Bab 24

6.4K 338 35
                                    


AKU mencelikkan mata perlahan-lahan. Lama aku termenung. Bila aku berpaling ke kiri, kelihatan Danish sedang memandang tepat ke arah aku.
Dahinya kirinya diatas kening berplaster manakala tangan kanannya dipakaikan anduh.

"Abang?" aku memanggilnya perlahan. Air mata mula bergenang. Betulkah Danish yang sedang memandang aku?

Danish cuma tersenyum kecil. Tiba tiba pintu bilik dibuka.

"Fiqa dah sedar?" umi bertanya. Aku mengangguk.

"Mi...Abang?" Aku menyoal keliru.

"Kenapa?" soal umi semula.

"Bu..bukan..bukan ke ab.. Abang.. Di..Dia..." aku tergagap-gagap.

"Ouh....Lupa umi nak cakap!" umi tergelak kecil.

****************

"Kak Qis?" kedengaran satu suara menyapa.

"Buat ape kat sini?" suara itu bertanya lagi.

"Discuss dengan family patient tadi." balas doktor yang dipercayai merawat Danish. Hek eleh, dia pulak jadi wakil!

"Eh, bukan ke family dia belah sana ke?" dahi doktor perempuan bertag nama Farisha itu menundingkan jarinya ke arah tempat di mana terdapat ramai orang yang sedang mundar-mandir kegelisahan.

"Jap... Doktor treat patient nama ape?" Doktor Azim bertanya.

"Mikhael." jawabnya sepatah.

"Nama anak akak Muhamad Danish Mikhael, kan?" Doktor Farisha bertanya lagi. Puan Qistina mengangguk.

"Eh, bukan Aryan Mikhael?" soal Doktor Azim. Puan Qistina menggeleng laju.

"Jadi....Doc, you dah silap family. Mintak maaf cepat and syiuhh.... Sila bergerak ke arah family mangsa yang sebenar." Doktor Farisha tersenyum lebar. Doktor Azim tersengih sengih malu. Ahaksss! Malu guee!

"Maaf kak... Maaf... saya pergi dulu,ye?' doktor tersebut menundukkan kepala sedikit dan berjalan ke arah yang ditunjukkan oleh doktor Farisha tadi. Malew ler ter! Wahahahahaha.... Padan muka!

"So,akak...Nish maybe boleh balik kejap lagi. Sebab dia cuma patah tangan kanan dan calar calar sikit. Lagi satu, kita expect dia ada keretakan di lutut. Tapi, kalau ikut x- ray tadi,memang ada. Akak nangis ni kenapa?" dahi doktor Farisha berkerut hairan.

"Doktor sengal tu lah... Dia kata Nish dah meninggal." Puan Qistina menggeleng kepala kesal. Doktor Farisha tergelak.

*****************

"Jadi,camtulah ceritanya." umi tersenyum kecil.

"Abang.... Fiqa mintak maaf! Sangat sangat!" aku pantas memeluk Danish. Dia terpinga-pinga dengan kelakuan aku.

"Fiqa... Umi lupa, Nish sebenarnya..." Umi terhenti.

"Kenapa dengan abang, mi?" Aku menyoal bimbang. Umi memandang Danish.

"Nish... Keluar kejap,boleh? Pergi berbual dengan Irwan." Umi memberikan arahan. Danish akur. Dia berjalan keluar dari bilik.

"Nish amnesia." Air mata umi bergenang. Aku terkesima.

"Maksud umi?" Aku kurang mengerti.

"Doktor cakap,dia cuma ingat perkara 2 tahun lepas aje. Dalam tempoh 2 tahun terakhir ni,dia dah lupa."

"Jadi,abang cuma ingat perkara waktu dia umur 16 dan sebelumnya? Maksudnya dia.... Dia dah tak ingat Fiqa?" Sebak aku bertanya. Umi mengangguk berat. Air mata nya mengalir laju.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now