"ABANG!" Aku tampar bahu dia berkali kali."Hmmm..." dia merengek perlahan.
"Bangunlaa. Dah sampai rumah umi ni." Aku capai phone dan on whatsapp.
Check kejap. Dari tadi bunyi noti je.
"Dah sampai?" Soalnya mamai.
"Iyeee. Bangun la. Jom? Nanti sambung tidur kat dalam. Takkan nak tidur dalam kereta?" Kening aku terangkat.
"Taknak arh! Nak tidur dalam pelukan Fiqa." Gatal dia menjawab. Terus sahaja jari jemari aku bergerak mencubit lengannya.
"Miang." Aku menggumam geram.
"Bangunlaaaa." Aku menepuk nepuk lengannya lagi.
"Yelah yelah." Dengan muka terpaksa dia membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta.
Aku menggeleng perlahan. Langkah aku aturkan mengikut jejaknya selepas punat lock pada remote kereta ditekan.
*********
"BUAT APA TUU?" Aku menegur Nish yang sedang ralit meneliti sebuah buku or,.. lebih tepat diary?
"Ni haa. Rindu zaman sekolah dulu." Senyum nipis menghiasi bibirnya.
"Abang zaman sekolah dulu memang rapat ngan cikgu Faiq, ke?" Aku memandang gambar yang ditampal di dalam diarynya. Lengkap dengan tarikh, hari, tempat dan aktiviti.
"Kenapa?"
"Takdelah. Fiqa nampak abang rapat gila ngan dia. Siap bertepuk tampar lagi? Gurau gurau?" Aku menjongketkan bahu.
"Takdelah. Biasa je. Ada je orang lain camtu, kan?" Dia memandang aku hairan
"Tak maksud Fiqa,.. rapat yang lainla. Sebab Fiqa pernah nampak abang lepak kat mapley ngan cikgu. Masa tu malam weekend tak silap." Laju aku membalas.
"Ouh. Tu biasalah. Dia ajak abang keluar. Nak berbual. Biasalah orang lelaki." Dia menggeleng perlahan.
"Biasa ke? Sampai kongsi masalah satu sama lain? You think?" Aku menyol lagi.
"Maksud Fiqa?"
"Fiqa pernah dengar dia cerita pasal masalah peribadi dia,.. yeah." Aku tersengih.
"Ooo yang tu. Tak biasa ke tu?" Dia mengerutkan kening.
"Err I guess? Sebab,.. entahlah. Abang memang rapat sangat. Hari terima keputusan SPM dulu pun abang peluk dia sambil nangis nangis. Padanhal dia tak mengajar form 5, pun."
"Tu,.. sebab dia yang banyak didik abang. Disiplin abang. Abang bukan nak burukkan umi and abah. Cuma,.. Fiqa tahu kan life abang camna?" Dia memandang aku tanpa berkelip.
"Owh,.." aku mengangguk perlahan.
"Life abang sebelum kita kahwin memang teruk, abang pernah clubbing. Pernah tidur dengan perempuan. Pernah keluar rumah, tak balik. Pernah minum air syaitan tu. Abang pernah ambik ecstasy, eremin 5. Lumba motor." Dia menundukkan muka.
Aku kelu. Ni baru aku tau. Selama ni kahwin, aku tak tau sampai camtu sekali.
"Abang pernah tidur dengan perempuan?" Aku mengulang katanya.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...