Bab 67

4.2K 210 8
                                    



AFIQA DIAM .

"Nah." Gelas berisi susu formula dihulurkannya kepada Afiqa.

Afiqa menyambut. Diteguknya sedikit demi sedikit.

"Macam mana harini?" Danish meletakkan kepala ke atas riba isterinya.

"Okey."

Afiqa membalas sepatah.

"Muntah muntah lagi ke?" Keningnya terangkat.

"Tak."

"Ermm,.." dia senyap. Mencari topik perbualan, mungkin.

Pantas Afiqa bangun dari katil dan keluar dari bilik.

Anak tangga dituruni satu persatu dengan perlahan lahan. Langkah dibawa ke dapur dan gelas ditangannya dibasuh disingki.

Danish mengekor.

"Abang ada buat salah, ya?" Dia menyoal.

"Abang rasa abang ada buat salah, ke?" Sinis Afiqa bertanya.

Danish senyap.

"Cuba cakap, apa masalah dia?" Dia mengangkat kening.

"Entah. Kalau ada, mesti abang tau. Sebab abang yang buat salah, kan?" Selamba sahaja riak Afiqa.

"Cuba cakap terus terang?" Danish mengerutkan dahi.

"Rasa rasa?"

Danish senyap. Lama.

"Rasanya,.. pasal ni?" Kotak rokok diletakkan ke atas kabinet.

Afiqa senyap.

"Abang mintak maaf? Abang mengaku yang abang hisap sorok sorok belakang Fiqa." Dia menggaru kening.

"Betullah abang merokok balik?" Laju soalan dikeluarkan.

"Ermm.." Danish menggaru belakang kepala.

"Dulu abang dah berhenti, kan?" Afiqa memandang suaminya disebelah tanpa berkelip.

"Dulu.. Yang masa form 5 tu,.. abang berhenti masa abang syak sayang pregnant. Takut bahayakan baby."

"Habis skang?"

"Err,.." Dia terkulat kulat.

"Bila start balik?"

"Masa tengah stress ngan kerja haritu." Dia tersenyum sumbing.

"Abang tak sayang Fiqa ngan anak kita, ke?" Lembut Afiqa menyoal. Tangan suaminya dibawa ke perut.

"Aih! Mestilah sayang!" Danish menjawab laju.

"Habis? Abang hisap rokok tu, bahaya tau? Tak sayang nyawa?" Lembut lagi Afiqa menyoal.

"Sorry? Abang janji dah tak merokok lagi dah." Dia menunduk memandang Afiqa yang berdiri separas dagunya.

"Janji buat? Dosa menipu?" Afiqa mengangkat kening.

"Abang janji sungguh sungguh!" Danish tersenyum.

"Good. Ni sayang abang, ni." Pipi Danish diusap lembut.

"Kiss?" Dia tersengih gatal.

"Ngada ngada." Afiqa menolak muka Danish yang mendekati mukanya.

"Upah? Bagilah pembakar semangat sikit! Ingat senang ke nak stop rokok? Merana, tahu?" Dia mencebik.

"Yelaaaa. Janji abang tak merokok." Afiqa menjinjing dan memaut leher suaminya. Kepala Danish ditundukkan sebelum dahinya dicium.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now