"OPOCOT!" Spontan aku terlatah apabila pinggang aku dipeluk secara tiba tiba."Abang!" Aku kertap bibir. Mesti kerja dia.
Dia cuma senyap tanpa sebarang balasan. Yang kedengaran, cumalah desahan nafas hangatnya di telinga aku.
"Abang dah mandi?" Aku menyoal.
"Kenapa? Busuk ke?" Baru keluar suara dia.
"Takdelah. Saja tanya."
"Dah mandi pun." Dia tergelak kecil. Spontan aku tersenyum.
"Nak masak ape?" Lembut dia menyoal.
"Ermm,.. abang nak makan apa?" Kening aku terangkat.
"Kalau tanya abang, abang nak makan Fiqaa,..aduh!" Dia terseringai sebaik sahaja menerima cubitan dari aku.
"Gatal ekk? Gatal?" Aku luaskan mata.
"Time manja dia datang, takboleh tegur sikit. Mulalah nak teriak sambil cari kain buruk buat lap air mata. Time rasa okay sikit, kerja dia cubit cubit orang je. Kalau lebam camner? Haaa,.. kang keluar berita suami di dera oleh isteri,..aduh!" Sekali lagi dia mengaduh bila pipinya aku cubit.
"Abang ni. Takdelah sampai tahap dera!" Aku julingkan mata ke atas.
"Dari duk juling juling mata baik kiss abang,... aduhhh!" Kali ni pinggang dia menjadi mangsa.
"Abang memang spesis tak boleh nak serious, eekk?" Aku kecilkan mata.
"Bukan tak boleh serious. Dengan Fiqa automatik otak abang tak reti on mood serious. Sakit tau tak? Kenapa suka sangat cubit abang? Nak cubit pun, cubit lah pipi Arasy. Bulat pun bulat, comel pun comel." Dia mencebik.
"Arasy mana?" Baru aku teringat pasal budak kecik tu.
"Tengah tengok tv."
"Daripada abang duk kacau Fiqa kat dapur,.. Lagi elok kalau abang pergi main ngan Arasy. Fiqa nak masak." Aku tolak muka dia yang semakin mendekati pipi aku.
Yang ni sorang spesis sama ngan Arasy. Peluk cium tak kira masa.
"Alah, abang nak manja manja je kut." Dia mencebik.
"Manja manja sat gi. Fiqa nak masak dulu." Lembut aku menepuk pipinya.
"Yelah. Eh! Baru ingat!" Dia tiba tiba bersuara.
"Apa?" Dahi aku berkerut.
"Tadi ada staff bagi makanan kat abang. Tiaw Tom Yam. Abang taknak sebenarnya. Tapi kesian kat dia. Apa pulak dia kata nanti,kan? Fiqa panaskan ekk?" Dia tersenyum sebelum langkah diatur keluar dari dapur.
Aku cuma mengangguk kecil. Tiba tiba je staff bagi makanan? Terpalit sedikit rasa curiga.
"Nah." Danish muncul bersama mangkuk tingkat dan dihulurkan kepada aku.
"Panas kan, tau!" Pipi aku dicium sekilas sebelum langkahnya diatur ke ruang tamu.
Aku membuka bekas yang Nish berikan. Sebaik sahaja penutupnya dibuka, bau kuat menusuk hidung. Masam, busuk. Tiaw dah jadi kuning kehijauan manakala kuah Tom Yam dah jadi berbuih.
Aku tak dapat tahan diri. Kaki diatur menuju ke bilik air berdekatan dapur. Terus aku muntah dalam sinki.
"Sayang kenapa? Alahan pulak ke?" Suara Danish kedengaran. Jelas riak bimbangnya.
"Tak. Abang, Fiqa rasa makanan yang staff abang bagi tu dah basi lah." Aku menggeleng perlahan.
"Ouh. Kalau camtu buang lah. Takde rezeki lah tu." Dia mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
عاطفيةDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...