Danish mengusap dahi Afiqa yang sedang nyenyak.Jam dikerling. 02:00 a.m.
Lepas bermalam di hospital semalam, hari ni dia dah boleh balik.
Tubuhnya dirapatkan ke tubuh isterinya. Kepala Afiqa diusap lembut. Arasy takde. Tidur dengan Tok Mi dan Tok Abah dia. Kalau tak, biasanya Arasy tidur di tengah tengah.
"Maafkan abang, sayang?" Tanpa rasa bosan dia tetap memohon kemaafan.
Langkah diatur ke bilik air sebelum dia kembali ke bilik.
Sejadah dihampar dan dia menunaikan solat sunat tahajjud.
Setelah selesai, dia kembali membaringkan tubuh ke atas katil.
Tak lama, Afiqa tersedar.
"Sayang?" Laju Danish menegur.
"Hmm?" Afiqa terpinga pinga.
"Tidurlah." Tubuh isterinya dipaut dan dipeluk.
"Abang,.. tak tidur lagi?" Afiqa menyoal hairan.
"Abang tak boleh nak tidur. Abang rasa bersalah. Semua salah abang. Semua silap abang. Abang yang marah marah Fiqa. Abang tengking Fiqa. Abang tak cuba untuk faham Fiqa. Abang bergurau tak bertempat. Abang tak sedar yang Fiqa jadi camni sebab bawak anak abang. Maafkan abang?" Lirih suaranya memohon maaf. Sesungguh hati. Airmata lelaki mulai bertakung.
Afiqa terkedu melihat airmata Danish yang mula mengalir.
"Dah,.. Fiqa pun terlalu ikutkan perasaan. Bukan salah abang sorang. Maafkan Fiqa jugak." Air mata Danish diseka dengan lembut.
Danish tersenyum hambar. Tangannya bergerak ke perut Afiqa dan diusap lembut.
"Baby,.. tak lama lagi baby akan lahir. And one day, kalau baby dah kahwin,.. jaga isteri baby. Hargai dia. Kita orang lelaki kena jaga isteri. Jadikan mama sebagai wanita idaman baby. Cari perempuan yang baik macam mama. Cari yang lemah lembut macam mama, cari yang penyayang mama mama, cari yang penyabar macam mama. Tapi tolong jangan jadi macam papa. Dari awal kahwin lagi papa dah buat mama sakit. Sampai sekarang, mama tetap sakit." Perut isterinya yang agak membukit dikucup dengan lembut.
"Lelaki?" Kening Afiqa terangkat. Hairan.
"Yup. Tadi doktor kata baby boy." Danish tersenyum.
"Patutlah kuat. Anak jantan." Afiqa mengusap perutnya dengan lembut.
"Bila kita nak dapat baby girl, ek?" Danish menyoal tiba tiba.
"Kenapa?"
"Yela, kalau boy,.. setakat ni Arasy ikut muka abang. Rasanya, baby ni pun ikut muka abang. So, kalau girl,.. " dia terhenti.
"Abang harap macam muka Fiqa?" Afiqa meneka. Danish tersenyum dan mengangguk.
Afiqa tersengih.
"Amiin." Tangannya diraup ke muka.
"Amiin." Danish turut mengaminkan impian mereka.
"Abang,.. kenapa Fiqa rasa hidup kita ni cam drama ek?" Afiqa menyoal tiba tiba.
"Sebab? Sebab,.. drama tu diinspirasikan dari kehidupan. So, tak pelik kalau hidup kita cam drama. Kadang kadang, klise. Contohnya, hal Hannan tu. Tapi takpe, abang faham. Maybe Fiqa serabut. And maybe gangguan emosi waktu pregnant." Danish membalas perlahan.
Afiqa mengangguk. Ada betulnya jugak.
"So, lepas ni kalau ada lagi watak antagonis muncul, tolong percayakan abang? Jangan salah faham tanpa usul periksa. Abang taknak hilang Fiqa." Danish separuh merayu.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomansaDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...