Jarum jam di dinding menunjukkan angka 3 petang. Aku segera mengemas buku buku yang ada di atas meja. Kena cepat! Balik ni, aku nak tengok cerita Naagin! Hehehe... Beg aku capai dan sangkutkan ke bahu.Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kelas dan berjalan di koridor, hujan turun mencurah curah. Haiyyaa...Kalau camni, basah lah baju aku nanti!
Sedang aku ralit memikirkan apa yang akan terjadi kepada watak utama Naagin pada episod kali ni, tanpa diduga kakiku tergelincir akibat lantai yang basah.
"Adoii... Ape malang nasib aku ni! " aku sedikit mengeluh. Namun bila aku mengangkat muka, kelihatan satu tangan berada di hadapan mukaku. Eh, tangan saper pulak ni? Segera aku melihat pemilik kepada tangan tersebut.
Namun, aku sedikit tersentak. Dia! Crush Aina! Bad boy tu! Tanpa memyambut huluran nya, aku segera bingkas bangun.
"Kau, okay?" lelaki tersebut bertanya.
"Hah? Err... Yup. Okay. Just, sakit sikit jer. " aku tersenyum kecil untuk menyembunyikan rasa malu. Eh, Fiqa! For what kau nak malu ngan mamat ni? Itu bukan jenis kau, okay!
"Ermm.. Nama, saper?" dia bertanya lagi.
"Fiqa." balasku sepatah.
"Ouh... Aku Danish. Kau yang jaga pintu tadi pagi, kan?" Danish bertanya.
"Ermm. Kenapa? " aku memandangnya.
"Sorry lah, sebab tengok kau sampai macam tu sekali. Aku bukan tengok kau pun, aku cuma tengok cikgu disiplin kat belakang kau aje. Tapi tertengok kau pulak." Danish tersenyum. Woahh... Baru aku tau,dia baik sebenarnya!
"Kenapa kau nak mintak maaf pulak?" dahiku berkerut.
"Aku... Aku tak biasa tengok anak dara orang sampai macam tu sekali."
dia membalas."Ouh. Ok... Aku nak balik dulu..." aku segera meminta diri bila menyedari bahawa sekarang dah pukul 3:15.
"Ok.. Bye." Danish mengangkat tangan kanannya. Aku cuma mengangguk.
***********
"Kenapa aku asyik teringatkan dia, ye? " Afiqa menggumam perlahan.
iPhone s6 nya dicapai. Mesej kepada Aina segera ditaip.Aina, tadi aku jumpa crush kau tu. - Fiqa
Tak lama, iPhone nya bergetar menandakan mesej baru tediterima.
Kat mana?! - Aina
Koridor depan kelas aku, lah. - Fiqa
Weh, dia budak kelas mana? - Aina
Entah lah... - Fiqa
Urmm... Dia macam mana? - Aina
Camtu lah. Ok lah. Aku ada hal ni. Nak siapkan homework yang cikgu bagi. - Fiqa
Ok. Beres.. - Aina
**********
Aku memicit kepala aku yang terasa sedikit pening. Entah kenapa, aku tiba-tiba aje rasa pening."Fiqa, Fiqa okay?" Naim bertanya.
"Yup... Fiqa okay. Tapi,kepala ni pening sikit." aku melontarkan senyuman kepadanya.
"Urmm... Nah ambik ubat ni. Biar hilang sakit kepala tu." Naim tersenyum lebar. Tangannya menghulurkan sebiji pil berwarna putih. Panadol, mungkin.
"Thanks Naim." aku menyambut hulurannya.
"Nah, air mineral. " dia turut menghulurkan sebotol air mineral. Aku menelan ubat tersebut.
Tak lama, kurang dari 5 minit....
"Fiqa, okay tak ni?" soal Naim.
"Naim, kepala Fiqa makin pening... Fiqa... Err... Naim.." aku sempat memaut lengannya yang berlapik baju. Namun, Naim menolak aku sehingga aku jatuh terbaring di atas lantai.
"Kau, aku punya! Takde saper saper yang boleh rampas kau dari aku!" aku sempat melihat Naim mengukir senyum sinis. Tangannya menarik tudung aku dengan kasar. Aku tak berdaya untuk melawan. Aku tak tau kenapa, tubuh aku terasa sangat lemah. Aku tak boleh nak gerakkan tangan aku! Seakan akan lumpuh!
"Aku akan bagi 'benda' ni kat kau harini... Supaya kau tau, aku tak suka kau jumpa atau cakap dengan budak tu lagi!" Naim membuka satu persatu butang kemeja yang aku pakai .
"Naim.. Please... Jangan. " aku cuma mampu merayu. Kepala yang semakin sakit, aku abaikan! Maruah aku!
Namun, tiba-tiba satu suara menegah.
"Woi!" cuma itu yang sempat aku dengar sebelum duniaku menjadi gelap.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...