ini hatinya tidak keruan seperti ada sesuatu yang akan menganggu hal rumah tangganya.

    Fikirannya sudah lelah memikir siapa gerangan yang akan menganggu hal rumah tangganya dan itu membuatkan Areena takut. Takut perhatian Rayyan kepadanya hilang dan bertukar kepada gadis lain. Dia mungkin percaya yang Rayyan takkan mencurangi dia ataupun melebihkan gadis lain daripadanya.

    Areena mengeluh lemah.

    Dia sudah puas menghalau fikiran buruk terhadap Rayyan. Dia takut apabila dia memikirkan benda buruk terhadap Rayyan membuatkan rumah tangganya goyah. Lengan Areena diletakkan di atas kedua belah matanya.

   Mata dipejam bagi menghilangkan perasaan gundah-gulana.

    Tanpa dia sedar, Areena tertidur di bawah pancaran matahari beralaskan rumput.

     Rayyan yang selesai mandi itu menuju ke bilik pakaian. Baju t-shirt hitam diambil bersama seluar track adidas. Mata Rayyan melilau mencari kelibat isterinya. Rayyan mengambil Iphone X Max lalu bilik ditutup. Misi sekarang ialah untuk mencari isteri tercinta. Punat lif ditekan dan Rayyan menuju ke dapur.

    "Areena." Laung Rayyan berkali-kali tetapi Areena tidak menyahut pun.  Ruang tamu juga dituju olehnya. Tetapi kelibat Areena tidak sesekali pun ada mahupun bayang-bayang. Rayyan terus bertindak untuk pergi ke luar rumah. Selipar dipakai di kakinya. Kenderaan Areena dan dia masih berada di garaj. Tiada tanda yang Areena keluar dari rumah. Rayyan mengurut pelipis. Mana lagi si Areena nak pergi semasa bulan puasa ni?

   Rayyan berjalan di sekitar rumahnya dan apabila sampai di belakang halaman rumahnya. Dia memincingkan matanya memandang sekujur tubuh yang baring beralaskan rumput. Manakala lengannya dijadikan untuk menutup mata supaya tidak menyilaukan matanya. Rayyan diam sejenak sebelum dia berjalan ke arah Areena.

   Eh budak ni. Ada ke patut tidur dekat sini? Nasib baik pagar tinggi kalau tak mesti jiran nampak aurat si Areena ni.

   Rayyan yang sudah berada di sisi Areena turut membaringkan badannya. Tangan Areena dialih olehnya. Areena yang merasakan silau mentari memasuki matanya terus mengerut sedikit. Rayyan menjeling Areena sekilas sebelum tapak tangannya betul-betul berada di mata Areena untuk menghalang cahaya matahari. Badan Rayyan mengiring kepada Areena. Rambut Areena yang berada di mata diselak mengunakan jarinya.

    Rayyan memberi kucupan di dahi Areena sekilas.

    "Reen seminggu ni kau merajuk dengan aku ke?"

    "Seminggu kau buat hati aku terseksa sebab kau tak beri aku senyuman."

     "Aku rindu kau."

     "Aku rindu kau kacau aku."

    "Tarik rambut aku yang hensem ni." Rayyan gelak kecil apabila dia memuji diri sendiri. Jari Rayyan bermain rambut hitam perang milik Areena.

     "Kenapa aku rasa kau macam larikan diri daripada aku?"

      "Aku sayang kau."

     "Aku cintakan kau."

     "Aku tak nak kehilangan kau."

     "Tapi andai suatu hari aku berubah dan buat kau tawar hati. Aku minta maaf."

     "Tapi sumpah demi Allah aku akan tetap sayang kau sampai bila-bila walaupun kau rasa aku berubah." Rayyan melabuhkan kucupan di dahi Areena lama.

She's mine (C)Where stories live. Discover now