NADA DERING iPhone menyebabkan aku tersentak. Pantas aku mencapai iPhone dan jawab panggilan yang masuk."Hello? Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Buat apa tu?" Suaranya menjengah ruang pendengaran.
"Saja je. Tengok tv. Baru siap jemur kain dengan lipat kain." Aku menjawab lembut.
"Dah masak ke?" Dia menyoal.
"Dah. Abang balik tak?"
"Ermm,.. abang balik lunch ni. Tapi nanti, abang kena balik lewat sikit."
"Ada apa?" Dahi aku berkerut.
"Tadi dapat makluman ada hal sikit kat Ulu Tiram. Fiqa duduk elok elok tau? Abang tak lama pun rasanya kat sana. Mesyuarat
maybe dalam sejam camtu, pastu abang terus balik. Pukul 9 tu, abang dah sampai rumah kut.""Okay." Aku terangguk angguk.
"Arasy mana?"
"Arasy suka tidur tengah hari skang. Petang dia dah tak tidur." Aku memandang Arasy yang sedang nyenyak di atas toto yang aku hamparkan di hadapan sofa.
"Takpelah. Peralihan musim la tu." Dia tergelak.
"Yelah. Ada apa apa lagi tak?" Aku menyoal.
"Ermm,.. ada ada." Laju dia menjawab.
"Apa?"
"Sayang kau, pendek!" Terus talian dimatikan.
Aku tersenyum. Ayat sama waktu dia confess kat bus stop dulu. Sejak dua menjak ni, dia suka sangat flashback benda lepas. Alhamdulillah, aku dah ingat balik kenangan waktu form 4 dengan dia.
********
AKU MENGUNCI pintu grill.
Waktu nak tutup pintu, aku terhenti. Nampak macam ada kelibat. Besar dan gelap.
Tapi siapa ekk?
Aku cuba perhatikan luar pagar rumah. Takde.
Tapi memang aku nampak kelibat tadi! Sah!
Tanpa menunggu lama, aku menutup pintu dan mengunci rapat. Gerun.
"Maaa?" Aku menunduk.
Arasy sedang memaut seluar aku.
"Adididi." Dia tersengih.
"Mama tak faham, lah sayang." Pantas aku memimpinnya ke tingkat atas.
Langsir aku selak. Sekali lagi, nampak kelibat tu di tempat gelap di mana lampu jalannya tidak bernyala. Mungkin rosak?
Tangan aku diheret heret oleh Arasy supaya menuju ke katil. Aku cuma menurut kehendak dia.
"Mamaa..." dia dah baring di tengah tengah katil.
Aku berbaring di sebelah dia dan tubuhnya aku raih ke dalam pelukan.
"Tidurlah." Punggungnya aku tepuk dengan perlahan lahan bagi mengulitnya tidur.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...