Bab 40

8.6K 451 16
                                    

Rayyan memandang Areena yang berlari meninggalkan dirinya. Semenjak dua menjak ini dia terasa seperti Areena sengaja menjauhkan diri olehnya.

Aku ada buat salah ke?

Tak apalah Rayyan. Bagi ruang untuk Areena. Mungkin dia rimas atau tak nak bersendirian.

Rayyan melabuhkan punggung di atas kerusi lalu wajahnya disembam di atas meja. Malas nak berfikir banyak dan dia mahu berehat. Nasib baik harini semua cikgu ada mesyuarat.

Irfan yang memandang Rayyan itu mengerutkan dahinya. Tangannya menjentik dahi Rayyan.

"Kau dah kenapa?"

"Tidur," ujar Rayyan tanpa mengangkat wajahnya. Matanya dilelapkan. Dia nak berehat.

Irfan hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia tahu yang Rayyan tak akan perasaan apa yang dia buat.

Kerana bosan disebabkan Rayyan tidur Irfan bercadang untuk melepak di meja dua ketul kawannya lalu dia bangun dan menuju ke meja Hairul dan Farhan. Kerusi kosong ditarik lalu dilabuhkan disitu. Dan bermulalah sesi membawang versi lelaki.

"Eh kau kenapa mari sini? sibuk aje." ujar suara garau kepada Irfan. Irfan mencebik bibirnya kepada Farhan.

Boleh pasang lagu dekat atas tu. Lagi best tau!

"Aku tahu aku tak penting bagi korang. Aku redha. Selamat tinggal." Irfan membuat nada sedih lalu dia bangun dari kerusi untuk menuju ke kerusinya. Setelah dia berdiri Irfan merasa seperti tangannya dipegang oleh seseorang untuk menahan Irfan pergi ke kerusi lain.

Irfan memusingkan kepalanya lalu secara rasminya dia bertentangan mata dengan Hairul.

Oeemgee sumpah macam drama Hindustan.

Lagu hindustan tiba-tiba sahaja berkumandang setelah mereka berpengangan tangan manakala daun kering itu berguguran disekeliling Irfan dan Hairul yang masih berpegangan tangan. Farhan menekup mulutnya, matanya masih tekun melihat drama hindustan tersebut dan tangan kanannya pula setia memegang telefon bimbit yang dipasang lagu Janam Janam.

Daun kering itu pula dibantu oleh ketua kelas dengan melempar daun kering itu bagi membuatkan adegan ini lebih romantis seperti berada di bawah pokok yang sedang gugur.

Kelas 5 Diamond hanya sunyi sahaja apabila lagu Janam Janam itu dipasang oleh Farhan. Semua pelajar hanya menekup mulutnya menahan ketawa manakala ada juga yang tersengih kerang busuk. Pelajar perempuan pula merakam adegan itu menggunakan telefon bimbit masing-masing bagi membuat kenangan.

Irfan dan Hairul masih berpegangan tangan. Mereka seperti di dalam dunianya sendiri.

Ainna dan Batrisya seperti cacing kepanasan apabila melihat adegan mereka. Ya Allah macam pasangan bercinta pun ada.

Jealous, Jealous, Jealous!

Selesai sahaja lagu itu habis. Irfan menepis tangan Hairul. Tangannya diletakkan di dada. Sesak nafas apabila dia berpengangan tangan dengan Hairul.

Fuh, aura dia lain macam.

"Macam gay siot." ujar Irfan lalu dia menarik nafas dan hembus.

Hairul berdehem menghilangkan rasa kekok. Tangannya itu dilap di baju.

"Apahal kita pegang tangan sampai habis lagu dan kau Farhan sempat eh kau pasang lagu?" soal Irfan aneh. Matanya memincing kepada Farhan.

Farhan tersengih hingga menampakkan gigi putih miliknya. Tangannya mengangkat isyarat 'peace'.

Hairul memandang pelajar yang masih melihat dirinya lalu dia menunjuk penumbuk.

"Baik korang senyap sebelum ni singgah dekat muka." Hairul melaungkan dengan suara yang kuat. Pelajar perempuan menyimpan telefon bimbit ke dalam poket lalu dia menarik buku teks untuk dibaca. Kecut perut mereka apabila diberi amaran oleh Raja Hairul Ridzwan.

****

Cikgu Wana yang berbaju kurung kebaya itu memasuki kelas. Buku yang berada di tangan diletakkan di atas meja. Ketua kelas bangun lalu memberi salam kepada Cikgu Wana.

Sekarang ialah masa terakhir sebelum waktu pelajaran habis. Ini disebabkan cikgu mempunyai mesyuarat dan hanya matapelajaran yang diajar oleh Cikgu Wana sahaja sempat belajar.

"Harini cikgu akan bagi kamu semua kerja berkumpulan." ujar Cikgu Wana lalu dia melabuhkan punggung di kerusi cikgu.

Cikgu Wana melihat wajah anak muridnya itu.

"Cikgu nak kamu pilih satu cerita dongeng yang kamu pernah baca dan kamu perlu lakonkan semula. Amacam best tak?" soal Cikgu Wana. Ada yang seronok dan ada juga yang tidak minat.

"Cikgu pilih kumpulan atau kitorang boleh pilih?" soal salah satu pelajar lelaki. Cikgu tersenyum lalu dia meletakkan jari di dagu.

"Cikgu akan sediakan nama kumpulan dan esok cikgu bagi dekat korang. So harini kita sambung topik kemarin. Kerja sekolah dah siap ke semua?" soal Cikgu Wana manakala Irfan dan Farhan sudah membuat wajah cuak.

Ya, dia lupa.

"Cikgu, buku tertinggal." laung Farhan memberi alasan walaupun sebenarnya dia bawa buku tulis dan buku tulis itu masih kosong tidak bertulis.

Cikgu Wana bercekak pinggang. Matanya memandang Farhan tajam.

"Kenapa tinggal? awak nak suruh kucing awak baca?" soal Cikgu Wana manakala Farhan mengaru tepi kepalanya.

"Tapi cikgu rumah saya tak ada kucing."

Semua pelajar 5 Diamond berusaha menahan ketawa. Wajah Cikgu Wana sudah berubah kepada bengis.

"Menjawab!"

"Cikgu tanya, saya jawablah." ujar Farhan selamba. Cikgu Wana merengus kasar lalu dia berambus daripada Farhan.

Hairul menyiku Farhan lalu berbisik.

"Boek ah kau."

Farhan hanya tersenyum kemenangan manakala keningnya tak henti-henti dijungkit.

****

Areena menuju ke perpustakaan kerana dia sudah berjanji dengan Ainna untuk melepak di perpustakaan. Semasa berjalan sempat Areena memikirkan tentang Rayyan.

Semenjak dia tidak bertegur dengan Rayyan. Rayyan turut tidak tegur dengan dia. Pujuk tak, tanya pun tidak.

Nampak sangat tak sayang aku.

Apalah nasib kau Areena. Rumah tangga asyik ada konflik je. Bilalah nak habis konflik kau ni. Nak juga hidup gembira seperti orang lain. Apa yang jahat sangat si author ni yang selalu buat aku dan Rayyan bergaduh?

tbc

She's mine (C)Where stories live. Discover now