"ABANG MERAJUK lagi?" Aku menyoal lembut. Tangannya aku capai dan salam.Dia tersenyum dan menggeleng.
"Mana ada merajuk." Balasnya pendek.
"Ye ke?" Aku bertanya lagi.
"Iyeee. Penat sikit je."
Aku mengangguk perlahan.
"Arasy mana?" Keningnya bertaut.
"Ada kat sofa. Tengah main."
Dia mengangguk sebelum langkah diatur ke arah ruang tamu.
"Hei budak kecik!" Sebaik sahaja mendengar suara papanya, Arasy terus berpaling dan tersengih sambil mengangkat tinggi kedua dua belah tangannya.
Nak mintak dukung la tu. Tak sedar tuan punya badan tu berat. Heh.
"Anak papa dah mandi?" Pipi arasy dicium bertalu talu.
"Belum." Aku menjawab.
"Fiqa dah makan?" Danish memandang aku.
"Tunggu abang."
"Fiqa pergi lah hidang dulu. Abang nak naik mandi ngan Arasy." Pesannya sebelum kepala aku digosok seperti anak kucing.
Hmm. Meow?
Aku tersenyum acah acah comel.
"Cute." Balasnya sepatah sebelum hidungnya dilagakan ke hidung aku dan tubuh Arasy didukung ke tingkat atas.
Aku pegang hidung. Senyuman lebar terhasil.
Hehehe
******
"BACA AMENDE sampai berkerut kerut tu?" Danish mengerutkan kening.
"Ni. Pasal poligami." Aku membalas tanpa memandangnya.
"Hah? Mana? Tengok?" Bersungguh dia mengintai majalah yang sedang aku baca.
"Laju je dia." Aku menjeling tajam.
Dia tersengih.
"Macam mana kalau,.."
"Abang jangan nak macam macam!" Aku memotong.
Dia tergelak keras.
"Kenapa?"
"Abang tu Fiqa punya!" Aku keraskan suara.
"Abang cakap kalau je." Dia menggaru kening.
"Hmm." Aku letakkan majalah ke tepi.
"Alololo bucuk bucuk abang majuk." Dagu aku digeletek. Ingat kucing ke?
"Treat Fiqa cam kucing." Aku sedikit merajuk.
"Heheheh. Memang pun. Kucing paling cantik dan marvelous yang pernah abang bela."
"Abang!" Dia kata aku kucing pulak!
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...