LENGAN Danish aku paut erat."Nak letak mushroom?" Dia mengangkat kening.
"Up to you." Aku membalas sambil tersenyum.
"Kita tanya dia, dia up to me plakk." Danish menggeleng perlahan.
"Entah lah. Baby yang nak makan." Aku mengangkat bahu.
"Baby... Nak mushroom tak?" Selamba dia merapatkan muka ke perut aku. Mata aku terbuntang luas!
What?!
Bebas laku betul mamat ni!
"Abang... Orang tengok lah!" Aku menepuk bahu nya perlahan.
"Tak kesah. Kita kat tempat tertutup lah." Dia boo layankan aje ape yang aku cakap!
"Dah lah..." Aku mengetap gigi menahan geram dengan perangai vunguk laki aku ni!
"Yelah." Danish tergelak sambil mencapai tangan aku. And yeah, just like the other couple, jalan pegang tangan. Takpelah, kan? Dah halal. Yang haram tapi gatal nak pegang jugak tu yang jadi masalahnya!
Waktu Danish menghilang sekejap untuk pergi ambik Blackpaper dan pati ayam, tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang.
"Hai. Tak sangka betul jumpa kat sini, ya?" Hannan tersenyum sinis. Aku cuma membalas dengan senyuman nipis.
"Datang dengan sape?" Soalnya.
"Ermmm... Dengan..." Aku terhenti apabila melihat Danish yang sedang berdiri di belakang Hannan sambil menggeleng laju. Jari telunjuk nya diletakkan ke bibir dan dia perlahan lahan berundur di belakang rak.
Hahahaha! Pakcik tu fobia ngan minah ni!
"Dengan...." Aku mengemam bibir menahan tawa.
"Member! Dia ke toilet kejap. Kenapa?" Aku innocent kan muka sikit.
"Ouh... Nish mana?" Soalnya tanpa segan.
Tak malu tanya pasal laki gua!
"Dia ada date." Spontan aku membalas.
"Date?" Dahi Hannan berkerut.
"Yup."
"Habis..." Dia menundingkan jarinya ke arah perut aku.
"Ouh... Date tak semestinya dengan makwe, kan?" Aku tersengih kekok! Tangan memegang perut. Baby, jangan terpengaruh dengan aunty ni, okey?
Ehekk!
"Ouh. Okey. By the way, I akan dapatkan Danish tak kira camner sekali pun." Dia memandang aku sinis.
"Yeke? Lahh... Tu lah kan? Good luck ye? All the best." Aku membalas dengan nada riang. Sengaja aku tepuk tangan dengan perlahan. Hannan menjeling tajam dan terus berlalu.
Asal watak antagonis selalu klise, ye?
"Dah blah?" Danish muncul di sebalik rak rak barangan yang ada. Aku cuma mengangguk.
Lepas bayar barang kat kaunter, kami berjalan ke basement and.....
"Assalamualaikum kak Fiqa." Seorang gadis berpurdah tiba tiba menegur aku.
Ah, sudah! Dah lah muka tak nampak! Aku tak kenal!
"Kak Fiqa ingat saya tak?" Lembut suaranya bertanya. Aku kelu. Aku cam suara ni. Macam.....
"Lieya?" Spontan, terpacul keluar nama tersebut dari mulut aku. Dia tergelak kecil dan mengangguk.
Okey, Danish yang ada di sebelah aku terus mengeratkan pautan di pinggang aku bila terdengar nama tersebut. Aku tau, dia bimbang.
"Akak sihat?" Tanyanya ramah.
"Alhamdulillah sihat." Aku tersenyum.
"Akak makin cantik skang." Dia kelihatan leka memandang aku.
"Abang Nish camner?" Dia memandang Danish pula.
"Alhamdulillah. I'm here right now. Sihat." Danish tersenyum nipis. Aku dapat rasakan ada aura ketegangan antara dua insan ni.
"Nombor berapa?" Lieya melirik ke arah perut aku. Fuh, soalan lazim yang orang akan tanya bila lama tak jumpa!
"Sulung. Lepas yang dulu tu, and yang skang ni." Aku membalas perlahan.
"Ouh..." Lieya kelihatan sayu.
"Akak, sorry. Lieya pernah buat rumah tangga akak kacau bilau. Maaf sangat." Perlahan air mata nya mengalir.
"Takpelah. Let by gone be by gone. Yang penting, Lieya dah sedar skang." Aku mengusap lembut bahu nya.
"Study kat mana skang?" Aku bertanya.
"UIA."
"Wah, bagus tu. Study leklok." Danish yang diam sedari tadi cuba menyertai perbualan. Mungkin, dia cuba nak hilangkan rasa kekok.
Lieya cuma tergelak kecil.
"Boleh Lieya mintak number akak?" Soalnya ragu ragu.
"Boleh." Aku mengangguk.
"Lieya pergi dulu. Assalamualaikum." Selepas bersalaman dan memberikan nombor telefon aku kepadanya, dia meminta diri.
Aku mengangguk dan membalas salamnya perlahan.
Alhamdulillah dia dah berubah. Well, kadang-kadang kita tak sangka, orang yang lebih teruk dari kita, boleh jadi lagi baik dari kita. Jadi, jangan JUDGE orang ibarat dia dah diharamkan syurga.
Jadi, syurga Allah tu, bukan atas amalan kita semata-mata. Tapi atas rahmat-Nya.
Sebab Allah yang pegang hati kita. Jadi, bila bila masa dia boleh balikkan atau ubah hati kita. Kita kena ingat, tu!
Rabbana La Tuzikhkulubana Ba'da iz Hadaitana Wahablana Min Ladunka Rohmah, Innaka antal Wahab.
(Surah Ali Imran, ayat 8)
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisimu sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang maha pemberi kurnia.Ini biasanya doa yg orang baca lepas solat. So, author kongsi sikit. Majoriti dah tau, kan? Lagipun, nabi sendiri pesan, sampaikan walau satu ayat.
So, cam biasa, please vote and comment! ✌
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...