Bab 70

4.4K 251 6
                                    


"ABAH SARANKAN, Nish dengan Fiqa jumpa Ustaz Luqman. Boleh dia tolong  tengok tengokkan." Abah menyuakan pendapat.

Aku mengangguk perlahan.

"Ermm,.. Nish pun memang niat  camtu. Sebab bila dekat dengan Fiqa, Nish rasa pelik. Rasa serabut, pening, tak selesa. Tu belum lagi bila Fiqa sentuh Nish. Rasa panas." Nish memandang aku. Aku senyap.

"Sejak bila lagi?" Umi menyoal. Jelas riak risau pada wajahnya.

"Dah lebih 2 minggu."

Nish maksudkan waktu dia start layan Arasy dengan teruk tu ke?

"Habis, tidur malam semua?" Soal umi lagi.

"Nish tahan je lah mi. Takkan kita nak mengalah, kut? Fiqa isteri Nish. Mana boleh mengalah camtu je."

"Betul." Abah mengangguk.

"Ni, nombor ustaz Luqman. Cuba call dia, tanya petang ni dia free tak." Abah menghulurkan telefon bimbitnya. Danish menyambut.

"Assalamualaikum, ustaz." Nish memberi salam. Panggilan berjawab, kut?

"Ustaz kata dia free. Kita jumpa ustaz petang ni, ek?" Nish memandang aku.

"Okay." Aku mengangguk perlahan.

"Dah, jom makan. Umi masak asam pedas ikan susu hari ni." Umi yang sedang memangku Arasy bersuara.

"Jom?" Nish memaut tangan aku. Aku cuma menurut.






*******

"MEH." TANPA aku sangka, Nish memintas. Bakul berisi kain yang belum dijemur diangkatnya dan dibawa pergi.

Aku hela nafas perlahan sebelum mengatur langkah membontotinya ke penyidai kain.

"Nak abang sidaikan?" Keningnya terangkat.

"Nope. Fiqa boleh jemur. Abang duduk je situ diam diam." Aku tunjukkan bangku berdekatan taman mini.

Pelbagai jenis pokok bunga orkid kepunyaan umi tergantung di sekeliling kawasan tersebut. Macam macam warna ada. Ungu, kuning, merah, putih, merah jambu.

"Taknak! Abang nak kacau Fiqa." Laju dia menggeleng.

Aku julingkan mata ke atas.

"Eloklah tu." Hidung aku ditarik. Aku menepis pantas sebelum menjarakkan kedudukan di antara aku dan dia.

Kain aku capai dan sidai. Masing masing senyap.

"Ermm,.. abang, betul ke abang cakap tu?" Setelah lama diam, aku bersuara.

"Yang mana?"

"Pasal yang kalau abang sentuh Fiqa." Aku memandangnya.

Dia diam sejenak sebelum mengangguk perlahan.

"Kenapa abang tak cakap awal awal?" Laju aku menyoal.

"Hmm,.. Saja." Dia mengangkat bahu.

"Ada pulak camtu." Aku merengus tak puas hati.

"Alah. Tak payah ambik serious sangat. Panas je kut."

Aku diam. Tak tau nak menjawab apa.

"Abis, petang ni conformed lah?" Aku bertanya lagi.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now