Batrisya dan Hanis memandang gerangan suara yang menyampuk perbualan mereka. Mahu terkejut mereka apabila melihat mereka berdua berada di sini. Hanis berdehem untuk menghilangkan resah. Mesti Ainna dan Areena sudah dengar perbualan mereka berdua.
Sorang minat Hairul dan sorang lagi minat Farhan.
Betapa kecilnya dunia ini.
"So korang minat Farhan dan Hairul?" Soal Ainna. Bibirnya tersengih kerang busuk. Keningnya dijungkit. Batrisya dan Hanis berpandangan sebelum dia memberi senyuman palsu.
"Hahaha mana ada." Hanis ketawa palsu diikuti dengan Batrisya.
"Korang silap dengar ni. Hahaha." Ujar Batrisya. Areena yang duduk di sofa terus mengambil iPhone 8 plus miliknya. Dia memasang suara yang dirakam olehnya itu.
"What the fish girl, Aku minat Farhan!"
Hanis menepuk dahinya berkali-kali. Pipinya sudah kemerah-merahan. Areena pula menayangkan senyuman sinis. Areena menongkat dagunya, matanya memandang Hanis dan Batrisya.
"Korang.."
Hanis dan Batrisya memandang Areena yang sedang memanggilnya itu.
"Apa?"
Areena tersenyum manis lalu mengusap hidungnya yang berpeluh itu.
"Aku tak marah pun kalau korang nak minat Farhan, Irfan dan Hairul. Asalkan bukan Tengku Rayyan Ammar." Ujar Areena terus terang. Dia mengigit bibir manakala Ainna, Hanis dan Batrisya senyap membisu.
"Kau suka Rayyan ke Reen?" Soal Batrisya.
"Ergh nantilah aku bagitahu korang tapi korang jangan minat Rayyan eh." Ujar Areena memberi amaran. Jari telunjuk ditunjuk kepada Ainna, Hanis dan Batrisya.
"Euw, aku suka Irfan."
"Wow seriously? Aku pula suka Hairul."
"Aku Farhan ehem."
"Semua suka 4K? Wow nanti bila kahwin dan korang ada anak. Bolehlah kita berbesan." Ujar Areena manakala yang lain hanya gelak sahaja.
****
Areena membuang tudung sekolah yang disarung di kepalanya. Rambutnya disanggul itu dilepaskan. Areena mencapai tuala lalu memasuki kamar mandi untuk membersihkan diri. Rayyan yang baru sahaja memasuki bilik tidur terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Penat pula bila puasa dekat sekolah ni.
Areena yang berkembam terus menepuk dahinya apabila dia tidak membawa pakaian untuk dipakai. Takkan nak berkembam di depan Rayyan pula?
Aduh.
Areena menjengulkan kepalanya di pintu tandas. Dia memanggil Rayyan.
"Rayyan." Panggil Areena berkali-kali. Rayyan yang terdengar suara yang sedang memanggilnya terus mencelik mata lalu menonyoh. Rayyan menuju ke kamar mandi lalu menjungkitkan keningnya.
"Kenapa?"
Areena menayangkan gigi putih miliknya.
YOU ARE READING
She's mine (C)
Novela JuvenilTENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang insta...