AKU memicit kepala yang terasa pening. Adoii, berpusing pusing dah imej yang terbentang di hadapan mata beta. Tiba tiba tekak aku terasa loya. Pantas, aku berlari ke bilik air. Serta merta aku memuntahkan segala isi perut aku. Pahitnyaaaa!!!!Dengan terhuyung hayang, aku melangkah keluar dari bilik air. Aduhh... Nak demam ke ape ni? Sedang asyik aku melayan kepala yang sedang pening ni, tiba tiba iphone bergetar menandakan ada mesej baru diterima.
Fiqa, jadi tak outing? ~ Aina
Pantas aku menaip.
Nanti aku tanya INCIK SUAMI dulu. ~ Fiqa.
Sebaik sahaja aku bingkas bangun, Danish melangkah masuk ke dalam bilik.
"Abang, hari ni Fiqa nak keluar dengan Aina. Boleh? " lembut aku bertanya. Hormat masih ada setakat ni.
"Siap cepat. Kejap lagi kita keluar. Aku nak jumpa Lieya." pendek dia membalas. Aku cuma mengangguk perlahan.
************
"KAU pakai makeup ekk? " Aina bertanya. Dahi ku berkerut.
"Dah nak kiamat ke ape, kau fikir aku nak pakai make up?" aku menyoalnya. Dia tersenyum. Sudah maklum dengan perangai aku yang sedikit kasar ni.
"Tapi serious wey, nampak glowing. Nampak macam pakai foundation. " dia mengangguk anggukkan kepalanya. Aku mengeleng. Minah ni dah sewel agaknya. Foundation tu, tak pernah sekali pun menyentuh muka beta ni. Beta tak restu! Ngeee...
"Nak pergi mana ni? " aku bertanya.
"Kita pergi KFC? " dia mencadangkan. Aku mengangguk.
"Kau pergi dulu and order. Aku ade nak cari barang ni."
"Okay." Aina mengangguk dan terus berlalu.
Sewaktu aku melangkah keluar dari farmasi, aku sempat menangkap kelibat Danish dan Lieya. Mereka berjalan bersebelahan dan Lieya memaut lengan kiri Danish dengan kemas. Aku cepat cepat memasukkan barang yang aku baru beli ke dalam beg Quechua aku dan berlalu pergi. Bimbang kelibat aku di farmasi dilihat oleh Danish. Nanti macam macam ditanya nya nanti. Tempat yang aku tuju sekarang,cumalah satu.... tandas!
***************
AKU menarik nafas dengan perlahan kemudian aku hembus. Mata aku celik. Namun, aku tergamam. Pantas aku menenyeh mata. Tapi keputusannya tetap sama! Pregnancy test di tangan aku pandang tak percaya. Two line!!!! Positive!!!!
Okey,.. Chill. Fiqa, maybe benda alah ni tersalah ke, en? Takpe, beli 3 tadi, kan? Untuk lebih kesahihan. So, kita try sekali lagi. Aku menghela nafas perlahan. Rileks, rileks!
Aku menunggu dalam tandas. Fuh! Berdebarnya.
Alarm pada jam tangan aku berbunyi.
Aku tarik nafas perlahan. Pregnancy test tadi aku pandang.
Dan, aku terkedu.
Masih lagi dua line.
Aku kelu. Biar betul?
Tak puas hati. Kita try sekali lagi!
Dan result tetap sama, positive. Maka, memang terbukti yang,... kau pregnant, Fiqa.
Aku menyandar pada dinding kubikel tandas. Tangan bergerak ke perut dan mengusapnya perlahan.
Rasa tak percaya. Kitorang,.. buat benda tu just, malam tu sekali aje! Itupun sebab terbabas! Tersilap aje! Takkanlah sampai boleh mengandung?
Semua yang jadi malam tu, memang jelas dalam ingatan aku.
"SAKIT KE?" Lembut dia menyoal. Pipi dan dahi aku diciumnya dengan lembut bertalu talu.
Aku menggeleng perlahan. Aku sandarkan kepala ke dadanya. Tubuhnya aku peluk dan pelukan aku dibalas."Agak agak, mengandung tak?" Perut aku diusap dengan lembut. Dia memandang aku tanpa berkelip.
"Err,.. entah. Tak kut?" Aku menggigit bibir dan menggeleng.
Teragak agak.
"Macam mana kalau pregnant?" Dia menyoal tiba tiba. Tangannya masih mengusap perut aku dengan lembut.
Aku terkedu. Kepala digeleng perlahan. Tak tau.
"Kalau betul betul lekat, jadi anak yang baik tau!" Mukanya didekatkan ke perut aku dan dicium dengan lembut.
"Abang,.. entah ye entah tak. Rasanya tak, kut." Aku menampar bahunya perlahan.
"Yeke? Tapi,.. Kalau mengandung, abang memang hebatlah. Buat sekali je dah lekat." Dia tersenyum riak.
"Jangan macam macam, lah!" Aku memukul bahunya perlahan. Dia cuma tergelak kecil.
Aku menghela nafas perlahan. Mengeluh dengan nasib yang menimpa diri sendiri. Namun, aku beristighfar apabila teringat bahawa ape yang terjadi adalah takdir yang telah diatur oleh-Nya. Lagipun, anak tu kan rezeki.
Air mata aku mula bertakung. Bimbang. Bimbang dengan nasib yang akan diterima oleh janin yang sedang aku kandungkan ini nanti. Ape penerimaan Danish? Tak mustahil dia akan suruh aku gugurkan kandungan ni! Tak,tak! Aku tak akan bagitau Danish! Walau apa pun, aku takkan biarkan dia tau pasal ni. Itu janji aku!
***************
" LAMA dowh, kau pergi beli barang. Beli barang ke, buat barang and then packing, baru kau jual?" soal Aina. SARKASTIK!!!
"Tak... Tadi aku pergi pharmacy...Then, I went to the toilet. Guess what?" aku bertanya.
"Kau sakit perut? " dia meneka. Aku menepuk dahi.
"Babe... Aku dapat dua line. " aku berbisik perlahan.
"Line ape? Kalau line lumba lari tu aku taulah. " selamba kuda dia mengunyah ayam gorengnya.
"Aku buat UPT test. Then, aku dapat,.."
"Two line?! " matanya membulat.
"Syhhhh... Yeee! Macam mana ni? Aduhh... " kuatnya suara! Tak padan dengan tuan! Nasib baik tak kuat sangat! Aku memicit dahi yang terasa pening. Tangan aku mencapai sepotong cheesy wedges kemudian disuap ke dalam mulutku.
"Saper suruh buat projek. Pandai pandai lah. Alahh, bapak nya ade! Kau nak serabut ape? Bukannya anak luar nikah." Aina bercakap dengan nada berbisik. Bimbang orang lain dengar.
"Masalahnya.... " aku terhenti. Bimbang membuka aib suami sendiri pulak nanti.
"Alah... Makan je! Sian baby tu, dah lapar. " Aina memegang perut aku. Pantas aku menepis.
"Aip! Jangan sentuh! Aku tak nak baby aku terjangkit perangai sewel kau tu nanti! " aku meluaskan mata tanda amaran. Aina menjuihkan bibir.
"Yelah... Dah lah... Makan cepat! Hari ni aku belanje kau. Sebab nak bagi aku anak buah. " Aina ketawa perlahan. Aku tersenyum kecil. Namun, dalam hati aku cuma tuhan yang tau isi nya. Pregnancy test tadi, aku terus buang dalam tong sanitary kat toilet tadi. Bimbang kalau terbawak balik, Danish tau nanti.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...