Bab 35

8.6K 490 35
                                    

"Jangan kata yang diaorang bercinta?" soal Hanis dengan wajah terkejut. Irfan memandang Farhan lalu mengetuk kepala Farhan dengan telefon bimbit.

"Korang jangan percaya dengan Farhan ni. Bergurau je kerja kau."

"Tak sekarang ni memang Rayyan dan Jessica ada hubungan ke?" sampuk Ainna dengan wajah yang penuh risau. Hairul yang menjadi penonton hanya mengelengkan kepalanya. Malas nak keluarkan suara dia. Penat pula bercakap.

"Tak ada pun. Si Farhan ni saja gurau." ujar Irfan lalu dia menjeling kepada Farhan yang sedang mengusap kepalanya itu. Ainna dan Batrisya mengeluh.

Tak sangka diaorang tertipu. Mahu terkejut mereka bila dengar si Farhan kata macam tu dengan wajah tak berperasaannya. Mana mungkin mereka tidak mudah tertipu.

"Bangang betul kau ni." ujar Hanis kepada Farhan. Farhan tersengeh, tangannya menggaru kepala yang tidak gatal itu. Malu pula bila crush dia bagitahu dia bangang.

"Aku gurau je Hanis." ujar Farhan lembut manakala Hanis mengeluh lalu memandang ke arah lain. Tangannya disilang ke dada seperti merajuk. Ainna dan rakan-rakannya memandang pelik ke arah mereka berdua.

Pelik.

Nampak macam kekasih pun ada juga. Dan sejak bila si Farhan ni panggil Ikha guna nama Hanis?

"Kau berdua ni kekasih gelap ke?" tembak Ainna apabila dia sudah banyak kali memikirkan tentang hubungan mereka berdua. Hanis dan Farhan tersedak lalu mereka memandang satu sama lain.

"Mana ada. Betul tak Farhan?" ujar Hanis dan dia menyoal Farhan. Farhan menganggukkan kepalanya berkali-kali. Batrisya menongkat dagu melihat karenah mereka berdua.

"Kau duaorang sesuai jadi kekasih."

Farhan berdehem seketika bagi menghilangkan rasa resah dihati.

"Ikha sejak bila kau cakap banyak hah?" soal Batrisya memandang Hanis lalu dia memandang Hairul sekilas. Haih, sampai bila dia nak tunggu si beku tu. Ainna dengan Irfan dan Hanis sekarang dengan Farhan.

Aku ni hah?

Dengan siapa? Pakcik kebun?

"Bukan ke aku memang cakap banyak?" soal Hanis perlahan.

"Tak, kau kurang bercakap lagi-lagi kalau lelaki."

"Oh.. ha cepatlah sambung topik tentang Areena dan Rayyan. Lebih cepat kita selesaikan, kita boleh balik awal." ujar Hanis menukar topik. Ainna hanya mengangguk sahaja. Malas fikir.

"So Irfan boleh terangkan kenapa Rayyan dengan Jessica tadi?"

"Sebelum tu Areena dan Rayyan bergaduh ke?" soal Irfan manakala Hanis, Batrisya dan Ainna serentak menganggukkan kepalanya.

"Oh apa yang aku tahu Rayyan tak suka Jessica. Tapi bila aku tengok dia gelak dengan Jessica tadi pun aku pelik."

"Eh korang," sampuk Farhan. Semua memandang ke arah Farhan untuk mendengar kata-kata Farhan.

"Apa dia?"

"Semasa Rayyan dan Jessica gelak aku nampak Rayyan macam malas layan Jessica dan mata dia asyik tengok Areena je. Selepas Areena keluar dari kelas, Rayyan bangun pergi dekat meja dia semula dan abaikan Jessica."

"Then?"

"Aku syak Rayyan tak ada hubungan pun dengan Jessica tapi Jessica yang melebih dan niat Rayyan kemungkinan dia nak cemburukan si Areena tu. Diaorang kan gaduh?"

"Betul juga apa yang kau kata." ujar Batrisya lalu dia memandang Ainna. "Ainna, Reen bagitahu apa-apa tak dekat kau?" soal Batrisya.

Ainna mengeluh seketika lalu dia memandang semua yang berada di situ.

She's mine (C)Where stories live. Discover now