Bab 6

7.5K 397 15
                                    


"AKU terima nikahnya Nur Afiqa Athira binti Syukri dengan mas kawin sebanyak RM50 tunai." sekali lafaz, hubungan antara aku dan Danish menjadi halal. Tapi, jujur... Aku tak rela! Hidup aku dah musnah!

"Nish, nah." Aunty Qistina menghulurkan sebentuk cincin kepada Danish.

Perlahan-lahan, dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manis aku. Aku cuma membatu sehinggakan mama mencuit bahu aku. Dengan terpaksa, aku menyalami tangan Danish. Tiba-tiba dia mencium dahiku. Serta merta bulu romaku merinding.

Kalau tak kerana ada mama dan yang lain, pasti tanganku sudah melekap di pipinya! Aku mengangkat muka dan memandangnya. Danish melemparkan senyuman manis kepadaku. Entah kenapa, aku sedikit terpana.

Hishh... Fiqa, jangan cair dengan senyuman hipokrit dia, ni! Hatiku mula diburu perasaan benci dan sakit hati.



********

"KAU tidur bilik ni, aku tidur bilik sebelah." kataku sebaik sahaja Danish melangkah masuk ke dalam bilik.

"Kenapa pulak?" dahinya berkerut. Aku cuma mendiamkan diri.

"Fiqa... Aku tak izinkan kau tidur bilik lain." Danish membalas dengan riak wajah yang kelihatan agak terkejut.

"Masalahnya, aku tak nak sebilik ngan kau!" aku menjawab.

"Fiqa, tolonglah... Aku tak nak kau jadi isteri derhaka." dia memandangku.

"So what?!" aku menengking.

"Kalau aku tak izin, kau tak boleh buat... Nanti kau berdosa. Kau faham, tak?" tanya Danish dengan lembut.

"Tak!" aku menjeling tajam ke arahnya.

"Kau tak boleh tinggikan suara bila bercakap dengan aku." dia menggelengkan kepalanya.

"Aku lebih rela berdosa, daripada berkongsi bilik dengan kau!" aku memandangnya sinis.

"Okay, stop. Now, aku nak kau tidur bilik ni,sebab aku tak nak kau berdosa. And one more thing, tolonglah lain kali kalau cakap ngan aku, cakap lembut sikit. Jangan tinggikan suara tu. Aku keluar dulu." tanpa berlengah, Danish keluar dari bilik.

Aku agak tersentap. Tersentap dengan sikap baiknya. Tersentap dengan layanannya. Tersentap dengan tegurannya. Bila fikirkan balik, betul cakap dia... Aku tak boleh buat macam tu. Dan, dia kelihatan begitu menitik beratkan soal dosaku padanya. Ringkasnya, Danish tak mau aku berdosa disebabkan sikap kasar dan layanan buruk aku kepadanya. Jujur, aku agak terharu...

Bila waktu tidur, aku menghamparkan tilam di atas lantai di sebelah katil. Dia cuma cakap nak aku tidur bilik tu, je kan? Bukan sekatil!

*********

Danish memandang Afiqa yang sedang nyenyak di atas tilam yang dihampar di atas lantai. Kenapa dia tidur bawah?

Lantas, dia mengangkat tubuh Afiqa dan diletakkan di atas katil. Selimut dicapai dan tubuh Afiqa diselimutkan dengan perlahan.

"Mungkin aku bukan pilihan kau. Aku tak sempurna. Aku nakal. Aku jahat. Aku teruk. Tapi, aku harap kau faham, aku ikhlas nak jaga kau. Walaupun kita baru kenal, aku akui... Aku dah mula sayangkan kau. Selamat malam sayang." kepala Afiqa diusap lembut olehnya.

Danish bangun dari katil dan membaringkan tubuhnya di atas tilam yang dihampar oleh Afiqa tadi. Tak lama, dia terlelap. Afiqa yang sebenarnya masih belum tidur hanya mampu memandang Danish dengan senyap. Entah kenapa, hatinya dilanda sebak.

*********

"WAN... Mari makan, ni." umi. Umi? Yup.. Aku diminta oleh aunty Qistina supaya memanggilnya dengan panggilan umi. Aku memandang Irwan, abang Danish merangkap abang ipar aku. Irwan cuma mengangguk sebelum menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Aku membalas senyumannya. Irwan mengambil tempat dihadapanku..Abah (Abah Danish @ Uncle Fikri) duduk di kepala meja manakala umi duduk di sebelah kirinya. Aku duduk di sebelah Danish manakala Danish di sebelah kanan abah.

"Macam mana kerja?" umi memandang Irwan .

"Okay je umi." balas Irwan perlahan.

"Bila wan nak bawak balik bakal menantu umi? Wan tu, umur pun dah masuk 26." umi tersenyum.

"Nantilah, umi. Wan nak kumpul duit dulu,apa dulu. Anak dara orang ni, bukannya kita boleh ambik suka-suka hati." Irwan tersenyum sinis. Matanya memandang Danish. Aku tau, kata-katanya ditujukan kepada Danish.

"Kalau awal-awal dah kawin, nak bagi anak orang makan apa? Pasir? Kayu? Batu? Kalau betul dah galak sangat nak kawin, kumpul duit, kerja. Jangan susahkan umi! " serentak dengan itu Irwan bangun dan membawa pinggannya ke singki. Danish yang sedang makan, terhenti kunyahannya. Dia cuma diam. Merah mukanya. Aku tau, dia sedang menahan perasaan. Dia terasa dengan sikap dan kata-kata Irwan. Entah kenapa, bila nampak dia berhenti dari mengunyah, aku turut tak bernafsu untuk makan.

"Kenapa tak makan? Makan, lah. Nanti Fiqa sakit. Fiqa ada gastrik, kan?" dia mengusap kepalaku dengan lembut. Aku cuma mengangguk perlahan. Matanya aku pandang dan, jelas kelihatan berair.

"Ke, nak abang suap?" dia bertanya. Aku terpaku. Abang? Dahiku berkerut. Danish mengisyaratkan umi dan abah. Baru aku faham, kami kena jadi 'baik dan mesra ' dihadapan mereka.

"Tak... Takpelah.. Fiqa makan sendiri. Aa...Abang pun, makanlah." aku membalas perlahan. Segan sebenarnya.

"Dah tu, makanlah." Danish tersenyum. Walaupun dia senyum, aku dapat rasakan hati dia terluka.
Waktu ini, aku rasa amat bersalah. Kerana nak selamatkan aku, dia terpaksa berhadapan dengan ejekkan dan perlian sinis dari ahli keluarganya. Aku patut bersyukur kerana respon ahli keluargaku tiada yang seperti respon Irwan tadi.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now