Apabila sudah tiba waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Bunyi deringan loceng menandakan bahawa perut mereka perlu diisi dengan pelbagai jenis makanan.
"Reen, aku nak tanya ni." Lembut Ainna bersuara. Areena yang sedang mengemas buku yang berterabur di atas meja menjungkitkan keningnya.
"Sejak bila kau minta kebenaran nak tanya ni?" Mata hitam Areena memandang mata coklat milik Putri Ainna Damia.
"Salah ke kalau aku minta secara tiba-tiba?" tanya Ainna.
Areena mengelengkan kepalanya berkali-kali apabila mendengar soalan Ainna. Pelik kenapa tiba-tiba nak minta kebenaran nak tanya aku.
"Tak, aku cuma pelik je."
"Oh, aku nak tanya boleh tak ni?" tanya Ainna sekali lagi.
"Tanya lah,"
"Kau jangan marah aku tau," Berkerut dahi Areena mendengar tutur kata Ainna. Belum tanya macam mana nak marah.
"Ya, aku tak marah."
"Kau dengan Rayyan tu ada hubungan ke atau korang saling kenal mengenali."
Jantung yang bergerak normal kini terhenti seketika kerana soalan Ainna. Wajah merah putih berubah kepada pucat. Bibir Areena yang kering dijilat beberapa kali bagi membasahkan bibirnya. Nafas ditarik bagi mengelakkan perasaan berdebar di dalam diri.
"Tak ada." Ringkas sahaja jawapan Areena tetapi jawapan itu tidak memuaskan bagi gadis bernama Putri Ainna Damia.
"Betul ni?"
"Ya betul," Senyuman manis diberi manakala Ainna mengeluh.
"Tak apalah kalau macam tu. Weh jom la rehat kita dah lambat ni." Cepat Ainna menukar topik bagi menghilangkan perasaan awkward yang tiba-tiba hadir di dalam dirinya.
Seorang jejaka berdehem sedikit untuk menarik perhatian dua gadis yang sedang berbual kosong. Ainna mengangkat wajahnya melihat gerangan jejaka tersebut.
"Kau nak apa Rayyan?" Malas mahu melengahkan masa terus Ainna menyoal Rayyan. Rayyan pula meletakkan jarinya ke bawah dagu seperti gaya berfikir.
"Nak pinjam kawan kau. Kalau boleh rehat sekali dengan dia kot."
"Kenapa pula?"
"Aku nak belanja dia makan sebab kalah lumba kereta. Faham?" Rayyan berkata dengan wajah yang tak berperasaan.
"Haih, okey. Tapi nanti kau bagi balik tau." Sempat Ainna mengingatkan Rayyan. Rayyan menjulingkan matanya.
"Ya, aku tak culik kawan kau ni."
Mereka berdua berjalan menuju ke Cafeteria. Menu yang berada di atas dilihat untuk memilih makanan. Manakala Rayyan hanya melihat isterinya yang leka melihat menu.
Comel juga isteri aku ni.
"Dah siap pilih makanan?"
"Belum... bagi masa 2 minit lagi boleh?"
Rayyan menganggukkan kepalanya. Selepas beberapa minit Areena melihat menu akhirnya dia memilih untuk makan roti sahaja.
"Ni je?" soal Rayyan dengan wajah yang terkejut. Tadi bukan main lama tengok menu.
"Ya, aku diet sebab aku rasa aku gemuk." ujar Areena sambil menyuapkan roti ke dalam mulutnya.
Rayyan menjulingkan matanya. Gemuk apa kalau badan macam papan.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Teen FictionTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...