Bab 21

6.6K 355 7
                                    

AKU mencerlung Danish dihadapan. Dia cuma menikus. Diam menundukkan muka.

"Kenapa susah sangat ni?" aku menyoal senada. Danish menggigit bibirnya perlahan. Wajahnya kelihatan keruh.

"Lepaskan Fiqa! Bukannya susah pun, kan? Lafaz ajelah!" aku merengus perlahan.

"Senang betul Fiqa cakap. Tau tak, ape rasa hati ni?" laju dia bertanya. Suaranya bertukar sebak. First time aku dengar suara dia menahan sebak camtu.

Lama kami berada dalam keadaan sunyi. Serious, selama hampir 18 tahun aku hidup tak pernah aku rasa kehilangan camni. Ini adalah kehilangan yang paling besar dalam hidup aku! Aku benci perasaan ni! Rasa sedih, kecewa, sakit, benci, dendam, sayang dan rindu bercampur menjadi satu. Worst!

"Kenapa Fiqa tak bagitau abang pasal baby?" dia menggenggam erat tangan kanan aku.

"Setakat ni, Fiqa masih lagi ada rasa hormat untuk awak. Jadi, dengan penuh sopan, Fiqa mintak tolong lepaskan tangan Fiqa. Fiqa tak selesa."
aku memandangnya kosong. Dengan berat, dia melepaskan genggaman. Dia kelihatan begitu kecewa. Jelas riak terasa di wajahnya.

"Fiqa dah tak sudi nak panggil abang?" bergetar suaranya bertanya.

"Fiqa cuma panggil abang kalau betul Fiqa maksudkan. Bagi Fiqa, panggilan tu membawa maksud kasih sayang Fiqa untuk orang yang Fiqa panggil abang tu. Cuma dia yang Fiqa akan panggil abang." aku menghela nafas panjang.

"Takkan takde sikit pun sayang Fiqa untuk abang?" dia bertanya. Aku tersenyum hambar.

"Perlahan-lahan dia berubah. Badboy sengal kesayangan Fiqa dah hilang. Dan bila hilangnya dia, hilanglah insan yang Fiqa panggil 'abang'. Sayang Fiqa, cuma untuk 'abang'." aku mengesat airmata yang mengalir dengan pantas.

"Tapi dia dah kembali, kan?" soal Danish lagi. Air matanya mula menitis.

"Kembalinya dia lepas dia luka kan hati Fiqa. Awak tak faham! Macam mana rasa hati Fiqa. Dua orang yang Fiqa sayang pergi sekelip mata!" aku mula teresak.

"Tapi rasa sayang boleh dipupuk kan?" dia masih belum mengaku kalah.

"Awak... Maafkan Fiqa? Tapi hati Fiqa dah tertutup. Betul betul rapat. Fiqa dah penat! Dulu Fiqa pegang kata kata tu. And, ya! Fiqa mengaku. Fiqa sayangkan 'abang'. Tapi kasih sayang Fiqa tak dihargai. Cinta Fiqa dibuang. Kepercayaan Fiqa dikhianati. Rindu Fiqa langsung tak dipandang. Sakit, awak.... Sakit!" aku menumbuk dada yang terasa sebak. Danish terkedu.

"Tolong jangan paksa Fiqa lagi dah. Kenapa Fiqa selalu kena paksa sedangkan pengakhirannya cumalah penipuan dan pengkhianatan semata mata? Cukuplah awak... Fiqa betul betul penat! Fiqa rasa dah tak larat lagi dengan semua ni. Baik kita berpisah kalau itu yang terbaik. " aku menggeleng lemah. Air mata yang mengalir aku biarkan di pipi. Aku tak larat dah nak lap sedangkan air mata ni sentiasa mengalir.

"Abang tak nak lepaskan Fiqa. Abang nak jadi pain killer Fiqa. " dia mengesat air mataku dengan lembut.

"Macam mana awak nak jadi pain killer sedangkan awak lah racunnya?" aku bertanya lemah. Aku betul betul penat. Pendarahan yang aku alami terlalu banyak. Entah kenapa, aku rasa mengantuk namun perut aku terasa memulas. Peluh mula merecik di dahi. Perlahan lahan,mata aku terpejam. Ya Allah, tolonglah hapuskan kesakitan ini. Kalau boleh, hapuskan sekali nama Muhamad Danish Mikhael dari ingatan aku. Aku terluka setiap kali teringat kenangan manis kami bersama.

******************

PERLAHAN lahan aku mencelikkan mata. Sebaik sahaja aku membuka mata, baru aku sedar yang aku berada di dalam dakapan Danish. Aku meraba pinggang yang terasa sengal, namun aku terpegang tangan Danish yang melingkari pinggang aku dengan erat. Kepala yang terasa pening aku picit perlahan.

"Fiqa sedar?" suara serak basahnya menyentakkan aku.

"Fiqa ada nak pape ke?" dia menyoal lembut. Aku menggeleng pantas.

"Kenapa ni? " aku menyoal. Pelik dengan keadaan aku skang.

"Fiqa bleeding balik tadi. Banyak hilang darah. Sebab tu kena masukkan darah." dia mengusap dahi aku dengan lembut. Aku cuma membiarkan. Aku terpaksa akui, aku selesa bila dia manjakan aku camni.

"Sayang tak mengantuk?" dia kembali mengeratkan pelukannya di pinggang aku.

"Fiqa tak sedar dah lama. Rasa ngantuk tu dah takde dah." aku menggeleng lemah.

"Urmmm. Pastu, Fiqa nak buat ape?" lembut dia menyoal. Lebih lembut berbanding waktu dia bercakap dengan Lieya. Inilah yang aku harapkan sebelum ni. Tapi kenapa skang baru dia jadi camni? Bila hati aku dah kosong. Kosong? Aku terdiam sejenak. Betul ke kosong? Tak! Bukan kosong. Tapi ego!

"Abang ada bawak tak, phone Fiqa?" lembut aku bertanya.

"Ada! Abang ada bawak! Kejap,abang ambik." Danish tersenyum lebar seolah olah gembira aku memanggilnya dengan panggilan abang. Sebenarnya,aku dah tak larat lagi nak marah marah. Aku dah malas nak gaduh gaduh. Aku letih sangat.

"Nah!" dia menyerahkan iPhone kepunyaanku. Aku menyambut.

"Fiqa nak buat ape?" dia bertanya. Yelah, dia tau yang aku ni bukannya suka sangat main phone. Aku cuma bukak whatsapp atau ig aje. Ig pun, aku on jarang jarang.

"Naim. " balasku sepatah. Riak wajahnya terus berubah. Mati terus senyumannya tadi. Jelas air mukanya memancarkan riak hiba.

"Ada ape?" tanyanya lagi.

"Saje. Borak borak kosong." aku membalas tanpa memandangnya.

"Ape gunanya abang kat sebelah Fiqa, kalau Fiqa chat orang lain semata mata untuk berborak sedangkan abang ada?" suaranya kedengaran bergetar.

"Abang chat lah Lieya. Awal lagi ni. Baru pukul 1 pagi. Biasa chat sampai subuh, kan? Bergayut sampai tak cukup tidur. Skang ada masa free, gayut lah puas puas. Biar agak agak sampai semalaman tak tidur. Baru betul sweet couple. Siap peluk cium sakan, dah kan?" aku tersenyum kecil. Danish terkelu.

"Teruk sangat ke abang ni? " soalnya lagi.

"Tepuk dada, tanya iman." balasku tanpa memandangnya. Dia tergamam.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now