Bab 66

4.1K 220 4
                                    


AKU MEMBETULKAN kolar kemejanya yang berwarna hitam.

"Hari ni nak buat aktiviti apa?" Keningnya terangkat.

"Macam biasa je." Aku mengangkat bahu. Mata difokuskan kepada lehernya manakala tangan aku ligat berkerja. Necktie pun mintak aku pakaikan. Hailaaa laki aku. Manja terlebih!

"Jangan gerak banyak sangat. Nanti merengek kata letih la apa." Dia menarik hidung aku.

"Doktor kata kena banyak gerak, kena banyak jalan. Baru lah proses deliver nanti senang." Aku menjawab laju.

Dia cuma mencebik. Aku dipandang dengan riak; sembang je lebih.

"Malam malam nanti kalau lenguh lenguh, sakit urat semua kat abang jugak dia datang. Abang tengah tidur pun rela dia kejutkan nak suruh urut punya pasal." Satu kucupan hinggap di atas hidung aku.

"Yelaaa,.. jarang jarang sekali." Aku mula buat muka bajet bajet comel.

"Jarang lah sangat." Dia mengangkat kening.

Aku tersengih.

"Manja nau skang ekk? Sakit sikit pun cari abang." Dia tersenyum senget.

"Alah, hasil kerja abang jugak kan?" Aku membalas laju.

"Yelaaa."

"Bakul kain tu abang dah angkatkan. Abang letak kat ampaian. Jangan nak buat kerja berat sangat. Nanti mula lah mengadu sakit pinggang lah, sakit kaki lah. Jaga diri elok elok. Jaga anak tu sekali. Pintu tu kunci. Jangan biarkan tak berkunci. Manusia zaman sekarang ni lagi mengerikan daripada haiwan,.."

"Abang pun mengerikan." Aku mencelah.

Dia senyap dari terus membebel.

"Oo,.. ngeri ya?" Senyuman sinis tersunggil di bibirnya sebelum tubuh aku ditolak sehingga terbaring ke atas katil.

"Ngeri lagi ke?" Dia menjongketkan kening. Tubuh aku dah ditindihnya.

"Abang,.. janganlah on top macam ni. Sian baby." Aku menahan dadanya.

"Hmm? Semalam takde cakap pun camtu? Rileks je abang tengok semalam. Bukannya kejap,.."

Mulutnya aku tekup pantas.

"Jangan cakap pasal semalam!" Aku jengilkan mata.

Dia tersengih.

Perlahan lahan mukanya mendekat.

Bibir aku terasa panas. Aku terkedu dalam posisi yang sama.

"Dah. Manis. Balik kerja nanti kita sambung." Pantas dia beralih ke arah Arasy.

Fuh. Lega rasanya bila dia turun.

Pipi dan dahi anaknya dikucup dan dicium sepuas hati.

"Papa pergi kerja dulu tau, sayang?" Lembut dia berbisik di telinga Arasy.

Aku cuma tersenyum.

Dia,.. nakal. Kasar. Kadang dingin. Bapak segala mengusik. Tapi dalam nakal dia, ada lembutnya, dan ada manisnya.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now