DIA menyapukan pilis di dahi aku."Arasy dah menyusu?" Soalnya perlahan.
"Dah. Dia cakap dia rindukan papa dia." Aku tersenyum.
"Bukan mama dia yang rindu papa, ke?" Danish senyum mengusik.
"Tak rindu." Aku menjuihkan bibir.
"Betul ni?" Danish merapatkan mukanya ke muka aku.
"Ermm." Aku menjawab gugup.
"Tapi papa dia rindukan mama sangat sangat." Hidungnya digeselkan ke hidung aku.
Aku tergamam.
"Rindu tak?" Dia bertanya dengan nada menggoda!
"Rindu." Aku mengangguk perlahan.
"Cun!" Pipi aku dikucupnya pantas.
"Rasy... Bangun lah... Papa rindu ni." Pipi Arasy diciumnya perlahan. Barangkali bimbang budak kecik tu tersedar dari tidur.
Danish kena join kursus kat PD. Dia pergi dan balik dengan bas universiti. Dari universiti, terus dia pecut ke rumah. Sebab RXZ dia tinggal kat sana waktu nak naik bas untuk pergi kursus. Pukul 4 pagi tadi dia sampai rumah. Huhuu.... 3 hari aku ngan Arasy kena tinggal!
Aku tersedar waktu dia sampai rumah tadi pun, masa dia bukak pintu bilik.
"Mama dia dah siap, kita mandikan anaknya pulak! Dah masuk pukul 9 ni." Danish mencuit pipi Arasy berkali kali. Nak sedarkan Arasy tanpa berkasar.
Tapi, budak kecik tu selamba aje tidur. Mungkin dah terbiasa orang cium dan cuit waktu tengah tidur.
Pantas, Arasy yang baru berusia seminggu itu diangkat dan diletakkan ke atas ribanya.
"Bangun, sayang. Papa nak mandikan Arasy ni." Lembut dia berbisik di telinga kiri Arasy. Serta merta, Arasy merengek perlahan. Tangannya digeselkan ke muka.
Jap, bila masa dia keluarkan tangan dia dari dalam bendungan? Buasnya!
Arasy tak nak bangun dari tidur!
Sama liat anak dengan papa ni nak bangun tidur!
"Arasy tak rindukan papa, ke? Bangun, sayang? Papa nak mandikan Arasy ni." Bendungan di tubuh Arasy dibuka perlahan dan butang baju Arasy dibuka satu persatu.
"Bangun, Rasy..." Hidungnya digeselkan ke hidung Arasy.
Lambat lambat, Arasy mencelikkan mata. Dia terkebil-kebil memandang Danish yang sedang tersenyum memerhatikannya.
Aku dapat rasakan ada ikatan yang erat antara mereka.
Perlahan-lahan, Danish mengangkat Arasy yang sudah siap sedia 'berseksi' untuk mandi. Heheee....
Langsung tak nangis bila papa dia nak mandikan. Biasa kalau aku, mama atau umi nak mandikan, tak sah kalau dia tak racau! Memang dia bukak orkestra besar besaran!
"Nah, kita mandi!" Perlahan-lahan, Danish letakkan Arasy dalam besen berisi air suam.
Sebelah tangannya memegang tubuh Arasy dan sebelah lagi mengusap tubuh Arasy dengan air. Lembut sekali caranya.
"Mama oii, tolong hulurkan sabun?" Danish meminta bantuan. Pantas, aku mencapai sabun mandian Arasy dan aku hulurkan kepadanya.
Bila dah siap mandi, Danish mengangkat tubuh Arasy supaya jauh dari air. Towel dicapai dan......
Arasy menangis sebaik sahaja tuala tersebut mengenai tubuhnya. Danish agak terpinga-pinga. Aku tersenyum bagi menahan gelak. Haha!
"Try letak dalam besen balik." Aku memberikan arahan. Danish menurut dan...
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...