Bab 54

4.1K 250 0
                                    



"BEG DAH siap?"

"Dah." Aku mengangguk perlahan.

"Arasy main ngan mama, tau! Papa nak angkatkan barang kejap!" Arasy diletakkan ke atas riba aku sebelum dia ke bilik.

Aku cium pipi Arasy dengan lembut. Dia menggeliang geliut tanda ingin turun dari riba aku. Dah dia nak turun, aku biarkan je.

Dia duduk di atas lantai sebelum bongkah bongkah lego bersaiz besar miliknya dicapai. Tak boleh beli yang kecik, takut dia telan.

Hal Hannan tu, dah hampir 3 bulan lepas. Tapi,.. entahlah. Aku ngan Nish still lagi kurang okay. Bila kitorang berdua, like,.. ada rasa janggal or tak selesa.

"Jom?" Suara Danish menyebabkan aku tersentak.



******

"NISH KATA Fiqa mengandung lagi. Dah berapa bulan?" Soal umi dengan teruja.

"Baru nak masuk empat, mi." Aku tersenyum kecil.

"Alhamdulillah. Arasy dah nak dapat adik." Umi memegang tangan kanan aku dengan lembut. Aku diam sambil tersenyum.

"Bertambahlah cucu umi." Bahu aku diusap dengan lembut.

Aku menahan perasaan. Entahlah. Emosi aku jadi tak stabil. Tak boleh dengar perkataan 'tambah'. Walaupun umi cakap 'tambah' cucu, tapi entahlah.

"Fiqa nak naik mandikan Arasy jap mi." Aku meminta diri.

"Yela." Umi tersenyum dan mengangguk.

"Jom Arasy?" Aku memimpin Arasy ke tingkat atas memandangkan dia taknak berdukung.





******

"MUHAMMAD ARASY MIKHAEL!" Afiqa tekankan suara bila hero kesayangannya berkeras tidak mahu memakai seluar dan baju.

"Arasy!" tangan Arasy cuba dipegang tapi hampa. Dia terkedek kedek berlari ke arah papanya yang baru selesai mandi dan hanya berseluar pendek tanpa baju.

"Rasy!" Afiqa cuba mengejar.

Mama ke kiri, dia ke kanan. Dia lari ke celah kangkang papa dia, berselindung di belakang tubuh Nish.

Dan,.. kalau tidak bijak mengambil kesempatan, bukan Danish lah namanya!

Dalam keadaan begitu, pipi Afiqa sempat dicium dan tubuh isterinya sempat dipeluk.

"Arasy!" Arasy mula menyorok di belakang papanya. Mama tinggikan suara!

"Akuuttnyaa!" Arasy menjerit kecil dengan bunyi pelatnya sambil tergelak.

"Hey,.." Afiqa senyap bila tubuhnya dirangkul oleh Danish.

"Uuuu!" Arasy menjerit riang melihat mama dan papanya seolah olah berpeluk.

"Jangan aktif sangat. Ni depan bilik air, tau. Licin. Jatuh nanti, tak pasal pasal kita hilang sorang lagi anak." Lembut dia berpesan.

Afiqa tergamam. Dada Danish ditolak dengan lembut.

Baju dan seluar Arasy diletakkan ke atas katil.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now