AKU MENDONGAK memandang jam di dinding.Dah dekat pukul 2 pagi.
Tapi Nish belum balik lagi.
Dia ada hal apa sebenarnya sampai tak balik lagi masa ni?
Pantas iPhone aku capai sebelum nombornya aku dail.
Tak lama,..
"Hello? Assalamualaikum." Suara umi kedengaran.
"Waalaikumussalam, mi. Nish ada kat sana ke?" Aku menyoal hairan. Kenapa tiba tiba phone dia ada kat rumah umi?
"Ha'ah. Maghrib tadi dia sampai. Habis kerja terus datang sini. Katanya dia dah bagitau Fiqa yang dia tak balik malam ni." Umi menerangkan.
Aku senyap.
"Ouh.. yeke? Ha'ah. Dia dah cakap. Cuma nak tau je dia dah sampai sana ke belum. Abah ada ke?" Aku menyoal.
"Ada. Next week pulak dia kena offshore."
"Kirim salam kat abah ye? Lagi satu, umi jangan bagitau Nish yang Fiqa call tau?" Lembut aku berpesan.
"Yelah. Umi pun dah nak naik tidur ni. Turun bawah kejap sebab dahaga. Lepas tu phone Nish kat meja ruang tamu ni berbunyi. Itu yang umi angkatkan."
"Takpelah umi. Fiqa letak dulu ya? Assalamualaikum."
Aku putuskan panggilan apabila suara umi menjawab salam kedengaran.
"Tidur rumah umi? Tapi dia tak cakap pun? Dia bagitau balik lewat je." Aku menggumam.
Dia dah betul betul boring dengan aku ke? Aku diam. Masih berkira kira. Takkanlah aku nak buat apa yang mama suruh haritu?
Aih, tak sanggup den!
Pantas aku mengatur langkah ke bilik. Dah dia tak balik, tunggu apa lagi? Nak tunggu depan pintu sampai pagi cam dalam drama drama melayu tu?
Huh! Dia syok tidur kat rumah umi, aku bersengkang mata. Memang tak, lah!
Baik tidur. Lagi bagus. Esok tak ngantuk.
*******
AKU KERUTKAN dahi sambil memandang Nish yang sedang lena di atas katil sambil meniarap.
Balik balik terus tidur?
"Abang." Bahunya aku tepuk perlahan.
"Hmmm."
"Bangunlah. Sembahyang Asar dulu. Pastu tidur balik pun takpe." Aku berpesan.
Arasy yang sedang leka bermain main dengan rambut papanya aku pandang.
Haih, fanatik betul budak kecik ni ngan papa dia. Tak tinggal jauh. Ngan aku takdelah sampai camtu sekali. Jealous lah sikit ngan Nish ni hmm.
"Bangun!" Aku tepuk bahunya lagi.
"Nanti lah..." dia membalas perlahan.
"Arasy kejutkan papa." Aku memandang Arasy.
Dia cuma tersengih sambil meneruskan aktiviti menggeledah kepala papanya. Cari ape ntah. Papa dia bukan ternak kutu pun. Ape yang dia main, aku pun tak tau.
Orang tu pulak, syok berdengkur lagi!
"Paaa! Ngun!" Arasy mengoncang goncangkan tubuh papanya. Aku yang sedang menyikat rambut segera berpaling. Teruja.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomantikDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...