Bab 79

1.9K 86 12
                                    


DANISH memerhatikan keadaan sekeliling. Terlihat orang ramai yang memenuhi cafe tersebut. Matanya meliar mencari cari gerangan yang telah menghubunginya tadi. 

Berdasarkan pesanan yang diterima di telefon bimbitnya beberapa minit yang lalu, memang cafe ini lah yang dimaksudkan oleh orang tersebut. Barista Cafe. Baju warna biru gelap dan cap hitam.

Sedang asyik memerhati, dia terpandang akan seorang jejaka di suatu sudut. Berbaju biru gelap dan cap hitam seperti yang di beritahu.

Perlahan langkah di atur.

"Assalamualaikum, encik.. Nazrul?" Teragak agak Danish menyoal.

"Waalaikumussalam. Yes! Jemput duduk." Nazrul mengangkat muka dan laju mengangguk.

"So.. order?" Nazrul menyoal tanpa menunggu lama. Danish mengangguk.  Mengiyakan.

"Waiter!"

Tidak berapa lama kemudian, pelayan tersebut kembali ke kaunter bagi menghantar pesanan.

"Emm saya minta maaf ya, Encik.. Danish. Sebab macam terburu buru sikit nak jumpa encik." Nazrul terlebih dahulu menghulurkan kata maaf kepada lelaki di hadapan nya.

"Eh tak apa, by the way.. panggil je saya Mika. Rasa janggal sikit ber-encik encik macam ni." Danish mengukir senyum.

Memang semua orang memanggilnya dengan nama panggilan Mika ataupun Mikhael. Kecuali orang terdekat dan dia sendiri pun selalu memperkenalkan diri dengan nama Mikhael.

Nazrul mengangguk.

"Apa hal yang Nazrul nak beritahu saya, ya?" Danish memandang Nazrul.

"Saya.. saya tak tahu dari mana nak mula.. tapi, semua ni berkaitan dengan Nadia."

"Nadia?" Dengan serta merta kening Danish berkerut.

Nadia? Nadia mana? Bekas pekerja nya kah?

"Nadia. Yes, bekas perkerja Mika. Saya ni, tunang dia"

Danish perlahan mengangguk.

"Kenapa.. dengan dia?"

"Ermm macam ni.. Nadia sebenarnya menghidap penyakit Bipolar dan OLD.. ataupun senang cerita, Cinta Obsesif. Dia obses dengan.. awak. Mika." Nazrul menyusun satu persatu ayat.

"Okay.. OLD ni.. penyakit.." Danish terhenti.

"Yes, penyakit mental. Sama dengan Bipolar." Nazrul laju mengangguk.

Danish separuh lega. Tak sampai hati dia nak sebut. Tapi mujur lah Nazrul memahami.

Tapi separuh lagi, tak lega. Danish agak terkejut. Bipolar? Obses? Dengan dia?

"Tapi... Kenapa dia obses dengan..saya?" Danish hairan.

"Emm dia.. saya pun tak tahu kenapa dia suka sangat dekat awak tapi yang saya tahu setakat ni, korang berdua pernah sekolah sekali."

Danish menjongketkan kening sedikit.

"Sekolah sekali? Bila?"

"SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru, 2011. Tingkatan 3."

Sreetttt. Serta merta Danish menarik nafas panjang. Zaman Jahiliah ku!

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now