Bab 48

4.5K 245 2
                                    



TALI LEHER yang dihulurkannya aku sambut.

"Hari ni balik pukul berapa?" Aku mendongak memandangnya.

"Macam biasa. Fiqa siap siap, siapkan Arasy sekali. Abang balik, mandi and tukar baju pastu kita terus keluar. Boleh?" Keningnya terangkat.

"Okay." Aku mengangguk perlahan.

"Hmm." Hidungnya digeselkan ke hidung aku.

"Jom, turun breakfast?" Aku membetulkan kolar bajunya. Dia mengangguk lantas mengusap lembut pipi aku.

Sebelum keluar, sempat dia berjalan ke arah Arasy yang sedang nyenyak di atas katil.

"Bye budak kecik. Papa pergi kerja dulu tau. Sayang dia." Dikucup lembut pipi Arasy. Kiri dan kanan.

Tangan aku dipaut dan kami beriringan ke dapur.

"Abang nak nasi goreng?" Aku menyoal saat Danish duduk di kerusi.

"Boleh je." Dia membalas sebelum mencicip Kopi suam di dalam gelas.

Sesudah makan, dia bergegas bangun dari kerusi.

Aku memaut tangan kanannya dan aku kucup.

"Bye. Abang pergi dulu. Jaga diri, jaga anak tu. Jangan bukak pintu kalau orang tak kenal." Sempat dia berpesan sebelum satu ciuman ditenggekkan ke dahi dan kedua dua belah pipi aku.

"Okey." Aku mengangguk perlahan dan menghantar pemergiannya dengan pandangan sebelum mengunci gate dan pintu ruang tamu.

Pinggan mangkuk di atas meja aku kutip dan basuh. Siap mengemas, aku aturkan langkah ke bilik. Bakul berisi baju yang telah dipakai aku ambil dan bawa ke bilik air berdekatan dapur. Campak dalam mesin dan basuh.

Selesai menjemur kain, aku ke bilik.
Sebaik sahaja membuka pintu bilik, kelihatan Arasy sedang meniarap di atas katil sambil memandang aku dengan terpinga pinga. Matanya terkelip kelip malas.

Copy gaya papa dia baru bangun tidur! Danish jr?

"Heii,.. Sayang mama dah bangun?" Aku duduk bersila di atas katil. Tubuhnya aku letakkan secara berbaring.

"Mama,..ermm mamamm,.." dia memandang aku dengan bibir yang tersebik sebik.

"Nak ni?" Aku suakan botol susunya. Dia menggeleng sebelum menepis dengan perlahan dan mengubah posisi kepada duduk.

Tangannya berpaut pada lengan aku sebelum berdiri di atas riba aku dan tubuhnya direbahkan ke dalam pelukan aku.

Mukanya disembamkan ke dada aku.

"Hmm,... manjanya dia." Aku tergelak kecil. Kepalanya aku usap dan cium dengan lembut.

Nish cakap, Arasy jadi manja sebab aku terlebih manja ngan dia time mengandung. Yeke?

Biasanya,... Takleh pakai fakta pakcik ni.

"Arasy nak mandi tak? Jom mama mandikan." Aku membuka butang bajunya satu persatu.

Geram betul aku tengok dia. Pipi pau! Dahla montel! Tapi muka dia cam Nish. Huwaa! Asal takde satu pun yang ikut aku?


***********

"KAU NAK masuk kedai mana?" Aku memandang Fitri.

"Ermm,.. kedai yang kat tepi Wattson tu, okey?" Fitri memandang aku.

"Aku okay je." Aku mengangguk.

"Waz, kau try cari parking kat Wattson." Fitri memandang Fauwwaz.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now