AKU LETAKKAN Arasy ke bawah. Tersengih sengih dia berjalan sambil terlompat lompat kecil. Mementang dah boleh jalan, riak ye?"Abang nak cari barang sikit. Fiqa nak ikut?" Nish memandang aku.
"Boleh je." Aku mengangguk.
"Mamaaa,..." belum sempat aku melangkah masuk ke dalam kedai buku yang Nish maksudkan, budak kecik ni dah berbunyi.
Aku tundukkan pandangan dan pandang Arasy yang aku pimpin.
"Ermm.." kedua dua belah tangannya diangkat.
"Dukung?" Aku sengih. Dah malas nak jalan lah tu.
Haih,.. pastu taknak bagi bambam camner? Jalan pun malas!
"Tadi bukan main excited nak jalan?" Aku mengangkat kening.
Arasy cuma cebikkan bibir. Dah mula nampak ciri ciri Danish dalam diri Arasy ni hmm.
Terutamanya bab malas.
Bodek.
Mengada ngada.
Dan, nakal.
Complete ciri ciri dia selaku Mikhael jr.
Cuma,.. part mengayat cheezzy meleleh je yang tak pasti lagi.
Dan dengan penuh rasa berbesar hati, saya berharap agar,.. dia tak jadi 'player' cam papa dia. Hal ini kerana, ramai lagi wanita di luar sana yang lahir untuk dihargai dan bukan dibuat mainan oleh player player seperti mereka ini.
"Meh lah papa dukung. Mama dah bawak adik. Sian mama." Pantas tubuh montel Arasy didukung oleh papanya.
Aku cuma menurut dari belakang.
Waktu Nish dan Arasy ke bahagian fail, aku bergerak ke bahagian novel. Dah lama jugak lah aku tak menghadap kitab 3-4 inci ni hmm.
"Puan Fiqa?" Seorang wanita dalam lingkungan 30-an menegur aku.
"Err,.. ha'ah." Aku tersenyum.
"PA Danish. Shalieya." Wanita tersebut mengukir senyum. Aku terdiam.
"Ouh,.. ni tuannya." Aku pantas menghulurkan tangan dan bersalaman dengan PA Nish.
"Puan dengan siapa?" Dia menyoal.
"Eh, tak payah puan lah. Panggil Fiqa je." Aku tersengih. Janggal lah puan puan ni.
"Ouh,.. Fiqa datang dengan siapa?" Dia bertanya.
"Dengan Nish, anak sekali." Aku membalas.
"Er,.." aku diam.
"Panggil je kak Lieya." Seolah olah memahami, dia membalas.
"Kak Lieya datang dengan siapa?" Aku cuba bermesra.
"Sorang je. Anak ada kelas tambahan. Suami pulak ada hal." Ramah dia membalas.
"Akak,.. Fiqa nak tanya sikit. Pasal client yang datang pejabat Nish haritu." Aku memandang Kak Lieya.
"Yang mana?"
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...