"MAMAA!!!" Aku memeluk mama dengan erat. Pelukan aku dibalas."Rindu mama!" Aku mencium kedua dua belah pipi mama.
"Yee... Mama pun rindu." Mama tergelak dengan perlakuan aku.
Danish menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan mama. Hulurannya disambut.
"Mana pergi yang lain, ma?" Danish bertanya sambil menggalas beg baju kami.
"Keluar. Nak main bowling katanya."
"Ni, makanlah manggis ni. Chik Ana bagi. Dia baru balik dari Terengganu." Mama menghulurkan seplastik manggis.
Mata aku meluas!
Dari hari tu lagi aku mintak Nish carikan. Tapi takde! Huhuu...
"Manisnya, ma! Dari hari tu lagi Fiqa nak makan manggis. Tapi takde!" Aku menyuapkan seulas isi manggis kepada Danish.
Senyuman tidak lekang dari bibir aku.
"Sukanya dia!" Danish menarik hidung aku dengan lembut.
"Yelah, dah lama nak makan." Aku tersengih.
"Tu lah, nak makan pulak yang susah nak cari. Mengid.... Aduh!" Danish mengaduh kesakitan apabila aku mencubit pinggang nya kuat.
"Kenapa, Nish?" Mama kelihatan hairan.
"Ni, haa... Fiqa terpijak kaki Nish, ma." Danish tersenyum sumbing. Tangan aku digenggamnya erat.
"Macam-macam. Dah lah, mama nak masak ni. Balik diorang tu nanti, bising kalau tak masak. Fiqa tolong mama, jom?" Mama memandang aku.
"Okey, mama pergi dulu. Nanti Fiqa pergi." Aku mengangguk perlahan. Mama mengangguk dan terus ke dapur.
"Nasib baik tak kantoi." Danish tergelak.
"Fiqa nak tolong mama." Aku memandang Danish. Mengisyaratkan supaya dia melepaskan genggaman tangannya.
"Abang ikut, boleh?" Dia mengangkat kening.
"Buat ape?"
"Kalau mama mintak Fiqa angkatkan benda berat, abang boleh tolong. Lagipun, mama tak tau pasal si kecik kat dalam tu." Dia memberikan pendapat. Aku mengangguk.
Betul jugak, kan?
"Yelah, jom."
***********************
"TAKKAN Fiqa tak nak bagitau mama? Ni dah nak masuk 5 bulan dah. Takkan nak bagitau mama bila dah sarat, bila dah nak sampai due? Nanti terasa hati mama, camner?" Danish bertanya.
"Betul jugak tu. Kita bagitau nanti, lah." Aku mengusap kepala nya yang terletak di atas riba aku.
"Nanti tu bila?" Dia menyoal lagi.
"Lepas.... makan malam ni?" Aku menyoal. Danish mengangguk sambil tersenyum.
*************************
"CAMNER study korang?" Afiqa Adriana yang merupakan kakak sulung Afiqa bertanya.
"Okey je." Afiqa dan Danish menjawab serentak.
Lama mereka diam......
Afiqa meletakkan sayur ke dalam pinggan Danish. Maklumlah, dia tak suka sayur.
"Asal letak? Makan lah." Danish kembali meletakkan sayur tersebut ke dalam pinggan Afiqa.
"Tak nak!" Afiqa menggeleng laju.
"Sayang baby, tak?" Soalan tersebut membuatkan Afiqa terdiam.
"Sayang lah!"
"So, makan sayur. Sayur ni vitamin. Baik untuk kesihatan." Danish tersenyum apabila Afiqa mengalah.
"How sweet. Sejak bila adik panggil Danish baby?" Soal Angah merangkap abang Afiqa a.k.a Azril Aniq, bertanya.
Spontan, Danish menepuk dahi. Baraii!!!
"Err...." Afiqa kelu.
Danish? Lagi kelu!
"Mama...Papa... Along, Angah, err... Fiqa ada nak bagitau something ni..." Afiqa mengerling Danish di sebelah. Tersengih dengan penuh riak bersalah aje pakcik tu!
Riak bersalah ye, bersalah!
"Actually...." Afiqa terhenti lama.
"Tak lama lagi, family member kita akan bertambah." Sambungnya lagi.
"Hah?" Mata Azril terbuntang.
"Haaaa, Angah tau! Mesti Along nak kawin, kan? Ha ha! Along kawin, Along kawin, Along ka...."
BEDEBUK!
"Adoii, sakit arh Long!" Azril tergeliang geliut ingin menggosok belakang nya yang sakit akibat ditumbuk oleh Adriana.
"Padan muka." Adriana tersengih sinis.
"Okey, back to the topic." Adriana kembali memandang Danish dan Afiqa silih berganti.
"Urmmm.... Fiqa pregnant." Ucap Afiqa senafas.
Azril kelu, Adriana tergamam, Puan Azira terhenti mengunyah.
Tapi......
Ada sorang insan tu.....
"Yeaayyy!!!" Dato' Syukri menepuk tangan.
Spontan, semua mata tertumpu ke arahnya.
"Ape? Good news, kan?" Dato' Syukri terkebil-kebil.
Dan...
Beliau diabaikan!
"Dah berapa bulan?" Soal puan Azira teruja. Wajah Afiqa dan Danish dipandang penuh gembira.
"Dah nak masuk 5, ma." Danish menjadi wakil.
"Sampai hati, baru nak inform!" Puan Azira mencebik.
"Alah, sorry lah ma!" Afiqa mula rasa bersalah.
"Yelah..." Puan Azira tersenyum lebar.
"Tahniah atas kejayaan kau sebagai seorang lelaki!" Azril memandang Danish.
Dan
Sekali
Lagi.....
BEDEBUK!
"Kau fikir lawak, bodoh?" Adriana menjeling tajam kepada Azril.
"Siot betul." Azril menggumam sambil menggosok gosok kepalanya yang baru sahaja menerima pukulan kuat dari kakaknya itu.
"Kalau anak cucu aku vudush nanti, memang aku salahkan kau!" Azril mencemikkkan muka.
"Memang dah bodoh asal, lah!" Adriana tersengih.
"He'elehh.... Biar lah, sekurang-kurangnya kalau aku habiskan bodoh aku tu skang, anak cucu aku tak perlu nak warisi sikap vudush aku tu!" Azril mereka fakta dengan pendapat yang ditibai nya sesuka hati.
"Masalahnya, vudush kau tu vudush yang unlimited!" Adriana menjeling Azril dengan penuh rasa menyampah.
"Sukati arh!" Tanpa amaran, ayam goreng bahagian paha yang ada di dalam pinggan Adriana dicilok oleh beliau.
"Wei sewel, ayam aku tu! Susah payah aku fight nak dapatkan bahagian tu kau sukati aje, kan?" Adriana pantas mencapai senduk yang ada di dalam mangkuk besar berisi asam pedas lalu dilayangkan ke kepala adiknya itu.
"Vengong! Sakit lah!" Pantas Azril mencapai pinggan kosong yang ada disebelah pinggan nya dan ingin membaling nya ke arah Adriana.
Tapi.....
"Hello! Set pinggan Vintage mama! Kalau pecah, ganti new set! Masing-masing dah kerja, kan?" Dengan kalut puan Azira menegah perbalahan diantara dua ekor tenuk itu. Hehehee...
Tak padan dengan dah umur dah 25, 26 tapi....
Perangainya, kalah budak!
Entah ape ape lah family ni, kan?
Like usual, please vote and comment!✌
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...